2014-07-30 11:08pm
 
KALEIDOSKOP
 
Hitam menjadi tema Hari Kebebasan Media sedunia
MerdekaReview | 3.5.2012 2:22 pm

Empat akhbar bahasa Cina di bawah Media Chinese International Limited menjadikan warna hitam sebagai temanya di muka depan, untuk memprotes keganasan polis terhadap wartawan yang membuat liputan dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012. Di samping itu, Kwong Wah Yit Poh juga menjadikan muka depannya hitam-putih untuk meluahkan ketidakpuasan.

>>Selanjutnya
 
Liputan 901 di akhbar Cina: Bukti sistem kehakiman bebas?
Lim Hong Siang | 10.1.2012 4:49 pm

Meskipun begitu, tiada kritikan ditujukan secara langsung kepada Najib Razak, pemimpin UMNO yang mengadakan pertemuan dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, sebelum Saiful membuat laporan polis bahawa dirinya diliwat. Malah, keputusan bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah ini cuba ditonjolkan dari dimensi "kebebasan sistem kehakiman".

>>Selanjutnya
 
Jho Low: Rosmah bukan "mak angkat" saya
Lim Hong Siang | 27.9.2011 12:57 pm

"Rosmah (Mansor) bukan 'mak angkat' saya. Beliau adalah kawan baik saya," demikianlah "tafsiran" yang diberikan Jho Low kepada Kwong Wah Yit Poh, ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri, Najib Razak. Beliau menjelaskan, "Anak Rosmah (Mansor) adalah rakan saya ketika menuntut di Britain. Saya mengenali anak Perdana Menteri dahulu, sebelum saya mengenali Perdana Menteri. Saya memperkenalkan ramai pelabur kepada Malaysia, justeru itu saya sering bertemu dengan PM."

>>Selanjutnya
 
Transformasi politik Najib:
Masa untuk laksanakan perubahan

Lim Hong Siang | 19.9.2011 6:18 pm

Pengumuman "transformasi politik" oleh Perdana Menteri Najib Razak sempena Hari Malaysia diberi liputan positif dalam akhbar bahasa Cina, meskipun antaranya yang masih khuatir dengan "pengganti ISA". Langkah ini ditafsir sebagai senjata PRU 13 untuk meraih undi rakyat yang mendahagakan demokrasi, pada masa yang sama menggesa agar pembaharuan ini dilaksanakan segera.

>>Selanjutnya
 
Bersama merampas Pulau Pinang dari PR:
UMNO mohon maaf kepada Koh Tsu Koon?

Lim Hong Siang | 13.9.2011 5:04 pm

Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir yang sering menyerang Koh Tsu Koon sebelum ini, dikatakan telah berjanji kepada Koh Tsu Koon bahawa dirinya tidak akan menyerang Gerakan lagi. Malah, UMNO Pulau Pinang berjanji agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang pemimpin Gerakan, seandainya Barisan Nasional menang di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

>>Selanjutnya
 
Soh Chee Wen mengaku berbeza pandangan dengan Anwar
Lim Hong Siang | 16.8.2011 3:47 pm

"Memang benar wujud perbezaan pandangan antara saya dengan beliau (Anwar). Pandangan yang tercetus daripada pengalaman saya, berbeza dengan pandangan beliau. Tapi saya tak kisah, kerana saya meletakkan isteri saya pada tempat pertama." Demikianlah kata-kata Soh Chee Wen, atau lebih dikenali sebagai John Soh, dalam satu wawancara eksklusif bersama Kwong Wah Jit Poh.

