2014-08-01 01:34am
 
ANALISA
 
Barisan pimpinan PKR baru cungkil ketidakpuasan?
Wong Shu Qi | 24.12.2010 2:50 pm

Manikavasagam berkata beliau bukan bermaksud bahawa pimpinan pusat tidak boleh melantik Surendran sama sekali, tetapi harus membiarkan Surendran bekerja dari peringkat bawah - kerana beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan sebelum ini. "Saya tidak tahu mengapa mereka (pimpinan pusat) meminggirkan ahli parlimen, wakil rakyat yang bekerja keras," katanya.

>>Selanjutnya
 
Konvensyen Pakatan Rakyat: Program, Halatuju dan Mekanisme
Chen Shaua Fui | 23.12.2010 5:19 pm

【Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua】Hubungan erat dalam PR boleh diperlihatkan apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh berani untuk menegur disiplin PKR dan menyentuh isu Negara Islam dengan nada yang ringan. Ia mencerminkan keyakinan yang ada pada Karpal untuk membincangkan isu ini secara terbuka, dan yakin bahawa ia tidak akan mencungkil ketidakpuasan rakan seperjuangannya.

>>Selanjutnya
 
Menara 100 tingkat: Lambang Najib membela agenda bumiputera
Neo Chee Hua | 20.12.2010 3:59 pm

【Menara 100 tingkat, Bahagian ketiga】Kerajaan menekankan dalam RMK-10 bahawa bumiputera paling lemah dari segi pemilikan hartanah dan komersial. Untuk beberapa tahun yang lalu, pemilikan bumiputera dalam bangunan komersial meningkat dengan kadar yang amat perlahan, 11.7% pada tahun 2005 kepada 14% pada tahun 2008. Latar belakang ini mungkin menjelaskan mengapa kerajaan tetap dengan hasratnya untuk membina menara 100 tingkat melalui PNB tanpa mengambil kira sama faktor keperluan bangunan pejabat dalam pasaran.

>>Selanjutnya
 
PRK ke-14: Chua Soi Lek tak Tenang?
Chen Shaua Fui | 17.12.2010 6:54 pm

【PRK Tenang】Pertarungan ini merupakan kayu uji kepada Chua Soi Lek. Seandainya BN gagal menang dengan sokongan lebih 50% daripada masyarakat Cina, maka kemenangan itu membawa makna kekalahan. Ketika dihubungi MerdekaReview, beliau menekankan bahawa ia merupakan PRK pertama di negeri Johor, iaitu kubu BN, dan ia menguji sejauh manakah benarnya dakwaan BN, bahawa Johor masih kubu yang kukuh untuk BN.

>>Selanjutnya
 
Penggantungan tidak beri laluan kepada pindaan perlembagaan
Chan Wei See | 16.12.2010 7:08 pm

Wong Chin Huat mempersoalkan, "Dalam kedudukan Dewan Rakyat, Anwar berada pada kedudukan bersemuka dengan Najib. Dengan kata lain, apabila Najib bangun berucap, kerusi di depannya adalah kosong. Mengapa beliau begitu angkuh sehingga tidak mahu melihat ada orang di depannya? Dalam enam bulan yang akan datang, Najib bebas datang dan pergi dalam Parlimen. Tetapi kerusi di depannya kekosongan. Mengapa begitu sempitnya hati seorang Perdana Menteri?"

>>Selanjutnya
 
49% responden hilang yakin terhadap PKR, kajian UMCEDEL
UMCEDEL | 9.12.2010 1:15 pm

Bagi persoalan sejauhamana krisis dalaman yang berlaku dalam PKR menghilangkan keyakinan terhadap parti tersebut, menunjukkan 49% responden menyatakan kehilangan keyakinan pada parti tersebut berikutan kemelut yang berlaku. Walau bagaimanapun, 30% responden masih menaruh kepercayaan kepada parti tersebut, meskipun dengan pelbagai kemelut yang melanda.

>>Selanjutnya
 
PNB tidak berniat untuk membina Menara 100 tingkat?
Neo Chee Hua | 17.11.2010 5:28 pm

【Menara 100 tingkat, Bahagian kedua】Lebih penting, setelah Menara 100 tingkat dan Menara PNB asal memasuki pasaran penawaran ruang pejabat, ia mungkin mengundang "Crowding out Effect" kepada bangunan pejabat di sekelilingnya. Ia berlaku apabila keperluan tidak meningkat, maka kedua-dua bangunan ini akan menarik penyewa daripada bangunan pejabat yang sedia ada di sekitar Kuala Lumpur.

