2014-04-19 04:43am
 
ANALISA
 
Satu lagi projek Rent-Seeking?
RM2b lagi setelah RM1.4b habis digunakan

Neo Chee Hua | 24.6.2011 5:07 pm

Apa yang pasti, projek yang belum diselesaikan (dijangka hanya selesai 64%) ini memerlukan lebih banyak dana untuk diteruskan. Menurut laporan media, pelaburan RM2.0 bilion diperlukan lagi untuk memenuhi keperluan kos pembinaan. Namun demikian, persoalan pokoknya, adakah RM2.0 bilion ini mampu menutup lubang hitam yang tiada penghujungnya?

>>Selanjutnya
 
Polisi dividen: Petanda UMNO-BN semakin kesempitan wang?
Neo Chee Hua | 16.6.2011 5:36 pm

Seandainya KUB Malaysia Bhd melaksanakan polisi dividen pada tahun 2013, maka jelas UMNO dan Kementerian Kewangan akan mendapat manfaat terbesar. Menurut model polisi dividen, UMNO dan Kementerian Kewangan akan mendapat dividen pada kadar yang tetap dari KUB Malaysia Bhd setiap tahun. Kini, Najib Razak adalah Menteri Kewangan, merangkap Presiden UMNO.

>>Selanjutnya
 
Pengajaran daripada isu Lynas: KPRU tuntut kerajaan segerakan penggubalan FOI dan mantapkan Akta Alam Sekitar
KPRU | 10.6.2011 4:03 pm

KPRU berpendapat jika Kerajaan BN ingin merealisasikan impian negara maju yang dapat membanggakan rakyat, aspek ketelusan dan kebertanggungjawaban harus diberi penekanan khusus. Jika rakyat dapat akses kepada maklumat penting seperti risiko pengoperasian LAMP dan pendapat pihak berkepentingan utama diambil kira dalam proses rundingan awal sebelum permulaan projek, konsensus dapat dicapai meskipun wujud pertindihan kepentingan pelbagai pihak.

>>Selanjutnya
 
Scorpene, Altantuya, Inflasi:
Tekanan untuk Najib berundur?

Chen Shaua Fui | 8.6.2011 2:52 pm

Dalam keadaan sedemikian, mungkinkah Najib mengambil langkah untuk mempercepatkan pilihan raya umum, menggunakan kuasa yang ada pada Presiden untuk melantik calon, lantas menyingkirkan orang yang tidak taat kepadanya? Dan seandainya beliau berbuat demikian, apakah keadaan seperti PRU ke-12 bakal berulang - iaitu sabotaj daripada peringkat akar umbi kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Presiden UMNO?

>>Selanjutnya
 
Terburainya propaganda UMNO, Perwakilan PAS tuntut perubahan
Lim Hong Siang | 4.6.2011 12:41 pm

【Muktamar Tahunan PAS ke-57】Keputusan pemilihan PAS 2011 memperlihatkan bahawa perwakilan PAS telah mencipta sejarah apabila berjaya menangkis serangan propaganda UMNO, dan bangkit untuk menuntut perubahan yang jelas dalam PAS. Saf pimpinan yang terpilih kini bukan untuk melanjutkan nafas PAS semata-mata, malah lebih dekat dengan denyutan nadi masyarakat Malaysia keseluruhannya.

>>Selanjutnya
 
Rasionalisasikan dasar pro-Korporat besar sebelum pemotongan subsidi rakyat
KPRU | 31.5.2011 6:36 pm

KPRU berpendapat pemotongan subsidi wajar dilaksanakan sekali dengan "rasionalisasi" dasar kerajaan sedia ada yang bersifat berat sebelah. Pengurangan subsidi rakyat sewajarnya dilaksanakan selepas kerajaan menilai dan merunding semula perjanjian yang memberikan subsidi "luar biasa" kepada korporat besar, antaranya termasuk perjanjian antara TNB dengan IPP yang memberikan subsidi sebanyak RM22 billion setahun. Jika tidak, langkah kenaikan kos kehidupan rakyat tersebut bukan sahaja akan mewujudkan persepsi ketidakadilan dan kurang "legitimate", malah dilihat sebagai menjalankan penjajahan berbentuk ekonomi terhadap golongan rakyat marhaen.