>>Selanjutnya
 
Akhbar Cina kaburkan istilah yang memalit Taib
Ong Vic Kee | 12.4.2011 4:34 pm

【PRN Sarawak】Apakah "korup" dan "Pek Moh" (makna: uban, gelaran untuk Taib Mahmud) sudah menjadi perkataan yang tidak senonoh, sehingga perlu dikaburkan dalam akhbar bahasa Cina? Salah satu akhbar bahasa Cina terbesar di Sarawak, United Daily News, dalam liputannya terhadap poster pilihan raya, mengaburkan semua istilah "Pek Moh" dan perkataan yang membawa makna "korup" - sebagaimana yang terkandung dalam poster pembangkang,

>>Selanjutnya
 
Wawancara Nazri bersama Sin Chew:
Tentang PERKASA jika sokong 1Malaysia

Lim Hong Siang | 3.1.2011 5:13 pm

Dalam wawancara tersebut, Nazri mendedahkan bahawa Najib pernah memanggilnya melalui telefon, berkata orang lain akan melihat serangan Nazri terhadap bekas PM Mahathir itu dilakukan atas arahan PM. Walaupun Najib tidak mengarahkan Nazri untuk menghentikan serangan tersebut, tetapi Nazri dapat merasakan isyarat jelas yang ingin disampaikan Najib, iaitu hentikan serangan terhadap Mahathir.

>>Selanjutnya
 
Wawancara Anwar bersama Sin Chew:
"Kit Siang jadi Timbalan kalau saya jadi PM"

Lim Hong Siang | 30.11.2010 4:10 pm

Sin Chew melaporkan, "...Beliau (Anwar) berkata, seandainya PR menawan Putrajaya, beliau akan menyandang jawatan Perdana Menteri, dan orang yang bakal menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Pakatan Rakyat mengamalkan sistem demokrasi. Tiada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan seandainya orang Cina menjawat Timbalan Perdana Menteri, dan ini juga bukan satu penentangan terhadap orang Melayu."

>>Selanjutnya
 
Zaid tercalar sementara PKR terpalit
Lim Hong Siang | 12.11.2010 7:39 pm

【Pemilihan PKR】PKR dan pimpinan Ketua Umumnya Anwar Ibrahim terpalit lantaran daripada peristiwa ini. Kolumnis media cetak bahasa Cina meragui kepimpinan Anwar, malah menganggap keputusan Zaid memalit imej PKR; sementara sebahagian kecil pula menganggap Zaid terlalu kebudak-budakan dan senang merajuk.

>>Selanjutnya
 
Satu Perhimpunan Agung UMNO, tafsiran berbeza?
Lim Hong Siang | 26.10.2010 6:25 pm

【Perhimpunan Agung UMNO】Mungkin bukan salah namanya, cuma "perspektif yang berbeza". Kedua-duanya terkandung dalam teks ucapan Muhyiddin Yassin, tetapi fokus ditumpukan pada tempat berlainan - mengikut citarasa media yang berbeza. Hak Melayu tetap dipertahankan, sementara UMNO tidak menzalimi kaum yang lain kerana bersifat "inklusif" - hujah sedemikian menjadi garis sempadan perbahasan perwakilan, yang kebanyakannya tampil bersama teks yang tersedia di depan mereka.

>>Selanjutnya
 
Hubungan UMNO-PERKASA di media berlainan...
Lim Hong Siang | 9.9.2010 4:48 pm

Seperti slogan 1Malaysia yang diberi tafsiran berbeza mengikut keperluan masing-masing, ketika ia dilaungkan kepada komuniti yang berbeza; PERKASA juga memainkan peranan yang lebih kurang sama untuk BN. Malah, kekeruhan ini tidak dijernihkan sepenuhnya biarpun pendirian UMNO-BN telah dinyatakan...

>>Selanjutnya
 
Kritikan mengasak Tian Chua sarat dada Sin Chew
Lim Hong Siang | 9.7.2010 6:47 pm

Lebih menarik, dalam satu tulisan berjudul "Cakap tak serupa bikin" yang disiarkan dalam ruang surat pembaca pada 9 Julai, penulis menyifatkan tindakan Tian Chua sebagai cara kotor untuk menyerang kredibiliti Sin Chew. Malah, penulis ini mendakwa "pemimpin kerajaan BN yang suka mempersalahkan media, tidak pernah menggunakan tindakan boikot yang zalim terhadap media setakat ini".

>>Selanjutnya
 
Muktamar Tahunan PAS:
Buaya dalam air tenang?

