2014-07-29 02:25am
 
ANALISA
 
Keupayaan SYABAS dipertikai
Chen Shaua Fui dan Chan Wei See | 25.7.2012 7:32 pm

Piarapakaran S berkata, seandainya Loji Rawatan Air Langat 2 mula beroperasi pada tahun 2014, maka kerajaan Selangor tidak akan tertekan dengan kekurangan bekalan air kelak, lantas boleh menumpukan perhatiannya untuk mengurangkan NRW.

>>Selanjutnya
 
Isu pokok: Integriti SYABAS dan kerajaan persekutuan yang dipertikai
Chen Shaua Fui dan Chan Wei See | 24.7.2012 6:50 pm

【Pembetulan】SYABAS dan kerajaan persekutuan dengan tegas mendakwa bahawa krisis air akan berlaku di Selangor, maka Loji Rawatan Air Langat 2 perlu dibina. Namun kerajaan negeri Selangor mempertikaikan kesahihan hujah ini, malah khuatir bahawa setelah projek bernilai RM3.94 bilion ini...

>>Selanjutnya
 
Siapa berbohong? MITI atau Lynas?
Tan Sek Choong | 21.6.2012 1:43 pm

【Laporan PSC Lynas, Bahagian kedua】Seandainya Lynas yang memilih untuk meninggalkan Terengganu, mengapa pula MITI perlu memberi pampasan? Siapa yang membohong dalam isu pengecualian cukai - Menteri MITI Mustapa Mohamed atau Lynas?

>>Selanjutnya
 
Mengapa lesen Lynas diberikan sebelum EIA diluluskan?
Tan Sek Choong | 20.6.2012 8:54 pm

【Laporan PSC Lynas, Bahagian pertama】Dengan kata lain, PSC sudah maklum bahawa lesen pengilang Lynas telah diluluskan tiga minggu sebelum laporan EIA diluluskan. Mengapa PSC tidak mempertikaikan sama ada MITI mematuhi prosedur yang ditetapkan?

>>Selanjutnya
 
Lynas tidak jamin keluarkan residu dari Malaysia sepanjang operasi 20 tahun
Tan Sek Choong | 20.6.2012 6:20 pm

Terbaru, surat syarikat Lynas yang didedahkan menunjukkan bahawa syarikat Lynas sekadar menjanjikan bahawa residu yang terhasil semasa tempoh Lesen Operasi Sementara dikeluarkan dari Malaysia, dan bukannya residu yang terhasil sepanjang operasinya selama 20 tahun di sini.

>>Selanjutnya
 
Defisit meningkat pasca perbekalan tambahan 2012
KPRU | 15.6.2012 4:36 pm

Kerajaan BN telah membentang RUU Perbekalan Tambahan (2012) 2012 untuk memohon dana tambahan mencecah sejumlah RM15,295,345,000, di mana RM13,795,345,000 merupakan perbelanjaan bekalan manakala RM1,500,000,000 adalah bagi perbelanjaan tanggungan.

>>Selanjutnya
 
Strategi 6+23 BN di Kelantan
Huang Jian | 15.6.2012 1:06 pm

Dari segi DUN, BN menggunakan strategi 6+23, iaitu mengekalkan 6 kerusi yang dimenangi dalam PRU 12, ditambah dengan 12 kerusi yang mana undi majoriti PAS tidak melebihi 500 undi; dan 11 kerusi yang mana undi majoriti tidak melebihi 1000 undi.

>>Selanjutnya
 
Mengapa masih merah: Masa hadapan masyarakat India diperjudikan?
KPRU | 14.6.2012 1:35 pm

Masyarakat India mengalami diskriminasi secara sistematik di bawah pemerintahan Kerajaan BN terutamanya dari segi kewarganegaraan dan pendidikan. Kehendak kumpulan etnik India untuk mendapatkan kewarganegaraan walaupun mereka lahir dalam negara sebelum dan selepas kemerdekaan mencerminkan kegagalan kerajaan BN dan slogan 1Malaysia janaan kerajaan BN.

>>Selanjutnya
 
Gaji Minimum Sabah Sarawak: Tindakan penganak-tirian kerajaan BN?
KPRU | 29.5.2012 4:32 pm

KPRU berpendapat, Kerajaan BN sekali lagi membentangkan sebuah dasar yang kekurangan kandungan mampan dan kajian terperinci. Kelulusan dasar ini mencerminkan sebuah organisasi yang kurang perancangan jangka masa panjang. Kerajaan BN alpa dengan realiti sebenar negara. Di mana, pada kesudahannya, rakyat yang menjadi mangsa kealpaan kerajaan BN.

>>Selanjutnya
 
Pendedahan skandal: UMNO Sabah semakin meretak
Chen Shaua Fui | 25.5.2012 6:16 pm

"Andai kata wujudnya sekta-sekta, maka sekta pimpinan Musa Aman jelas mempunyai kelebihan. Berbanding Shafie Apdal, Musa mempunyai lebih banyak cara untuk mengagihkan sumber untuk penyokongnya. Beliau boleh menyatukan kekuatannya dengan politik naungan," ulas Arnold Puyok.

>>Selanjutnya
 
PTPTN: IPTS biar ikut logik pasaran, bukan "logik PTPTN"
KPRU | 10.5.2012 4:10 pm

KPRU berpendapat, pemansuhan PTPTN mungkin akan menyebabkan penurunan di IPTS akan tetapi jumlah itu tidak akan mencapai tahap kritikal kerana pemansuhan PTPTNlah yang bakal melahirkan persaingan sihat dalam kalangan IPTS untuk mencapai kualiti pelajaran yang diingini bagi menarik enrolmen pelajar ke institusi pengajian mereka.

