2014-08-02 08:21am
 
PANDANGAN
 
Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Mohd Rafizi Ramli | 2.8.2012 2:19 pm

Menyedari bahawa tanggungjawab melindungi pemberi maklumat dan menjaga kebajikan mereka tidak akan dipikul oleh kerajaan, saya merasa terpanggil untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan sedia ada dan seluruh masyarakat untuk menubuhkan sebuah badan khusus untuk melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat.

>>Selanjutnya
 
SAMM: Penahanan Rafizi tanda akhir regim tumbang
Edy Noor Reduan | 2.8.2012 11:32 am

SAMM mengucapkan tahniah kepada Rafizi kerana imej penahanan bergari itu bukan sahaja mempopularkan beliau tetapi mempercepatkan usaha kejatuhan regim. Jikapun apa yang dilakukan Rafizi secara teknikalnya mungkin salah namun percayalah ia berlaku kerana kegagalan pihak SPRM dan pihak berkuasa bertindak apabila laporan dibuat.

>>Selanjutnya
 
Anwar: Penangkapan Rafizi untuk takutkan rakyat yang cari kebenaran
Anwar Ibrahim | 1.8.2012 4:59 pm

Motif penangkapan yang amat jelas berunsurkan politk semata-mata bertujuan untuk memastikan Rafizi untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan UMNO-Barisan Nasional.

>>Selanjutnya
 
DAPSY mengecam pendakwaan terhadap Rafizi Ramli di bawah BAFIA
Anthony Loke Siew Fook | 1.8.2012 12:38 pm

Rafizi sepatutnya dipuji kerana kelantangan dan keberanian beliau membongkarkan skandal kewangan NFC dan membantu usaha ke arah sistem pentadbiran yang lebih telus dan bersih. Namun, peranan beliau bukan sahaja tidak dihargai tetapi dihukum pula dengan pendakwaan yang dihadapinya sekarang.

>>Selanjutnya
 
Zunar: Keputusan mahkamah kejayaan kartunis Malaysia
Zunar | 31.7.2012 12:21 pm

Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tindakan polis merampas buku saya, Cartoon-O-Phobia dan sebuah lukisan pada September 2010 adalah salah dari segi undang2 dan polis diminta membayar gantirugi kepada saya. Namun hakim juga berkata tangkapan yang dilakukan terhadap saya juga pada September 2010 sah dari segi undang-undang.

>>Selanjutnya
 
Pengurusan AP yang lebih baik jana sumber kewangan negara
PKR | 31.7.2012 12:06 pm

Perlu diingatkan, UMNO-Barisan Nasional telah mungkir janji dengan rakyat untuk menghapuskan AP seperti yang diumumkan di dalam Dasar Automotif Negara yang berkuatkuasa bermula 20 Oktober 2005. Janji untuk menghapuskan AP menjelang 31 Disember 2010 tidak ditepati, sebaliknya kini sasaran itu ditangguhkan pula ke 31 Disember 2015.

>>Selanjutnya
 
PR KL: Operasi cegah jenayah wajib diperluas ke seluruh Wilayah Persekutuan
Ahli Parlimen PR KL | 30.7.2012 7:22 pm

Walaupun dilaporkan kadar jenayah makin menurun, penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah letih dan jemu mendengar khabar kejadian rompakan, penculikan, dan lain-lain kejadian jenayah yang seakan-akan tidak berkurangan langsung.

>>Selanjutnya
 
Azmin Ali: Perkembangan politik Sabah menyaksikan kebangkitan rakyat
Azmin Ali | 30.7.2012 12:48 pm

Dua pengumuman penting yang bersejarah itu menjadi bukti betapa rakyat Sabah sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan Najib Razak dan BN. Tambah pula, pentadbiran Najib hanya sekadar menabur janji dan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, ianya ditandai kegagalan untuk menepati janji.

>>Selanjutnya
 
Iktibar Ramadhan
Abdul Hadi Awang | 30.7.2012 12:23 pm

Rasulullah S.A.W. dituduh menjadi sebab perpecahan dalam satu bangsa dan satu keluarga kerana tidak bersedia menerima tawaran menjadi Raja Makkah atau pemimpin bersama harta kekayaan dengan syarat yang ditetapkan supaya meninggalkan Islam, sama ada semua atau sebahagian. Puncanya para pemimpin Makkah tetap mempertahankan sistem jahiliyah dan menolak petunjuk Allah yang diamanahkan kepada Rasulullah S.A.W. menyampaikannya supaya dilaksanakan kepada seluruh manusia di seluruh dunia sehingga hari qiamat.

>>Selanjutnya
 
Jumlah perbelanjaan tidak terancang oleh PM melebihi kutipan cukai eksais setiap tahun
PKR | 27.7.2012 7:52 pm

Sejak menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009, perbelanjaan mengurus dan pembangunan oleh Jabatan Perdana Menteri juga naik mendadak. Secara puratanya (dengan membandingkan perbelanjaan di bawah pentadbiran Abdullah Badawi dengan purata perbelanjaan tahun-tahun 2009, 2010, 2011 dan peruntukan 2012), perbelanjaan mengurus Jabatan Perdana Menteri telah melonjak sebanyak RM1.4 bilion, sementara perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak RMRM4.6 bilion.

>>Selanjutnya
 
SAMM cadang boikot sambutan Kemerdekaan Edisi Ke-55
Che Gu Bard | 27.7.2012 7:09 pm

Tema hari kebangsaan "Janji Ditepati" yang diambil daripada tema jelajah BN dilihat SAMM sebagai sangat keterlaluan, adalah lebih baik sekiranya regim terus menggunakan tema "Undilan BN" sempena menghampiri tempoh mati bagi parlimen dibubarkan dan seterusnya pilihan raya dijalankan.

