2014-09-03 05:11am
 
PANDANGAN
 
Zunar: Keputusan mahkamah kejayaan kartunis Malaysia
 
Zunar | Jul 31, 2012 12:21:13 pm
Kongsi |

Keputusan mahkamah terbahagi dua.  Pertama Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan bahawa tindakan polis merampas buku saya, Cartoon-O-Phobia dan sebuah lukisan pada September 2010 adalah salah dari segi undang2 dan polis diminta membayar gantirugi kepada saya. (Jumlah akan ditentu kemudian).  Namun hakim juga berkata tangkapan yang dilakukan terhadap saya juga pada September 2010 sah dari segi undang-undang.

Komen: Saya bersukur atas keputusan mahkamah.  Kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi saya, tetapi adalah kejayaan kartunis-kartunis Malaysia, khususnya yang bergabung di bawah Kumpulan Kartunis Independen (KKI).
 
Saya dengan ini mencabar pentadbiran Najib supaya mengikut keputusan mahkamah secara moral dengan melaksanakan tuntutan seperti berikut:

* Menarik balik pengharaman ke atas buku-buku saya: 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun Vol 1, Isu Dalam Kartun Vol 11 dan Isu Dalam Kartun Vol 111.

*Memulangkan buku-buku saya yang dirampas.  Terdapat lebih 1000 naskah buku-buku yang masih dalam simpanan polis/KDN.  Ini termasuk 408 naskah Gedung Kartun yang dirampas di pejabat saya pada tahun 2009.

* Menghentikan tekanan dan ugutan ke atas pengilang yang mencetak buku-buku saya dan peniaga serta pengedar yang menjual buku-buku saya.

Selain itu, saya telah mengarahkan peguam saya supaya mengemukakan rayuan ke mahkamah lebih tinggi mengenai keputusan hakim yang menyatakan bahawa penahanan saya sah dari segi undang-undang.

*Kenyataan media oleh Zunar (gambar kanan, sebelah kiri) selaku kartunis politik Malaysia, dipetik dari laman sosial Facebook beliau.



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>