2014-04-24 09:50am
 
EKSKLUSIF
 
Guru pula dikategorikan kepada Putih, Kelabu, Hitam?
Ong Vic Kee | 9.3.2012 6:38 pm

Menjelang pilihan raya umum yang akan datang, bukan sahaja kawasan parlimen yang bakal dikategorikan dengan warna "putih", "kelabu" dan "hitam", malah guru sekarang juga dikategorikan sebegitu mengikut kecenderungan politik masing-masing.

>>Selanjutnya
 
Jamal nafi orang rapat Najib melabur di Durian FM
Chen Shaua Fui | 29.2.2012 9:44 pm

Jamaluddin berkata, "Saya pernah berjumpa dengan ramai orang, ramai orang atasan yang pernah saya temui. Hal ini (pelaburan) jugalah yang dibincangkan. Sebagaimana yang anda tahu, kami yang terlibat dalam media, sukar untuk melanjutkan kelangsungan tanpa sumber. Jadi saya terus mencari dana...

>>Selanjutnya
 
Jurusolek dakwa dicabul pemimpin MCA
MerdekaReview | 22.2.2012 8:30 pm

MCA kini berdepan dengan satu lagi skandal yang melibatkan pemimpinnya, kali ini Ng Tian Poh, ahli jawatankuasa Perhubungan MCA Perak. Ng Tian Poh dituduh mencabul seorang jurusolek bernama Ng Sook Mei pada 30 Disember 2010, dan isu ini menjadi hangat di dunia internet, baru-baru ini.

>>Selanjutnya
 
PAS beri laluan kepada DAP di DUN Tenggaroh
Leong Khong | 10.1.2012 9:29 pm

Dalam satu temuramah bersama MerdekaReview, Ketua Penerangan PAS Johor Mazlan Aliman mengesahkan bahawa PAS berjanji untuk memberi laluan kepada DAP di kawasan yang mana lebih 80% pengundinya terdiri daripada Melayu, yang kebanyakannya terdiri daripada peneroka FELDA. Mazlan menambah, untuk Barisan Nasional, DUN Tenggaroh dimiliki MIC, dan ini peluang untuk Pakatan Rakyat menunjukkan kerjasama antara PAS dengan DAP.

>>Selanjutnya
 
Aziz Bari mungkin bertanding di Sabak Bernam
Lim Hong Siang | 27.12.2011 11:18 am

【Dikemaskini 12.55pm】MerdekaReview dimaklumkan sumber bahawa ada tanda-tanda Aziz Bari bertanding di kawasan parlimen tersebut, melihat kepada kekerapan beliau kembali ke kampungnya di situ kebelakangan ini. Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari enggan mengulas panjang, tetapi berkata, "Kalau ada sokongan, kena fikirkanlah juga, untuk perubahan..."

>>Selanjutnya
 
"Pujuk Najib bukan saya!"
Pemuda Gerakan keluar parti kerana kecewa dengan Koh

Lim Hong Siang | 27.11.2011 2:01 pm

【Kongres Nasional KEADILAN】"Semasa Hari Malaysia, Najib memberi harapan kepada negara ini, dengan ucapannya untuk menjanjikan pemansuhan ISA, memberi lebih kebebasan...dan sebagainya. Tetapi terkini Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, kelihatan lebih draconian berbanding dahulu. Jadi, apa yang dikatakan Najib? Dan mengapa Koh Tsu Koon berdiam dalam hal ini?"

>>Selanjutnya
 
Langkah penyenaraian FELDA Global Venture dipercepat untuk mengejar langkah PRU 13?
Neo Chee Hua | 18.10.2011 12:08 am

"Banyak benda yang tidak difahami pengurusan dalaman dan orang awam. Misalnya, FGVH secara terbuka mendakwa bahawa mereka mempunyai tanah dengan keluasan lebih 800 ribu hektar. Tetapi, selain tanah FELDA, ia termasuk tanah peneroka FELDA. Apakah tanah peneroka FELDA ini diuruskan dengan cara sewa, iaitu membayar sewa kepada peneroka, ataupun dengan cara menukar tanah dengan saham? Malah, bagaimana peneroka FELDA dimanfaatkan melalui rancangan ini? Mereka yang tidak berkuasa untuk terlibat dalam mesyuarat pihak atasan, tidak tahu apa-apa mengenainya."

