2014-08-01 11:53pm
 
ANALISA
 
Wawasan 2020 semakin jauh meninggalkan kita
Neo Chee Hua | 5.9.2011 3:26 pm

Cuma, apa yang pasti, jikapun ekonomi negara kita mampu terselamat daripada krisis kemelesetan dalam tempoh dua tahun ini (seandainya krisis ekonomi global berlaku untuk kali kedua) - dari segi jangka sederhana dan jangka panjang, wawasan Najib untuk mencapai negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, akan ditundakan, malah mungkin untuk had tempoh yang tiada penghujungnya.

>>Selanjutnya
 
Ekonomi Malaysia parah jika Amerika-Eropah terbersin
Neo Chee Hua | 2.9.2011 5:33 pm

Menurut maklumat Jabatan Perangkaan Malaysia, biarpun Malaysia mencatat kadar pertumbuhan mendadak, iaitu 7.2% secara keseluruhannya pada tahun 2010, namun seandainya diteliti pertumbuhan setiap musim, ia menjunam dari 10.1% pada musim pertama tahun 2010 hingga 4.8% pada musim keempat. Mengorak langkah memasuki tahun 2011, momentum pertumbuhan ekonomi bukan sahaja tidak terpacu, sebaliknya merosot dari 4.9% pada musim pertama kepada 4% pada musim kedua.

>>Selanjutnya
 
Najib tersepit antara populariti menurun dengan harapan reformasi sistem pilihan raya yang melambung
Lim Hong Siang | 29.8.2011 6:02 pm

Populariti seseorang PM pada paras 67% (dua pertiga) mungkin boleh dianggap "agak selamat", dan "naik-turun"-nya di sekitar angka ini dilihat biasa. Namun, seandainya data soal selidik ini diteliti, maka Najib perlu berhati-hati dengan pola ini. Tahap puas hati terhadap Najib jatuh 3% dalam 6 bulan (Mei-Nov 2010), kemudian jatuh lagi 2% dalam empat bulan (Nov 2010 - Mac 2011), 2% lagi dalam dua bulan seterusnya (Mac-Mei 2011). Tiga bulan kemudian, tahap puas hati terhadap Najib jatuh 6%, bermakna 2% dalam sebulan secara puratanya.

>>Selanjutnya
 
Hancurnya Mitos Najib?
Defisit dan hutang negara yang melonjak

Neo Chee Hua | 24.8.2011 1:29 pm

Kerajaan persekutuan kini berdepan dengan masalah perbelanjaan melebihi pendapatan. Lebih penting, pendapatan kerajaan ditunjangi sumber petroleum. Seandainya keadaan ini berterusan, maka kerajaan perlu berhutang lebih untuk menampung perbelanjaan harian - umpama orang yang menampung belanja harian dengan kad kredit - semestinya berdepan dengan nasib muflis seandainya gagal menjelaskan hutang.

>>Selanjutnya
 
Hancurnya Mitos Najib?
Lebihan perbelanjaan operasi yang ketara

Neo Chee Hua | 23.8.2011 12:15 pm


Jikalau dibandingkan, tahun 2010 adalah tahun di mana ekonomi bangkit semula selepas keluar dari kemelut ekonomi dunia, pada masa yang sama tidak berdepan dengan krisis lonjakan harga makanan dan petroleum, bahkan bukan tahun pilihan raya. Namun demikian, kos perbelanjaan operasi kerajaan Najib pula mencatat lebihan kos RM13.9 bilion, mengakibatkan defisit 5.6% pada tahun 2010, lebih tinggi dari anggarannya 5.3%.

>>Selanjutnya
 
Isu FBC Media: Wang rakyat untuk propaganda atau kepentingan negara?
KPRU | 19.8.2011 2:32 pm

Dalam pendedahan baru-baru ini, kerajaan didakwa "mendahulukan rakyat" dengan membelanjakan wang rakyat dalam kempen publisiti politik kotor. Kerajaan menyatakan projek berkaitan berfungsi untuk mengendalikan kempen media di peringkat antarabangsa dan menjalankan beberapa aktiviti promosi Malaysia. Namun demikian, Sarawak Report telah mendedahkan bahawa apa yang dikendalikan oleh projek tersebut bercorak aktiviti politik kotor yang melibatkan serangan peribadi dan publisiti palsu melalui program televisyen dan blog.

>>Selanjutnya
 
Reformasi pilihan raya: Najib sekadar untuk menangguh?
Chan Wei See | 17.8.2011 3:15 pm

Dzulkefly Ahmad berkata, Najib tidak menampilkan apa-apa prestasi atau monumen politiknya sepanjang tiga tahun ini, meskipun beria-ia dengan program transformasinya - dan hanya "terkejut dari tidurnya" selepas ditekan BERSIH 2.0. Dzulkefly Ahmad menambah, seandainya Najib ingin meyakinkan rakyat bahawa dirnya memang ikhlas untuk melaksanakan perubahan, maka Najib harus memberitahu rakyat bila PRU ke-13 akan diadakan, selain menetapkan "jadual waktu" dan objektif pelaksanaan reformasi yang jelas.

