2014-07-24 12:21pm
 
PANDANGAN
 
Kong Cho Ha: Prestasi pengendalian kontena bagi pelabuhan Malaysia memberangsangkan
 
Kong Cho Ha | Jul 23, 2012 05:16:22 pm
Kongsi |

Prestasi pengendalian kontena oleh pelabuhan-pelabuhan Malaysia bagi setengah tahun pertama 2012 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 10,337,100 juta TEUs daripada sejumlah 9,852,569 juta TEUs berbanding tempoh yang sama 2011.  Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 484,531 TEUs atau 4.9 peratus menurut Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan.

Katanya, kendalian transshipment bagi enam bulan pertama tahun 2012 telah meningkat daripada 6,607,099 juta TEUs kepada 6,925,733 juta TEUs iaitu sebanyak 318,634 TEUs, import meningkat daripada 1,595,549 juta TEUs kepada 1,708,443 TEUs iaitu sebanyak 112,894 TEUs manakala eksport meningkat daripada 1,649,921 juta TEUs kepada 1,702,924 juta TEUs iaitu sebanyak 53,003 TEUs.

Kong berkata, Pelabuhan Klang merupakan pengendali utama kontena bagi enam bulan pertama (Jan-Jun 2012) dengan pengendalian sebanyak 5,003,538 juta TEUs berbanding 4,689,979 juta TEUs yang dikendalikan bagi tempoh yang sama 2011 iaitu peningkatan sebanyak 6.7%.

Tambahnya, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pula telah mengendalikan sebanyak 3,840,740 juta TEUs untuk tempoh yang sama berbanding dengan 3,672,036 juta TEUs pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak 4.6%.

Beliau menambah, Pelabuhan Klang telah berjaya menduduki tangga ke 13 daripada tangga 16 pada tahun 2007 (world ranking) bagi pengendalian pelabuhan kontena pada tahun 2011, manakala Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor telah mencapai tangga ke 17 daripada tangga 18 yang diperolehinya pada tahun 2007 dan 2008.  Pada keseluruhannya, pelabuhan-pelabuhan Malaysia masih mencatatkan pertumbuhan positif dalam pengendalian kontena bagi setengah tahun pertama 2012, walaupun keadaan ekonomi Eropah sedang mengalami kemelesetan.

Kerajaan juga bercadang untuk membangunkan sebuah pelabuhan baru di Kawasan Perindustrian Saman Laju, Negeri Sarawak.  Ini adalah ekoran dari kawasan Pantai Timur Malaysia yang menjalin perhubungan perdagangan melalui Pelabuhan Kembarnya di Nanning, China.  Dalam pada itu, kerajaan juga sedang giat merancang menaikkan taraf Pelabuhan Kuantan, Pahang, untuk memenuhi kehendak semasa dan masa depan ujarnya.

*Kenyataan media oleh Kong Cho Ha (gambar kanan) selaku Menteri Pengangkutan.



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>