>>Selanjutnya
 
Peruntukan Ad Hoc tanpa dasar adil cacatkan Belanjawan Najib-BN 2012 (II)
KPRU | 10.10.2011 6:24 pm

【Belanjawan 2012】Syarikat-syarikat besar, para pelabur dan pengusaha kaya modal ini umpamanya diberi mesin gula-gula yang membolehkan mereka menghasilkan gula-gula sendiri berkali-kali, manakala golongan miskin diberi beberapa biji gula-gula untuk sekali sahaja. Golongan yang kaya modal diperkasakan tetapi golongan miskin hanya setakat ditenangkan. Justeru, Belanjawan 2012 BN kayakan lagi orang yang kaya raya dan sebenarnya melemahkan orang yang miskin.

>>Selanjutnya
 
Peruntukan Ad Hoc tanpa dasar adil cacatkan Belanjawan Najib-BN 2012 (I)
KPRU | 10.10.2011 5:47 pm

【Belanjawan 2012】Golongan berpendapatan menengah yang juga merupakan pembayar cukai tidak mendapat sebarang bantuan bermakna untuk meringankan beban hidup. Kadar caruman KWSP sebanyak 11% tidak diturunkan daripada 11% kepada 8%. Kadar cukai pendapatan individu juga tidak diturunkan. Ekoran itu, golongan ketua isi rumah berpendapatan menengah berdepan dengan tekanan inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat sedangkan pendapatan boleh guna tidak bertambah.

>>Selanjutnya
 
Edisi Siasat ntv7: Dokumentari tentang kemiskinan Sabah dipancung!
Lim Hong Siang | 23.9.2011 1:03 pm

【Dikemaskini pada 2.50 pm】Sementara Perdana Menteri Najib Razak dipuji kerana menjanjikan ruang kebebasan bersuara sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September baru-baru ini, satu dokumentari yang mengisahkan jurang kemiskinan rakyat Sabah telah "dipancung", dilarang ke ruang udara sebagaimana yang dijadualkan, semalam.

>>Selanjutnya
 
Pengamal media diminta tonjolkan kerosakan yang berlaku dalam Perhimpunan BERSIH 2.0
Lim Hong Siang | 30.6.2011 5:49 pm

【Perhimpunan BERSIH 2.0】Pengamal media stesen radio dan televisyen diminta untuk menonjolkan adegan "kerosakan yang dilakukan peserta demonstrasi" dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, dan mengelakkan adegan "keganasan polis ketika menyuraikan peserta demonstrasi". Adegan "kerosakan" yang dimaksudkan termasuklah pembakaran kereta, kedai, kesesakan lalu lintas dan sebagainya; sementara adegan "keganasan polis" termasuklah adegan polis atau FRU memukul peserta ketika menyuraikan perhimpunan.

>>Selanjutnya
 
Projek Hospital Shah Alam: Nilai pembidaan semula melebihi baki peruntukan
Neo Chee Hua | 14.6.2011 1:18 pm

Baki peruntukan kerajaan untuk Projek Hospital Shah Alam hanya tinggal RM350 juta, namun enam syarikat yang terlibat dalam pembidaan semula menawarkan harga tender antara RM422.14 juta hingga RM489.65 juta. Dengan kata lain, kerajaan terpaksa membayar lebihan kos antara RM72.14 juta hingga RM139.65 juta - walau mana-mana syarikat yang berjaya membida projek tersebut.

>>Selanjutnya
 
Media elektronik diminta untuk hebahkan maklumat tarif elektrik baru
Ong Vic Kee | 10.6.2011 6:07 pm

Pengamal media elektronik diminta untuk "menyebarkan maklumat tentang kenaikan tarif elektrik", menjelaskan kewajaran di sebaliknya kepada khalayak ramai. Seorang pengamal media yang enggan namanya dilaporkan, memberitahu MerdekaReview bahawa "pihak berkenaan" yang telah merasai bahang rungutan rakyat itu, kini berharap agar media berkata sesuatu yang baik untuk dirinya.

>>Selanjutnya
 
Kematian Ahmad Sarbani: "Keterlanjuran" pegawai penyiasat cungkil keraguan
Chen Shaua Fui | 23.5.2011 6:13 pm

【Dikemaskini pada 7.30pm】Di akhir luahannya, Maziah menyatakan bahawa dirinya redha dengan kematian suaminya, seterusnya bertanya soalan, "Apakah Encik Ghani akan buat sekiranya Encik Ghani berada di tempat saya?" Apa yang mengejutkan Maziah adalah "jawapan yang perlahan daripada Ghani, yang menyatakan "BUKAN SAYA... ORANG SAYA". Maziah menyusul dengan pertanyaan "ORANG?", namun Ghani terus mendiamkan diri dan Jariyana bt Yusof terus mengajak Ghani keluar kerana ada operasi.

