2014-08-20 12:48pm
 
EKSKLUSIF
 
Tuntutan wang berterusan:
Sub-Kontraktor akhirnya adu kepada Sultan

Neo Chee Hua | 23.11.2010 1:08 pm

【Projek Hospital Shah Alam, Bahagian pertama】Sunshine Fleet yang dikuasai Tengku Arafiah telah habis menuntut RM20 juta itu dalam masa enam bulan, malah menuntut lebih wang dari GM Healthcare. Ia berakhir dengan pembayaran GM Healthcare kepada Sunshine Fleet melonjak dari RM20 juta (pada asalnya), kepada kira-kira RM35 juta.

>>Selanjutnya
 
Perarakan Satu Malaysia:
Satu Orang, Satu Ratus Ringgit

Wong Shu Qi | 2.11.2010 2:26 pm

【PRK Galas】Pada kira-kira jam 11.30 pagi, wartawan cuba untuk naik ke tingkat atas sekali lagi. Kebetulan wartawan terserempak dengan dua orang wanita yang sedang turun dengan sampul surat putih di tangannya. Seorang daripadanya dengan tangkas memasukkan sampul surat ke dalam begnya, sementara seorang lagi memasukkan ke dalam koceknya dan meninggalkan tempat kejadian sambil berlari.

>>Selanjutnya
 
Pemilihan PKR: Anwar tidak terima pencalonan untuk sebarang jawatan
Lim Hong Siang | 13.9.2010 10:01 pm

【Pemilihan PKR/Dikemaskini pada 11:30pm】Sumber maklumat mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa Anwar Ibrahim telah menyatakan pendirian ini kepada pimpinan parti, ahli parlimen PKR dan pembantunya, dalam satu pesanan melalui email tadi. Dalam emailnya yang ringkas, sebagai pesanan kepada semua pimpinan parti agar mematuhi kaedah etika pemilihan, diakhiri dengan kenyataan bahawa beliau tidak menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti.

>>Selanjutnya
 
Editor dilucut, penjual buku disiasat kerana Kartun
Chen Shaua Fui, Lim Hong Siang | 20.8.2010 7:11 pm

【Dikemaskini pada 8pm】Kartun kini bukan sekadar bahan jenaka yang mengukir senyuman, tetapi bakal memberi impak besar apabila menyebabkan pelucutan jawatan seorang editor majalah mingguan, dan siasatan polis terhadap seorang penjual buku di bawah Akta Hasutan 1948.

>>Selanjutnya
 
3 Jam Bala diambil keterangan
Polis Perancis sebut nama Najib-Rosmah

Chen Shaua Fui | 14.7.2010 1:07 pm

【Dikemaskini】"Najib" dan "Rosmah Mansor" antara nama yang disebut oleh polis Perancis, dalam masa tiga jam ketika mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal. Malah, nama-nama seperti Abdul Razak Baginda, Deepak Dinesh, ASP Suresh dan beberapa nama baru yang belum dikenalpasti turut disebut sepanjang proses ini, menurut sumber maklumat.

>>Selanjutnya
 
Pembelian kapal selam:
Bala dipanggil Polis Perancis

Chen Shaua Fui | 10.7.2010 8:28 pm

【Dikemaskini】Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis, menurut sumber maklumat yang enggan didedahkan nama.

>>Selanjutnya
 
Hutang FELDA melambak setelah Najib pegang kuasa
Neo Chee Hua | 29.6.2010 4:26 pm

【Dikemaskini】"Sebelum Najib masuk, kami (FELDA) tidak pernah bertindak sebegitu pantas dalam pembelian perusahaan (merger dan akuisisi). Setelah beliau masuk, terutamanya selepas penubuhan FELDA Global Venture Holdings, pembelian perusahaan di luar negeri dijalankan dengan begitu giat sekali," kata sumber maklumat yang memaklumkan bahawa keputusan pembelian perusahaan atau pelaburan ini bukannya hasil perbincangan dalam FELDA, tetapi arahan politik. Lebih-lebih lagi, dalam kebanyakan masa, hanya beberapa orang dari pihak atasan yang mengetahui maklumat terperincinya.