>>Selanjutnya
 
Program SAVE yang tidak "Menjimatkan"
Piarapakaran S | 23.4.2012 12:14 pm

Projek SAVE menggalakkan peningkatan penggunaan tenaga elektrik - Apabila projek ini dilancarkan, ia mensasarkan pembeli dengan penggunaan elektrik dalam lingkungan 200 hingga 400 kWj. Pengguna yang termasuk di dalam lingkungan penggunaan elektrik ini mungkin adalah sebuah keluarga yang sudah mempunyai 1 penghawa dingin, peti sejuk dan alat-alat elektrik asas lain di rumah.

>>Selanjutnya
 
KPRU: Ketidakhadiran pemerhati dan agen calon beri laluan kepada PRU terkotor
KPRU | 20.4.2012 1:11 pm

Pindaan yang paling signifikan dan harus diberi perhatian sepenuhnya adalah berkenaan dengan subseksyen 26A(2) dan (3) di bawah barung hendaklah diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, di mana kehadiran pemerhati di barung adalah tidak lagi dibenarkan. Pindaan yang membatalkan kehadiran pemerhati dalam barung bercanggah dengan prinsip demokrasi yang bersifat partisipasi dan bakal mencorakkan proses pilihan raya yang memihak kepada rejim pemerintah.

>>Selanjutnya
 
Lynas: Alam digadaikan untuk keuntungan yang tidak seberapa...
Tan Sek Choong | 26.3.2012 5:42 pm

Lynas dan kerajaan mendakwa bahawa kilang pemprosesan nadir bumi yang terbesar di dunia ini mampu mewujudkan peluang pekerjaan. Namun, angka menunjukkan bahawa jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkannya adalah sama dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan sesebuah hypermarket...

>>Selanjutnya
 
Najib kecewa pengkritik "cetek", tetapi...
Lim Hong Siang | 22.3.2012 6:09 pm

Mungkin antara yang paling menarik adalah apabila Najib diajukan soalan sama ada dirinya berasa marah dengan kritikan yang dilontarkan untuk menghina beliau. Najib berkata padahal dirinya lebih "kecewa" terhadap pengkritik yang "cetek" ini, meskipun mendakwa dirinya mengalu-alukan kritikan yang...

>>Selanjutnya
 
Kemiskinan 101 buat Perdana Menteri
Azrul Azwar | 13.3.2012 12:30 pm

Malah, tidaklah keterlaluan jika sesetengah pihak menyifatkan kegagalan perancangan ekonomi untuk mencapai pertumbuhan inklusif ini sama seperti "jenayah kemanusian" apabila ketirisan, pembaziran, amalan rasuah dan kronisme yang berakar-umbi dan berleluasa secara sistematik telah melebarkan jurang...

>>Selanjutnya
 
Nasib malang Sabah: Negeri antara terkaya, Rakyat pula termiskin
Azrul Azwar | 12.3.2012 4:54 pm

Mungkin ramai penganalisis ekonomi antarabangsa dan tanahair, penggubal dasar ekonomi di peringkat pusat mahu pun di peringkat negeri, para pejuang hak asasi manusia dan aktivis sosial malah rakyat Malaysia secara umumnya bingung dan termangu-mangu dengan dakwaan PM Najib bahawasanya Sabah bukan lagi negeri termiskin di Malaysia hanya berdasarkan kepada purata pendapatan per kapita negeri tersebut yang berada di peringkat pertengahan antara negeri termiskin dan terkaya di Malaysia.

>>Selanjutnya
 
Kertas Konsep 1Care tidak bertapak atas realiti sosioekonomi masyarakat Malaysia
KPRU | 9.3.2012 1:39 pm

Jelasnya, skim 1Care lebih merupakan retorik golongan berkepentingan bagi mengelakkan kewajipan kerajaan dalam menjaga kesihatan rakyat Malaysia, seterusnya memungkinkan kewujudan peluang baharu dalam konteks aktiviti rent-seeking hari ini. Retorik sedemikian tidak membekalkan...

>>Selanjutnya
 
Mustahil sisa buangan Lynas dipulangkan ke Australia
Tan Sek Choong | 8.3.2012 4:53 pm

Jaminan Lynas tidak lebih sebagai cek kosong. Mereka telah memutuskan untuk meninggalkan bahan buangan di Malaysia sebermulanya. Kalau tidak, apa perlunya untuk Lynas membina kilangnya di Malaysia, dan mengangkut bijih lombong jauh dari Mt.Weld untuk diproses di sini. Kalaulah bahan buangan radioaktif boleh dihantar balik ke Australia, maka bukankah lebih senang untuk Lynas membina kilangnya di Mt.Weld?

>>Selanjutnya
 
Dari perspektif ekonomi: Apabila kerajaan buka pintu untuk Lynas...
Neo Chee Hua | 6.3.2012 6:34 pm

Untuk politikus, mereka langsung tidak perlu membayar apa-apa harga untuk menikmati kepentingan politik dan ekonomi, kerana wang yang digunakan itu adalah wang rakyat. Untuk mereka yang berkepentingan, mereka hanya membayar harga yang sedikit untuk mendapat kepentingan ekonomi yang berbilion ringgit dari kerajaan. Rakyat pula ingat dirinya hanya membayar beberapa ringgit kepada kerajaan - tanpa mengetahui bahawa hasil yang akhirnya ditanggung mereka mungkin beberapa kali ganda, malah beratus kali ganda daripada itu.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 253 :: Muka Surat1/13 [ 1 ] [2] [3] [4] [5]
Seterusnya
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>