>>Selanjutnya
 
Chua Soi Lek "nasihat" Anwar:
Akuilah saja kalau benar lelaki dalam video

Chang Teck Peng | 24.3.2011 12:28 pm

"Saya juga letak jawatan kerana benda ini satu ketika dahulu... Jadi saya rasa, kalau benar itu beliau (Anwar), beliau seharusnya mempunyai keberanian dan moral untuk mengakui, dan bukan bersilat lidah sebaliknya," kata Chua Soi Lek yang mengakui bahawa dirinya masih belum menonton klip video seks tersebut, malah tidak tahu sejauh mana benar kandungan klip video tersebut.

>>Selanjutnya
 
KDN tegur media dalam isu Al-Kitab:
Siar hanya kenyataan kerajaan

Chan Wei See | 17.3.2011 7:08 pm

Media cetak arus perdana masing-masing menerima "surat teguran" daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), lantaran daripada liputan akhbar dalam isu Al-Kitab. Pihak akhbar ditegur supaya hanya "menyiarkan kenyataan rasmi kerajaan", dan tidak mengambil kenyataan media pembangkang dalam liputan isu Al-Kitab.

>>Selanjutnya
 
78 kerusi parlimen yang menentukan pendemokrasian Malaysia
Wong Chin Huat | 5.1.2011 2:09 pm

Dalam keadaan di mana angin anti-kerajaan BN bertiup kencang, enam orang ahli parlimen bebas yang pro-BN berkemungkinan gagal mempertahankan kerusinya. Seandainya ramalan dan andaian di atas menjadi kenyataan, maka kerusi yang dikuasai kem BN akan berkurang dari 143 kepada 107 kerusi. Dengan kata lain, BN akan kehilangan majoriti mudah, yang menjurus kepada peralihan kuasa kerajaan persekutuan.

>>Selanjutnya
 
Hubungan Malaysia-Indonesia:
MCMC tunjuk ajar kepada media

Chen Shaua Fui | 8.12.2010 5:27 pm

Dalam satu surat rasmi yang bertarikh 8 Disember 2010, pemegang lesen media disaran untuk lebih berhati-hati ketika melaporkan kes-kes yang melibatkan warga Indonesia, sama ada penglibatan warga Indonesia dalam kes jenayah atau sebagai mangsa dalam kes-kes penganiayaan yang mungkin mendatangkan pelbagai implikasi terhadap hubungan dua-hala antara Malaysia dan Indonesia.

>>Selanjutnya
 
Berbaju 1Malaysia ketika PRK Galas:
Akhirnya RM100 sampai ke tangan

Tan Pek Kwan | 29.11.2010 4:35 pm

Sumber maklumat memberitahu MerdekaReview, mereka yang berbaju merah 1Malaysia pada hari pengundian boleh menerima RM100, dengan menunjukkan kad pengenalan mereka. Seandainya nama mereka ditandai "bintang" dalam senarai, maka RM100 akan diberikan. Menurutnya, tanda "bintang" tersebut bermakna mereka pernah mendaftarkan diri di kaunter perkhidmatan "1Malaysia". Senarai tersebut tertera jelas nama, nombor kad pengenalan dan tempat orang itu mengundi.

>>Selanjutnya
 
Antara GM Healthcare, Sunshine Fleet dengan Bank Rakyat...
Neo Chee Hua | 24.11.2010 5:10 pm

【Projek Hospital Shah Alam, Bahagian kedua】Ketua Pegawai Eksekutif GM Healthcare Elvin Toh berkata RM10 juta ini adalah wang "up-front" yang dibekalkan JKR di bawah jaminan bank (Bank Guarantee) semasa Isyoda menjadi sub-kontraktor. Namun, wang ini telah digunakan Sunshine Fleet, dan kini wang ini perlu dipulangkan kepada JKR. Dalam perjanjian antara GM Healthcare dengan Sunshine Fleet, GM Healthcare membantu untuk memulangkan RM10 juta ini terlebih dahulu kepada JKR, namun Sunshine Fleet belum membayar balik wang ini sehingga sekarang.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 45 :: Muka Surat1/3 [ 1 ] [2] [3]
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>