2014-07-25 06:59am
 
PANDANGAN
 
Jamin keamanan peralihan kuasa sebelum umum "sistem demokrasi terbaik di dunia"
 
Lim Kit Siang | Jul 24, 2012 06:34:46 pm
Kongsi |

Perdana Menteri Najib Razak sudah tiga hari berdiam diri - kegagalannya untuk mengambil tindakan susulan berhubung dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin "Kami tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang" dengan deklarasi yang jelas dan tidak berbelah bagi bahawa beliau akan menerima keputusan rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 dan bahawa beliau juga akan menjamin dan memudahkan peralihan kuasa dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat sekiranya inilah keputusan pilihanraya umum ini.

Inilah persoalan yang telah saya tujukan secara am dalam ceramah DAP Sepanggar di Sabah pada Jumaat yang lalu berikutan laporan dalam laman sesawang bahawa Muhyiddin telah menggesa anak muda untuk bersatu padu untuk memastikan Negara ini stabil dan aman dan untuk mengelakkan ulangan tragedi 13 Mei 1969, dalam Konvensyen Pemuda Kebangsaan.

Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan rujukan Muhyiddin kerana meragui bona fide (dengan niat baik) apabila lebih banyak rakyat Malaysia lebih yakin akan pembangkitan semua peristiwa 13 Mei yang akan menghantui kita sebagai satu ancaman senyap kepada pengundi bahawa pertumpahan darah peristiwa 13 Mei akan berlaku sekiranya UMNO kehilangan kuasa, daripada satu jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa tragedi 13 Mei merupakan satu babak yang pahit dalam sejarah negara ini yang tidak akan dan tidak mungkin berlaku.

Saya telah menawarkan kerjasama Pakatan Rakyat untuk bekerja bersama UMNO-Barisan Nasional untuk memastikan bahawa peristiwa hitam 13 Mei tidak akan berulang dalam pilihanraya umum yang akan datang sekiranya kedua-dua gabungan BN dan PR berjanji untuk bekerja bersama-sama untuk kepentingan negara untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku lagi?

Ini adalah sebab mengapa saya telah mencabar Najib (gambar kiri) sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO-Barisan Nasional untuk mengumumkan pendirian beliau.

Ucapan saya di Sepanggar telah menerima maklum balas daripada Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Barisan Nasional Sabah Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen UMNO Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) yang telah bersumpah untuk memastikan peralihan kuasa yang aman sekiranya Pakatan Rakyat menumpas mereka dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Sebagai contoh, mereka telah menuding jari kepada kekalahan mereka di Selangor, negeri terkaya di Malaysia, dan Kelantan, di bawah pimpinan PAS untuk lebih dua dekad sekarang.

Tetapi kehilangan kuasa di Putrajaya jauh lebih berbeza daripada kehilangan kuasa di lima negeri dalam 2008 iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan dan pada masa yang sama menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

Tambahan pula, rakyat Malaysia tidak akan melupakan ucapan berbisa Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO dua tahun yang lepas bahawa UMNO akan mempertahankan kubu mereka di Putrajaya dengan berkata "biar berkecai tulang dan badan, bercerai jasad dan nyawa Putrajaya tetap akan kita pertahankan", yang tiada apa-apa jaminan bahawa peristiwa kejadian 13 Mei tidak akan berulang.

Ini menunjukkan respon atau alasan yang telah diberikan oleh Tengku Adnan dan dua Ahli Parlimen UMNO yang lain sememangnya tidak boleh diterima dan tidak mencukupi kerana mereka tidak boleh memperbetulkan kenyataan Najib, yang hanya boleh dilakukan oleh Perdana Menteri sendiri, dan sehingga sekarang beliau belum lagi memberi apa-apa komen yang jelas mencerminkan komitmen beliau terhadap demokrasi dan transformasi politik di Malaysia.

Najib harus diingatkan sebelum membuat pengumuman bahawa Malaysia mempunyai "sistem demokrasi yang terbaik di dunia", Najib harus memastikan Malaysia mempunyai demokrasi yang normal di mana tiada keraguan akan peralihan kuasa yang aman jika ini kemahuan pengundi.

Dalam negara yang mempunyai demokrasi yang normal, samada di United Kingdom, negara-negara di dalam Kesatuan Eropah, Australia, New Zealand, Kanada dan Amerika Syarikat mahupun Jepun, rakyatnya tidak perlu bimbang akan peralihan kuasa secara aman daripada pimpinan satu parti politik atau satu gabungan politik kepada yang lain, samada pada peringkat kebangsaan atau negeri, sekiranya ini yang pengundi ingini dalam pilihanraya umum.

Tetapi, malangnya, ini bukanlah keadannya di Malaysia.  Bahkan, kami jauh ketinggalan dalam mencapai status demokrasi normal, walaupun dengan Perdana Menteri, Menteri Kabinet, UMNO dan semua parti komponen Barisan Nasional masih belum bersedia untuk memberi komitmen yang tidak berbelah bagi untuk memastikan peralihan kuasa yang aman jika inilah keputusan pengundi negara ini dalam pilihanraya umum yang akan datang dan supaya peristiwa hitam 13 Mei tidak akan berulang.

Najib tidak boleh menangguhkan lagi ikrarnya untuk menerima dan memudahkan peralihan kuasa pada peringkat persekutuan dalam pilihanraya umum yang akan datang jika ini merupakan keputusan pengundi, dan memastikan peristiwa hitam 13 Mei tidak akan berulang.  Sekiranya tidak, beliau membuktikan dalam satu gambaran baru-baru ini sebagai "demokrat palsu" yang "mengadakan pilihanraya tetapi tiada hasrat untuk menyerahkan kuasa."

*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>