>>Selanjutnya
 
Penawaran lebih dari penghunian:
Pembinaan menara 100 tingkat tidak praktikal

Neo Chee Hua | 11.11.2010 8:07 pm

【Menara 100 tingkat, Bahagian pertama】Menurut perangkaan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), ruang pejabat (kerajaan mahupun swasta) yang sedia ada di Kuala Lumpur mencatat 6,751,659 meter persegi, namun kadar penghuniannya hanya mencecah 80.5% (atau 5,436,144 meter persegi). Dengan kata lain, pasaran ruang pejabat di Kuala Lumpur mempunyai kekosongan 19.5% (atau 1,315,515 meter persegi).

>>Selanjutnya
 
Pergelutan kuasa PKR:
Mengapa Zaid tidak dijulang?

Lim Hong Siang | 10.11.2010 6:22 pm

【Pergelutan kuasa PKR, Bahagian Kedua】Apapun kesudahan ini tidak semestinya sesuatu yang baik untuk PKR. Bayangkan, gandingan Ketua Umum-Anwar, Presiden-Azizah, dan Naib Presiden-Nurul Izzah - ia semestinya memberi persepsi "parti keluarga", dan tidak terelak daripada label "nepotisme". Sebaliknya, seandainya Azmin Ali pula yang menang dalam pertandingan Timbalan Presiden, ia akan terus dituduh sebagai pemilihan untuk memenangkan kroni Anwar. Lebih menarik, daripada apa yang berlaku sekarang, senario yang paling mungkin berlaku adalah kemenangan kroni dan anak sulung.

>>Selanjutnya
 
Pergelutan kuasa PKR:
Sebelum Zaid lawan Azmin

Lim Hong Siang | 10.11.2010 11:41 am

【Pergelutan kuasa PKR, Bahagian Pertama】"Untuk berlaku adil, Azmin bukan orang yang berada di depan untuk mendesak agar Khalid Ibrahim digulingkan," kata sumber maklumat, sebelum menambah, "Tapi Azmin agak senyap ketika itu, kerana beliau tahu seandainya Khalid digulingkan, dialah orang yang paling berpotensi untuk menjadi Menteri Besar."

>>Selanjutnya
 
BN mungkin rampas semula kubu yang ditembusi
Neo Chee Hua | 5.11.2010 6:40 pm

【PRK Galas dan Batu Sapi】PRK pada 4 November 2010 memberi isyarat bahawa PR mungkin gagal mempertahankan kerusi yang dirampasnya dari BN, dan terpaksa menyerah semula kepada BN pada PRU akan datang. Ini kerana PR tidak bersungguh-sungguh untuk memperluaskan pengaruhnya di kawasan tradisional milikan BN setelah memenanginya, kata pengkaji politik Phoon Wing Keong.

>>Selanjutnya
 
Majoriti pengundi belum buat keputusan walaupun BN tipis di hadapan
ILHAM Centre | 2.11.2010 12:45 pm

【PRK Galas】Ini juga memperlihatkan satu trend menarik pengundi yang mana pendirian mereka yang memerlukan komitmen politik oleh kedua-dua parti dalam survival kehidupan mereka. Mereka memerlukan PAS untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri, pada masa yang sama mereka juga masih memerlukan BN bagi pihak kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan keperluan dan bantuan pertanian seperti baja, kemudahan infrastruktur dan pembangunan dalam cakupan kuasa federal.

>>Selanjutnya
 
PAS: Tingkatkan undi Cina, kekalkan undi kaum asli
Wong Shu Qi | 29.10.2010 7:01 pm

【PRK Galas】Undi Melayu kepada PAS-Pakatan Rakyat mungkin berkurang seandainya keputusan PRK Manek Urai dijadikan rujukan. PAS mungkin tidak bermasalah dengan undi Cina, yang sentiasa melebihi paras 50%. Justeru itu, cabaran PAS dalam PRK Galas ini adalah meningkatkan undi majoriti Cina, untuk menutup penurunan undi Melayu, di samping mengekalkan 33% undi kaum asli yang diperolehi pada PRU ke-12.

>>Selanjutnya
 
Mampukah Malaysia selesaikan hutang RM101.65 bilion dalam 3 tahun?
Neo Chee Hua | 21.10.2010 7:13 pm

【Belanjawan 2011】Kerajaan Malaysia dijangka berdepan dengan saat-saat gentingnya untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, apabila Sekuriti kerajaan Malaysia (bon kerajaan) dan Sukuk yang berjumlah ratusan bilion ringgit ini sampai tarikh tebusannya. Nilai yang mencakupi 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri ini tidak termasuk hutang negeri asing yang bernilai RM6.2 bilion dan pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM7.2 bilion, juga perlu diselesaikan dalam tempoh tersebut.