Lim Hong Siang | 15.6.2010 5:05 pm

【Muktamar Tahunan PAS】Dalam analisa tulisan Kuek Ser Kuang Keng di Malaysiakini, beliau mengingatkan bahawa ia mungkin terlalu awal untuk menyimpulkan bahawa sekta pro-UMNO telah kehilangan pengaruh. Beliau menganjurkan satu kemungkinan, iaitu sekta pro-UMNO ini mungkin menunggu masa "pasca-Nik Aziz", kerana sekta pro-PR diketuai Nik Aziz yang sudah berusia 79 tahun. Malah, beliau berkata, isu sama ada sekta pro-PR mampu menampilkan seorang tokoh yang berwibawa seandainya PAS kehilangan Nik Aziz, telah menjadi tumpuan ramai.

>>Selanjutnya
 
Keluar parti:
Tafsiran akhbar Cina

Lim Hong Siang | 2.3.2010 6:30 pm

Ketika mengulas isu ini, akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian mempertikaikan halatuju perjuangan PKR, yang kononnya membelakangi kepentingan Melayu-Islam. Sebaliknya, isu halatuju perjuangan PKR tidak diungkit oleh media Cina, tetapi integriti individu (yang keluar parti) yang dipersoalkan. Tidak dinafikan, fenomena "keluar parti" semestinya menghakis keyakinan khalayak ramai terhadap PKR, tetapi ia juga difahami sebagai strategi BN untuk menyerang musuh politiknya.

>>Selanjutnya
 
Isu Kalimah Islam:
Akhbar Cina berwaspada

Lim Hong Siang | 4.1.2010 1:33 pm

Lidah pengarang China Press menekankan bahawa Malaysia adalah negara rule of law, maka sesiapa yang menyerahkan kesnya untuk dikendalikan oleh mahkamah, harus menghormati dan mematuhi penghakiman mahkamah. Seandainya tidak berpuas hati, mereka perlu merayu mengikut saluran yang diperuntukkan undang-undang.

>>Selanjutnya
 
"Bermuafakat dalam perbezaan":
Konvensyen PR langkah besar Sistem Dua Parti

Lim Hong Siang | 21.12.2009 5:07 pm

【Konvensyen Pakatan Rakyat】Konvensyen Pakatan Rakyat pertama yang diadakan pada 19 Disember, dilihat sebagai langkah penting ke arah Sistem Dua Parti oleh media cetak bahasa Cina. Walaupun Dasar Pakatan Rakyat dianggap mengelak dari sesetengah isu pokok dan kurang sempurna, namun rata-rata menyambut baik usaha PR untuk bermuafakat dalam perbezaan.

>>Selanjutnya
 
Chin Peng minta maaf
Lim Hong Siang | 23.11.2009 3:22 pm

"Kalau kami membunuh mangsa yang tidak berdosa, saya meminta maaf. Saya juga meminta maaf kepada keluarga mangsa," demikianlah luahan Chin Peng yang dipetik oleh Nanyang Siang Pau. Setiausaha Agung PKM ini sudi bertanggungjawab terhadap semua tindakan rakan seperjuangannya, tetapi menambah bahawa "mereka sukar membezakan antara yang berdosa dengan yang tidak berdosa di medan perang".

>>Selanjutnya
 
Liputan akhbar Cina:
"PAS terus bersama PR"

Lim Hong Siang | 9.11.2009 5:41 pm

"Seminar politik memperkasakan parti" yang diadakan pada 7 November boleh menjadi detik sejarah yang penting untuk PAS, khususnya dilihat dalam konteks politik Malaysia, tetapi tidak mendapat liputan yang luas dalam media cetak bahasa Cina. Sebaliknya, akhbar Cina lebih berminat terhadap Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kedua MCA, lantaran pergelutan parti itu yang belum selesai.

>>Selanjutnya
 
Perhimpunan UMNO
tanpa keris terhunus

Lim Hong Siang | 15.10.2009 6:46 pm

UMNO berjaya menampilkan imej "pembaharuannya", apabila Perhimpunan Agung UMNO ke-60 dipaparkan dengan positif dalam media cetak bahasa Cina. Hampir semua akhbar Cina memberi tumpuan kepada Ketua Pemuda UMNO baru, Khairy Jamaluddin yang seketika dahulu amat tidak disenangi dalam masyarakat Cina.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 25 :: Muka Surat1/2 [ 1 ] [2]
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>