>>Selanjutnya
 
"Gajah tidak berkepala" hangatkan forum Pemilihan PAS
Lim Hong Siang | 26.5.2011 8:39 pm

【Forum: Pemilihan PAS: Mampukah PAS membuat lonjakan?"】Khalid Samad berkata, "So, kadang-kala, ada baiknya, dan mungkin inilah apa yang sedang berlaku, perlu orang-orang yang nak membawa perubahan itu, bukan necessary (semestinya) orang yang nombor satu, supaya tidak menjadi terlalu kontroversial sehingga menyebabkan parti itu berpecah. Jadi orang nombor satu mengawal untuk menentukan supaya semua rakan bersama..."

>>Selanjutnya
 
Laluan eksklusif bas 212km dapat dibina jika ketirisan RM4.24bilion MRT dielakkan
KPRU | 20.5.2011 1:26 pm

Kerajaan sanggup membiarkan ketirisan sekurang-kurangnya RM4.24 bilion dibazirkan begitu sahaja, tetapi tidak berupaya mencari penyelesaian kos rendah lain kepada isu pengangkutan awam yang telah membelenggu rakyat Malaysia selama lebih 20 tahun ini. Apa yang lebih diutamakan adalah pembinaan infrastruktur raksaksa dan projek mega, seumpama apa yang dilakukan dahulu. Bukankah daripada kes ini, jelas bahawa kerajaan tidak mempunyai keazaman politik untuk mengatasi masalah naungan politik dan rent-seeking?

>>Selanjutnya
 
ETP hanya jana ekonomi jangka pendek
Neo Chee Hua | 6.5.2011 4:36 pm

"Seandainya masalah kebuntuan dari segi struktur ini tidak diselesaikan dengan baik, maka situasi yang mungkin wujud adalah, Malaysia akan mempunyai prestasi ekonomi yang baik untuk sementara waktu, kerana dipacu projek pelaburan ini (ETP). Namun, untuk jangka panjang - tanpa pembaharuan dari segi struktur (NEM), momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia padahalnya amatlah rapuh." Demikianlah pandangan yang tercatat dalam laporan Bank Dunia berjudul Malaysia Economic Monitor: Brain Drain.

>>Selanjutnya
 
PRU 13: Muhyiddin menunggu durian runtuh
Lim Hong Siang | 28.4.2011 6:22 pm

Sokongan Melayu yang sedia ada terhadap UMNO tidak menjamin majoriti dua pertiga untuk BN. Persoalannya, jikapun UMNO menang besar dalam PRU 13, tetapi apakah kedudukan Najib tetap kukuh, apabila kerajaan BN tidak mendapat sokongan daripada kaum kedua terbesarnya dalam negara? Dan apakah malam hari pengundian PRU ke-13 bakal menyaksikan ulang tayang adegan yang sama seperti awal pagi 9 Mac 2008, tetapi dengan senyuman pahit pada wajah Najib?

>>Selanjutnya
 
"Bedah Siasat" Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Selangor
AWER | 27.4.2011 5:48 pm

Walaupun Kerajaan Negeri menggunakan seksyen-seksyen yang termaktub dalam WSIA di bawah kepentingan negara (national interest), Perjanjian Konsesi yang telahpun ditandatangani tidak boleh dibatalkan begitu sahaja. Ini adalah bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan, Artikel 13 (1) dan (2). Untuk membatalkan perjanjian konsesi, semua pihak perlu bersetuju. Akan tetapi, perjanjian konsesi biasanya akan mempunyai klausa yang menyatakan tempoh untuk mengkaji semula (review). Maka, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mungkin boleh menggunakan klausa ini untuk mengkaji semula Perjanjian Konsesi.

>>Selanjutnya
 
Penggabungan Proton-Perodua
KPRU | 27.4.2011 12:34 pm

KPRU berpandangan bahawa penggabungan tersebut selain menyekat pilihan pengguna dalam pasaran kereta domestik, juga bakal menemui kegagalan sekiranya isu pokok yang menghantui kereta nasional khususnya Proton selama 25 tahun tidak diatasi terlebih dahulu. Isu pokok yang dimaksudkan termasuk dasar perlindungan yang berlanjutan, campur tangan dan naungan politik yang kuat serta kegagalan pihak pengurusan untuk menggariskan serta melaksanakan dasar industri secara mapan.

>>Selanjutnya
 
Dua tahun di bawah Najib:
Politik samseng semakin ketara

Chan Wei See | 25.4.2011 9:14 pm

Setahun sebelum ini kita masih memberi penilaian sebegini, "UMNO di bawah pimpinan Najib pada hakikatnya tidak berbeza dengan zaman Abdullah Ahmad Badawi". Setahun kemudian, pada hari ini, kita perlu memberi penilaian bahawa UMNO di bawah pimpinan Najib lebih teruk daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi.