>>Selanjutnya
 
Pemilihan PKR:
"Azmin Ali untuk semua"

Lim Hong Siang | 17.10.2010 1:55 am

【Pemilihan PKR】12 tahun Azmin Ali berada dalam gerakan Reformasi, tetapi kemungkinan Azmin Ali untuk berpaling tadah tidak pernah mencecah ke paras sifar. Persepsi terhadap Azmin Ali di media sentiasa negatif - beliau dituduh cuba merampas kedudukan Timbalan Presiden daripada Syed Husin Ali; beliau disyaki berkomplot untuk menggulingkan Khalid Ibrahim dari jawatan MB Selangor... Azmin Ali cuba menjawab segala-gala ini dalam Majlis Pidato Penerimaan Pencalonan dan Pelancaran Manifesto "Reformasi Menuju Putrajaya" pada 16 Oktober 2010.

>>Selanjutnya
 
Belanjawan 2011 tanpa istilah "Rasuah"
Lim Hong Siang | 15.10.2010 10:43 pm

【Belanjawan 2011】Apa yang menarik, istilah "rasuah" langsung tidak disebut dalam teks ucapan Najib Razak yang setebal 45 muka surat hari ini. Jadi, agak jelas untuk kita - sejauh manakah iltizam kerajaan Najib untuk membanteras rasuah, jikalau dinilai dari teks ucapan tersebut. Berbalik kepada persoalan, apakah ekonomi Malaysia akan meluncur semula di landasan yang betul dengan pembinaan menara 100 tingkat, pada masa yang sama enggan meneliti masalah rasuah yang berleluasa di Malaysia?

>>Selanjutnya
 
PRK Galas: Pengundi kaum asli menjadi rebutan
Leong Khong, Chan Wei See | 14.10.2010 6:13 pm

【PRK Galas】Pengundi Galas ini juga berada dalam dilema, sama ada untuk menyokong PAS atau Barisan Nasional. Beliau berkata, BN kini telah turun ke padang untuk berkempen, dan menawarkan perkhidmatan perubatan, pengangkutan dan sebagainya. Kalau undi PAS, tanah akan termusnah; kalau undi BN, hanya enam ekar tanah diberi - kata Kamal yang masih keraguan untuk membuat keputusan.

>>Selanjutnya
 
Perang empat penjuru:
Khalid redakan ketegangan Azmin-Zaid?

Chen Shaua Fui | 13.10.2010 5:56 pm

【Pemilihan PKR】Selangor bakal menyaksikan perebutan undi yang sengit. Kapasiti Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar menjadi faktor positif dan negatif kepada dirinya. Namun, perlu diakui bahawa kemunculannya telah meredakan ketegangan antara Azmin dengan Zaid, dan akan dialih tumpuannya. Apakah ia bakal menjadi medan silat antara Azmin dengan Khalid, yang dikatakan sering "ditikam dari belakang" oleh Azmin, kita tunggu hingga Sabtu ini untuk mengetahui jawapannya.

>>Selanjutnya
 
Persoalannya bukan PERKASA, tetapi jawapannya Khairy!
Wong Shu Qi | 22.9.2010 6:54 pm

Lebih-lebih lagi, apa yang merunsingkan Najib bukanlah perbalahan yang berlaku antara PERKASA dengan Khairy dan Nazri, atau Utusan Malaysia yang menyiram minyak ke dalam api, tetapi Khairy yang menyemarakkan pertikaian ini, menurut sumber.

>>Selanjutnya
 
Anwar: Antara Ketua Umum dengan Perlembagaan PKR
Lim Hong Siang | 15.9.2010 10:31 pm

【Pemilihan PKR】Seandainya Anwar kekal memimpin PKR melalui satu jawatan yang tidak perlu dipertandingkan, lebih-lebih lagi apabila jawatan tersebut tidak diiktiraf di bawah struktur organisasi PKR - ia memberi kesimpulan bahawa Anwar mengatasi Perlembagaan PKR. Bahkan semua pembaharuan, misalnya had tempoh jawatan Presiden, langsung tidak bermakna kerana tiada sekatan terhadap bidang kuasa, apatah lagi tempoh perkhidmatan Anwar Ibrahim?

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 253 :: Muka Surat6/13
Pertama
Sebelumnya
[ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [7] [8]
Seterusnya
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>