>>Selanjutnya
 
Pakatan Malaysia Airlines dan AirAsia:
Berbau monopolistik atau selamatkan ekonomi negara?

KPRU | 12.8.2011 3:21 pm

【Pembetulan】Isu monopoli ini membawa kepada bagaimana Tony Fernandes membeli dan membayar hutang AirAsia untuk menjadikannya satu syarikat penerbangan yang disegani dunia, maka persoalaanya ialah, adakah dengan membeli 20% saham dalam Malaysia Airlines, Tony Fernandes akan membayar hutang yang dialami oleh Malaysia Airlines, atau memonopoli industri penerbangan dengan menjadi pemilik sebenar Malaysia Airlines dan bukannya Khazanah? Dan adakah kesudahan ini akan membawa kepada monopoli satu entiti "syarikat penerbangan beraja" di Malaysia?

>>Selanjutnya
 
Kadar dividen KWSP gagal mengejar langkah inflasi
Neo Chee Hua | 5.8.2011 4:30 pm

Pendapatan warga kota meningkat pada kadar yang amat perlahan, malah langsung gagal mengejar langkah inflasi. Pendapatan keluarga di Kuala Lumpur dan Selangor hanya meningkat pada purata kadar 1.8% dan 2.9%, antara tahun 2004 hingga 2009; namun, inflasi negara mencapai purata kadar 3.4% dalam lima tahun ini, malah lebih tinggi di bandar (sekurang-kurangnya 6%). Dengan kata lain, nilai pendapatan sebenar warga kota bukan sahaja tidak meningkat untuk beberapa tahun kebelakangan ini, malah menyusut!

>>Selanjutnya
 
Lonjakan inflasi lambatkan langkah untuk bersara
Neo Chee Hua | 4.8.2011 3:42 pm

Menurut perhitungan kasar wartawan MerdekaReview, seandainya seseorang warga kota bujang pada usia 30 tahun memerlukan RM35,000 setahun (atau RM3,000 sebulan) untuk mengekalkan cara hidup sekarang, maka beliau memerlukan RM47,037 setahun (atau RM3,920 sebulan) untuk mengekalkan cara hidup yang sama pada 10 tahun akan datang - dikira pada kadar inflasi 3%. 20 tahun kemudian, beliau memerlukan RM63,214 setahun (atau RM5,268 sebulan) untuk mengekalkan cara hidup tersebut.

>>Selanjutnya
 
PRU 13 awal atau lewat, Najib tetap didesak berundur?
Lim Hong Siang | 3.8.2011 1:00 pm

Perkiraan UMNO mungkin tidak mengikut logik biasa. Semakin lama PRU ke-13 ditunda, bermakna semakin berat bebannya. Pertama, UMNO-BN tidak mempunyai alasan untuk menundakan reformasi sistem pilihan raya. Perlu diingatkan bagaimana impak "BERSIH 1.0" memuncak apabila SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum hari pengundian PRU 12. Kerajaan Najib sama ada kehilangan undi berikutan "ketidaksempatan" melakukan reformasi sistem pilihan raya, ataupun tumbang kerana sistem pilihan raya yang bersih, adil dan bebas.

>>Selanjutnya
 
Chin Huat cadang 3 aspek ditumpukan: Senarai pengundi, pendaftaran automatik dan gelanggang sama rata
Chen Shaua Fui | 2.8.2011 7:19 pm

【Perhimpunan BERSIH 2.0】Pengkaji sistem pilihan raya ini menjelaskan, seandainya SPR mahu mewujudkan kawasan parlimen di kampung yang kecil, maka kawasan DUN di bandar juga akan menjadi kecil. Meskipun cara ini tidak boleh menyelesaikan masalah pada peringkat parlimen, di mana kawasan desa terlebih diwakili - namun ia akan mewujudkan lebih banyak kawasan DUN di bandar. Maka pengundi bandar akan mendapat perwakilan yang lebih banyak pada peringkat kerajaan negeri.

>>Selanjutnya
 
Dari Ops Lalang ke 709: Suasana ketakutan hilang...
Chen Shaua Fui | 1.8.2011 6:55 pm

【Perhimpunan BERSIH 2.0】"Setiap orang mahu melakukan sesuatu. Setiap orang merasai sesuatu yang tidak kena dalam sistem kita - bukan sekadar Suruhanjaya Pilihan Raya, atau sistem pilihan raya. Maka setiap tindakan rakyat adalah proses untuk mencari jalan keluar, sama ada untuk dirinya atau negaranya," ulas pemerhati politik, Tang Ah Chai.