>>Selanjutnya
 
E-Mel 1Malaysia: Projek kerajaan atau projek swasta?
Neo Chee Hua | 20.4.2011 5:41 pm

Pada masa yang sama, menurut laporan The Malaysian Insider, sejumlah lima buah syarikat terlibat dalam pembidaan projek ini. Seandainya projek ini adalah pelaburan swasta, mengapa MAMPU tidak memilih syarikat yang lebih kukuh keadaan kewangannya, sebaliknya memilih sebuah syarikat yang bermasalah kewangan?

>>Selanjutnya
 
PRN Sarawak: Najib harus panik, tapi PAS...
Lim Hong Siang | 18.4.2011 5:29 pm

【PRN Sarawak】Mesej di sebaliknya, "PAS gagal menampilkan dirinya sebagai parti yang sinonim dengan DAP dan PKR. Itu bermaksud, PAS gagal memberi mesej yang jelas kepada pengundi bahawa sokongan terhadap PAS adalah bersamaan sokongan terhadap DAP mahupun PKR."

>>Selanjutnya
 
Slogan "Tangkap Taib Mahmud" kedengaran
MerdekaReview | 17.4.2011 12:20 pm

【PRN Sarawak, Komentar Hishamuddin Rais dan James Chin】Tahun 1998 Sarawak tidak terusik oleh ombak reformasi, malah Pilihanraya Umum 2008 pun Sarawak juga tidak terusik. Warga Sarawak kini telah melihat dan sedar bahawa kalau Semenajung boleh berubah, maka mereka juga boleh berubah. Semangat dan roh reformasi kini telah sampai ke Sarawak. Warga Sarawak kini melihat gaya dan cara politik Semenanjung. Ini didikan politik untuk Sarawak.

>>Selanjutnya
 
PR cipta kemenangan besar
Sarawak kini dalam arus perdana politik

Phoon Wing Keong | 17.4.2011 12:22 am

【PRN Sarawak, dikemaskini】Pengundi Sarawak dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak lagi menerima perbezaan antara "parti tempatan" dengan "parti Semenanjung", dan semua parti politik adalah parti di bawah bumbung Malaysia. Pengundi hanya mengambil berat tentang idealisme dan tuntutan - bukan lagi perbezaan geografi - lantas pandangan sempit geografi ini digugurkan.

>>Selanjutnya
 
Dari PRN Sarawak ke PRU ke-13
Lim Hong Siang | 16.4.2011 2:10 pm

【PRN Sarawak】Apa yang menariknya, pada saat-saat BN terdesak untuk menyerang dengan apa yang ada dalam tangan, ia mendedahkan wajah "1Malaysia" sebenarnya kepada seluruh warga Malaysia, yang sedang menunggu PRU ke-13. Sudah tentu senjata "RPK" akan hilang mujarabnya jikalau ingin digunakan semula dalam PRU ke-13. Agak jelas, RPK lebih berpengaruh di kalangan warga bandar, berbanding penduduk rumah panjang. Ia mungkin mencerminkan betapa terdesaknya BN untuk menggunakan senjata ini terlebih awal, dan ia mungkin lebih mengecewakan BN apabila kesannya tidak sampai sebagaimana yang diduga.

>>Selanjutnya
 
Penyeberangan BN Persekutuan yang tidak menyenangkan
Chen Shaua Fui | 15.4.2011 10:35 pm

【PRN Sarawak】Mengikut pengamatan wartawan di kawasan pinggiran Kuching, emosi ketidakpuasan terhadap kerajaan telah lama terpendam, sama ada disebabkan perkhidmatan wakil rakyat yang tidak memuaskan, amalan kronisme, mahupun tekanan kehidupan yang semakin memberat. Sesungguhnya, pembangkang mempunyai peluang yang cerah seandainya berjaya mengeksploitasikan sentimen ini.

>>Selanjutnya
 
Pembinaan empangan menceroboh tanah adat:
Angin perubahan di kawasan kaum asal, Kuching

Chen Shaua Fui | 14.4.2011 6:14 pm

【PRN Sarawak】Isu tanah adat yang semakin hangat di kalangan komuniti bumiputera Sarawak mungkin mengundang kemenangan untuk PKR di beberapa kawasan DUN. Di DUN Bengoh, pembinaan empangan, pembalakan, pencabulan tanah adat, dan janji yang tidak ditunaikan ADUN asal, Jerip Susil, telah mencungkil ketidakpuasan pengundi - yang mungkin memberi laluan kepada PKR untuk menawan kawasan ini.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 253 :: Muka Surat4/13
Pertama
Sebelumnya
[ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [5] [6]
Seterusnya
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>