2014-09-01 09:37pm
 
PANDANGAN
 
Anwar: Penangkapan Rafizi untuk takutkan rakyat yang cari kebenaran
 
Anwar Ibrahim | Aug 01, 2012 04:59:04 pm
Kongsi |

Saya mengecam sekeras-kerasnya penangkapan Rafizi Pengarah Strategi Parti Keadilan awal pagi ini.

Motif penangkapan yang amat jelas berunsurkan politk semata-mata bertujuan untuk memastikan Rafizi untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan UMNO-Barisan Nasional.

Saya yakin bahawa penangkapan Rafizi (gambar kiri, sebelah kanan) adalah berkaitan dengan isu skandal National Feedlot Cooporation (NFC) dan juga Georg Kent yang baharu sahaja diberikan kontrak jutaan ringgit.

Sejak pendedahan NFC akhir tahun lalu sehinggalah kini, dan beberapa lagi skandal penyelewengan, beliau telah mendapat ramai seteru yang berkuasa dan akan menggunakan apa saja cara untuk mendiamkannya.

Ini menggambarkan politik dendam yang ditunjangi PM Najib Razak dan menggunakan agensi-agensi kerajaan yang dikawal penuh.

Rafizi telah dituduh di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA) dan ini hanyalah satu cara bagi mereka untuk terus menakutkan rakyat yang mahu mencari kebenaran di sebalik kontrak dan kronisme yang berkaitan dengan pimpinan UMNO- Barisan Nasional (BN).

Saya dengan ini memberi sokongan penuh terhadap Rafizi atas semangat dan keberanian beliau dan berharap keluarga beliau akan dapat melalui dugaan ini dan yakin bahawa keadilan akan berpihak kepada yang benar dan berani.

*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim (gambar kanan) selaku Ketua Pembangkang Parlimen dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>