>>Selanjutnya
 
Sistem Biometrik: Bukan masalah teknikal, tapi hilang percaya...
Ong Vic Kee | 26.7.2011 7:08 pm

Adakah sistem biometrik yang diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal membasmi penyelewengan "pengundi hantu", dalam pilihan raya yang akan datang? Pakar dalam bidang biometrik mengakui bahawa dari segi teknikalnya, ia adalah mudah, digunakan secara umum, malah kosnya tidak tinggi, namun sistem ini gagal membasmi penyelewengan sepenuhnya.

>>Selanjutnya
 
Kawasan desa penentu "Tsunami politik 2.0"
Ong Vic Kee | 20.7.2011 3:39 pm

Meskipun perhimpunan BERSIH 2.0 belum membawa perubahan sistem pilihan raya dalam masa yang singkat, namun tetap memberi impak terhadap senario politik dan minda rakyat. Penganalisa menganggap gelombang kuning ini sekadar membadai di kawasan bandar. Oleh itu, kemampuan fenomena ini menembusi kawasan desa menjadi faktor penentu sama ada Tsunami Politik 2.0 bakal tercetus daripada gelombang ini.

>>Selanjutnya
 
Cara menangani BERSIH 2.0 didominasi pendekatan politik lama
Lim Hong Siang | 11.7.2011 8:29 pm

【Perhimpunan BERSIH 2.0】"Spineless! Tiada tulang belakang, macam sotong!" Dzulkefly Ahmad semakin rancak nadanya. Pada hakikatnya, dari awal hingga akhir episod perhimpunan BERSIH 2.0, pendekatan kerajaan menanganinya didominasi dengan agenda politik lama, malah sepupu Najib, Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri, mendukung cara untuk menekan peserta perhimpunan ini.

>>Selanjutnya
 
Apabila Najib buat pusingan- U dan pengikutnya tidak sempat brek...
Lim Hong Siang | 7.7.2011 10:36 pm

【Perhimpunan BERSIH 2.0】Kepimpinan dengan kuku besi semakin ketinggalan pada zaman abad ke-21. Najib perlu mengambil iktibar dari pengajaran sejarah - bagaimana gelombang "reformasi" pada tahun 1998 menyingkirkan Mahathir Mohamad, dan bagaimana "tsunami politik" pada tahun 2008 menggulingkan Abdullah Ahmad Badawi. Apabila T-shirt menjadi igauan, jangan pula diharapkan Datuk T boleh menjadi penyelamat.

>>Selanjutnya
 
Apabila rasional BERSIH 2.0 bertembung dengan ketidakikhlasan BN...
Lim Hong Siang | 6.7.2011 5:53 pm

【Perhimpunan BERSIH 2.0】Persoalannya, siapa yang mahu berdemonstrasi di jalan raya, seandainya masalah boleh diselesaikan melalui penyerahan memorandum? Siapakah yang mahu memekik di padang stadium, seandainya masalah boleh diselesaikan di atas meja rundingan? Siapakah yang akan hilang "amanah", seandainya asas kepercayaan yang cuba dibina tidak dimusnahkan? Siapa yang sanggup/akan menjadi "haram", jikalau golongan yang berkuasa berpegang kepada janjinya?

>>Selanjutnya
 
BERSIH 2.0: Perjuangan belum selesai...
Lim Hong Siang | 5.7.2011 7:06 pm

【Perhimpunan BERSIH 2.0】Satu lagi keresahan yang timbul adalah, peranan instistusi raja ketika berdepan dengan senario sebegini. Sesetengah aktivis semestinya akan mempertikaikan sejauh manakah peranan institusi raja untuk menyelesaikan keadaan sebegini, yang melibatkan gerakan sosial, ataupun kepentingan parti politik. Kesemua ini menjadi persoalan yang wajar direnungi pimpinan BERSIH ketika mencatur langkah seterusnya.

>>Selanjutnya
 
Najib: Abdullah kedua atau Mahathir kedua?
Lim Hong Siang | 4.7.2011 6:06 pm

【Perhimpunan BERSIH 2.0】Najib tersepit di antara dilema ini. Seandainya perhimpunan BERSIH 2.0 gagal disekat, beliau akan dilihat sebagai "Abdullah Ahmad Badawi kedua" dalam UMNO, yang akhirnya berundur. Sekiranya kerajaan BN memberi reaksi yang dilihat mencapai tahap "kegilaan" di persimpangan "transformasi" ini, beliau akan dilihat sebagai "Mahathir Mohamad kedua", yang terkenal dengan simbol "zalim" dan "kuku besi".

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 253 :: Muka Surat3/13
Pertama
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [4] [5]
Seterusnya
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>