>>Selanjutnya
 
Skandal PKFZ:
Orang terlibat masih bebas, dedah Ong Tee Keat

Neo Chee Hua | 17.6.2010 12:24 pm

【Skandal PKFZ, dikemaskini】Pasukan Khas yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan untuk menyiasat skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mendapati bahawa wujudnya kes penipuan (fraud case) yang menelan RM 1.64 bilion dalam skandal PKFZ, dan orang yang terbabit masih bebas sehingga kini, tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

>>Selanjutnya
 
Lawan di Kota Siputeh kalau yakin Melayu bersama UMNO, cabar Saifuddin
Lim Hong Siang | 10.3.2010 5:47 pm

【Wawancara bersama Saifuddin Nasution Ismail, Bahagian Ketiga, tamat】Come, fight with us in Kota Siputeh. Then you will know the result (Mari, lawan dengan kami di Kota Siputeh. Kamu akan mengetahui keputusannya.). Kalau Pakatan Rakyat menang di situ, habis UMNO punya propaganda "Melayu dengan kita (UMNO)". Dia kalah, di kawasan Melayu, kawasan padi. Kenapa dia tak (berani lawan)?" tanya Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR.

>>Selanjutnya
 
Seandainya Setiausaha Agung keluar parti dengan maklumat sulit...
Lim Hong Siang | 8.3.2010 3:05 pm

【Wawancara bersama Saifuddin Nasution Ismail, Bahagian Kedua】Keanggotaan, keluar masuk dana, networking , operasi ibu pejabat..., antara maklumat rahsia untuk sesebuah parti politik. Kebetulannya, segala maklumat tersebut berada dalam laptop pemegang jawatan Setiausaha Agung, dalam konteks kecanggihan teknologi hari ini. Sememangnya, pemimpin datang dan pergi, tapi perjuangan tetap diteruskan. Namun, dari segi percaturan strategi, bukankah ianya satu malapetaka, seandainya pemegang maklumat sulit parti itu keluar parti, malah menunjukkan sikap yang "tidak mesra" kepada parti selepas itu?

>>Selanjutnya
 
Tengku Razaleigh nafi isytihar diri bebas, tapi...
Chan Wei See | 6.3.2010 1:22 am

"Itu tidak benar. Tetapi sukar untuk memberitahu apa yang akan berlaku pada beberapa bulan yang akan datang. Sentiasa hubungi saya," jawapan ringkas daripada Tengku Razaleigh kepada MerdekaReview ketika ditanya sama ada beliau bakal mengisytihar dirinya sebagai ahli parlimen bebas dalam persidangan dewan rakyat yang akan datang, seperti yang dikhabarkan.

>>Selanjutnya
 
Saifuddin kepada Zulkifli:
Malu anda dakwa diri berjuang untuk Islam!

Lim Hong Siang | 5.3.2010 7:02 pm

【Wawancara bersama Saifuddin Nasution Ismail, Bahagian Pertama】"Bohong! Dan kamu dakwa kamu berjuang untuk muslim dan Islam? It's a great shame! Saya beritahu kamu. Tetapi bolehkah saya dedahkan semua ni kepada media? Tidak, saya pilih untuk mendiam diri." Saifuddin Nasution akhirnya bersuara untuk menyangkal sahabatnya dalam parti, Zulkifli Noordin berikutan isu disiplinnya yang berlanjutan baru-baru ini.

>>Selanjutnya
 
Akhbar Cina (II):
Sasaran Media Prima seterusnya?

Chang Teck Peng | 10.2.2010 7:47 pm

Setelah khabar "Media Prima berniat mengambil-alih akhbar Cina" tersebar, maka akhbar manakah yang menjadi sasarannya, dijadikan tumpuan. Terdapat tiga kemungkinan seandainya ditinjau pada lanskap media cetak bahasa Cina di Semenanjung Malaysia. Pertamanya, salah satu akhbar Cina daripada Tycoon Sarawak, Tiong Hiew King; keduanya, Oriental Daily yang dikuasai KTS Group dari Sarawak; Ketiganya, Kwong Wah Yit Poh yang dimiliki mendiang Loh Boon Siew (1915-1995).

>>Selanjutnya
 
Akhbar Cina (I):
Sasaran Media Prima seterusnya?

Chang Teck Peng | 10.2.2010 6:18 pm

MerdekaReview cuba menerokai kemungkinan senario yang wujud, sama ada Prima Media cuba mengambil alih satu akhbar Cina yang sedia ada dalam pasaran, ataupun menubuhkan sebuah lagi akhbar Cina yang baru. Goh Hin San menganggap kini bukan masanya untuk membincangkan hal ini secara lanjut, tetapi menganggap bahawa, "sebagai kumpulan media yang sempurna", adalah lebih ideal jikalau memiliki sebuah akhbar Cina.