>>Selanjutnya
 
Saifullah: Jaringan mahasiswa Keadilan membugar idealisme mahasiswa
Mohd Saifullah Mohd Zulkifli | 26.7.2012 3:56 pm

Namun demikian apa yang lebih menarik adalah, walaupun mereka menyertai satu-satu parti, tetapi idelisme mahasiswa itu tadi tetap menjadi asas pokok. Sebagai contoh, mereka mempunyai Parlimen Mahasiswa, National Union of Student, yang mana rata-rata ahli parlimen mahasiswa ini mewakili kelompok mahupun parti masing, tetapi ahli parlimen tersebut boleh bercanggah pandangan dengan parti itu jika parti itu bercanggah dengan idealisme mahasiswa.

>>Selanjutnya
 
Elizabeth: Catuan air hanya gimik politik
Elizabeth Wong | 25.7.2012 12:10 pm

Kerajaan Barisan Nasional mungkin mahu menggadaikan hak rakyat Johor, tetapi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan berdiam jika ada pihak yang mengambil untung atas kesusahan rakyat.

>>Selanjutnya
 
Jamin keamanan peralihan kuasa sebelum umum "sistem demokrasi terbaik di dunia"
Lim Kit Siang | 24.7.2012 6:34 pm

Saya telah menawarkan kerjasama Pakatan Rakyat untuk bekerja bersama UMNO-Barisan Nasional untuk memastikan bahawa peristiwa hitam 13 Mei tidak akan berulang dalam pilihanraya umum yang akan datang sekiranya kedua-dua gabungan BN dan PR berjanji untuk bekerja bersama-sama untuk kepentingan negara untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku lagi?

>>Selanjutnya
 
BERSIH entiti yang sah: JUHAM gesa kerajaan UMNO-BN mohon maaf
Ahmad Zamri Asad Khuzaimi | 24.7.2012 5:12 pm

Permohonan maaf ini adalah perlu bagi membuktikan Kerajaan UMNO-BN menghormati keputusan Mahkamah hari ini bahawa tindakan Kerajaan UMNO/BN yang mengharamkan BERSIH 2.0 adalah suatu tindakan yang salah dan melanggar norma-norma hak asasi manusia sepertimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

>>Selanjutnya
 
Jangan cemari Ramadhan dengan permusuhan politik
Khir Toyo | 24.7.2012 11:35 am

Cukuplah dengan tazkirah bermotif politik yang bukan sahaja mencemarkan kemuliaan bulan ramadhan, malah memburukkan imej Islam keseluruhannya. Umat Islam di negara ini dilihat tidak boleh berhenti "bergaduh" walaupun di dalam masjid dan surau. Masih belum cukup lagikah ruang media cetak, media internet dan ceramah politik hingga terpaksa mencemarkan masjid dan surau dengan perbezaan ideologi politik?

>>Selanjutnya
 
Kong Cho Ha: Prestasi pengendalian kontena bagi pelabuhan Malaysia memberangsangkan
Kong Cho Ha | 23.7.2012 5:16 pm

Kerajaan juga bercadang untuk membangunkan sebuah pelabuhan baru di Kawasan Perindustrian Saman Laju, Negeri Sarawak. Ini adalah ekoran dari kawasan Pantai Timur Malaysia yang menjalin perhubungan perdagangan melalui Pelabuhan Kembarnya di Nanning, China. Dalam pada itu, kerajaan juga sedang giat merancang menaikkan taraf Pelabuhan Kuantan, Pahang, untuk memenuhi kehendak semasa dan masa depan ujarnya.

>>Selanjutnya
 
Krisis air Selangor di musim hujan?
Dzulkefly Ahmad | 23.7.2012 12:27 pm

Putar-belit isu Langat 2 dalam menggarap isu "krisis kerkurangan air" di Selangor ini, lebih menampakkan kebobrokan dan pengkhianatan UMNO-BN kepada rakyat. Projek yang menelan RM8.65 bilion seluruhnya itu, pada asasnya adalah untuk menangani bekalan air mentah (dan juga rawatan kemudiannya), sebagai projek perpindahan antara negeri yakni bekalan dari Pahang. Isu di sini bukan bekalan air mentah! Kenapa nak belanja sampai RM8 bilion?!

>>Selanjutnya
 
Guan Eng: Muslihat politik untuk kaitkan DAP dengan komunis
Lim Guan Eng | 22.7.2012 4:33 pm

Berbanding dengan dakwaan susupan komunis ke dalam DAP, sekretariat tetap antara CYL dan Pemuda UMNO adalah hubungan langsung yang dilakukan secara disedari dengan persetujuan penuh Khairy Jamaluddin. Pegawai atasan Cawangan Khas seperti Mohd Sofian harus letak jawatan kerana gagal bertindak terhadap Khairy dan Pemuda UMNO yang menjalin hubungan langsung dengan CYL tetapi sebaliknya memilih untuk mencari bayang-bayang komunis yang tidak wujud dalam DAP.

>>Selanjutnya
 
PAS: Imej Cawangan Khas tercemar kerana dakwaan ektremis
Tuan Ibrahim Tuan Man | 21.7.2012 4:33 pm

PAS ingin tegaskan bahawa kami menentang sebarang eleman ekstrem di dalam parti. Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihanraya dan menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 1557 :: Muka Surat1/78 [ 1 ] [2] [3] [4] [5]
Seterusnya
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>