>>Selanjutnya
 
Said Zahari: Tunku tidak berniat selesai dengan Chin Peng
Lim Hong Siang | 30.12.2009 2:39 pm

【Wawancara bersama Said Zahari, bahagian ketiga】"Padahal Chin Peng mahu tamatkan peperangan di situ," kata Said Zahari, "Apa yang terdapat dalam perjanjian 1989 sebenarnya could have been achieved in 1955. (Rundingan Baling?) Yes! The same thing, tapi Tunku tak mahu..sebab tu dia kata, 'memang aku tak mahu selesaikan'. This is the proof (Ini buktinya)."

>>Selanjutnya
 
Said Zahari: Perikemanusiaan harus ambil kira PKM
Lim Hong Siang | 29.12.2009 7:44 pm

【Wawancara bersama Said Zahari, bahagian kedua】Said Zahari berkata, "tetapi apabila darurat diumumkan, dia jadi satu peperangan antara PKM dan kerajaan. Jadi tidak ada timbul soal kau Melayu, ataupun kau orang Cina dalam PKM...kalau awak baca buku Abdullah CD, berapa ramai orang yang mereka sudah bunuh? Kenapa mereka tidak dituduh seperti Chin Peng? Kenapa Chin Peng saja yang you pilih... sebagai orang yang kejam? Jawapannya ialah kerana Chin Peng ialah seorang Cina, keturunan etnik Cina. Dan ini yang bahaya untuk Malaysia, dan ini yang buruk untuk Malaysia!" kata Said Zahari.

>>Selanjutnya
 
Said Zahari:
Chin Peng bumiputera Malaya

Lim Hong Siang | 29.12.2009 11:34 am

【Wawancara bersama Said Zahari, bahagian pertama】Untuk tokoh kewartawanan ini, tidak timbul soal sama ada Chin Peng boleh balik atau tidak. "(adalah) Hak Chin Peng untuk balik. Bukan (soal) dia boleh atau tidak. Dari segi undang-undang, tak ada seorang yang boleh mengatakan Chin Peng tak ada hak (untuk) balik (ke tanahair). Tanahair Chin Peng bukan China, bukan Taiwan, bukan Hong Kong. But it is in Setiawan," tegas Said Zahari.

>>Selanjutnya
 
Empangan Baram:
"Sumpah dari neraka"

Wong Shu Qi | 22.12.2009 5:41 pm

【Tenggelamnya Baram, bahagian ketiga】Long Pillah ialah satu kawasan rumah panjang kaum Kayan, memiliki sebuah sekolah rendah yang mengekalkan rekod kelulusan UPSR pada paras 70% ke atas setiap tahun. Sekolah komuniti ini terletak di atas bukit, kecil tapi cantik. Sebelum hari cuti, muridnya bergotong-royong membersihkan bilik darjah mereka, dengan megahnya menyanyikan lagu sekolahnya. Sekolah rendah yang menjadi titik pertemuan orang kampung ini akan terbiar begitu sahaja kerana empangan.

>>Selanjutnya
 
Dari mata orang asli:
Pembangunan ala-pembunuhan

Wong Shu Qi | 15.12.2009 3:57 pm

【Tenggelamnya Baram, bahagian kedua】"Jika pun kamu beri kami tanah baru yang lebih besar, tapi apa gunanya? Di situ tak ada pokok, tak ada buah, semuanya baru. Kami terpaksa mulakan kehidupan yang baru. Kami akan mati kelaparan sebelum tanaman kami berbuah!" Rimau Abo bukan anti-pembangunan, tetapi anti pembangunan ala-pembunuhan. Dengan tegas, ketua di Long Beku ini berkata, "(pembangunan) ini bukan untuk memajukan kami, ini untuk membunuh kami!"

>>Selanjutnya
 
Nenek moyang Penan mati sekali lagi
Wong Shu Qi | 7.12.2009 6:46 pm

【Tenggelamnya Baram, bahagian pertama】Bagi yang hidup, mereka boleh memilih untuk berpindah, walaupun perpindahan ini bakal mencetus masalah sara hidup yang baru. Bagi yang mati, mereka terpaksa menerima nasib untuk mati sekali lagi. Namun, generasi baru kaum ini enggan menerima nasib sedemikian.Ketua di Long Beku, Rimau Abo memberitahu wartawan, "Saya tidak mahu nenek moyang saya mati untuk kali kedua!"

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 45 :: Muka Surat2/3
Pertama
[ 1 ] [ 2 ] [3]
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>