2014-04-19 07:56pm
 
PANDANGAN
 
Kit Siang: UMNO terdesak sehingga meminta SB sebar fitnah?
 
Lim Kit Siang | Jul 20, 2012 07:38:16 pm
Kongsi |

Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mesti memberi penjelasan mengapa Cawangan Khas (Special Branch) diberi imuniti dan kebenaran untuk menyebarkan berita "karut" bahawa pengganas JI dan bekas komunis telah meresap masuk ke dalam parti Pakatan Rakyat sebagai calon dalam pilihanraya yang akan datang.

Satu pendedahan, dalam laporan Bernama semalam, oleh Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen semalam, telah mendakwa elemen JI sedang meresap ke dalam PAS sementara elemen komunis sedang cuba untuk meresap ke dalam DAP, dapat dilihat sebagai satu lawak politik yang sememangnya jijik kalau bukan keseriusan idea-idea seperti ini yang berputik daripada akal yang tidak berakhlak yang menentukan polisi yang diimplementasikan oleh kerajaan dan bagi tujuan keselamatan di negara ini.

Apakah isu kebangkitan semula pengganas Islam dan momok komunis yang sedang meresap ke dalam parti-parti Pakatan Rakyat, akan dijadikan satu alasan yang baru untuk melaksanakan satu operasi khas terhadap parti-parti PR untuk mengeluarkan anasir-anasir yang kononnya tidak berdemokrasi dan menggugat keselamatan awam oleh Pakatan Rakyat supaya UMNO/Barisan Nasional akan kekal berkuasa dalam pilihanraya umum ke-13?

Hakikatnya Najib mungkin akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihanraya umum sebelum mulanya bulan Ramadan esok kalau bukan disebabkan oleh perhimpunan aman BERSIH 3.0 pada 28 April yang telah memburukkan lagi kedudukan UMNO-BarisanNasional yang dibelenggu respon daripada kerajaan/pihak polis yang telah menganggap garam dan air mineral sebagai satu senjata untuk menggulingkan kerajaan UMNO-BN!

Benarkah UMNO-BN berasa takut, terdesak dan tergugat untuk menghadapi cabaran perubahan secara demokrasi oleh Pakatan Rakyat bahawa mereka terpaksa meminta Cawangan Khas (Special Branch) untuk menyebarkan fitnah-karut bahawa JI dan komunis sedang meresap ke dalam parti Pakatan Rakyat, terutamanya PAS dan DAP, untuk bersedia untuk menyerang Pakatan Rakyat?

Atau adakah ini satu percubaan oleh pertubuhan Cawangan Khas (Special Branch) untuk menjustifikasi monopoli RM381 juta atau 6% daripada bajet polis sebanyak RM6.3 bilion di mana pihak polis harus menyalurkan lebih banyak daripada peruntukan dan sumber mereka untuk membanteras jenayah dan menjadikan negara Malaysia lebih selamat untuk rakyatnya daripada membantu UMNO-BN kekal berkuasa selepas 54 tahun?

Mengapa pula Biro Tatanegara (BTN) dalam Jabatan Perdana Menteri yang terlibat dalam Konvensyen sehari Pemuda Kebangsaan untuk menyebarkan berita "fitnah-karut" bahawa parti Pakatan Rakyat sedang diresapi pengganas JI dan komunis, apabila dalam minggu lepas sahaja, BTN telah terlibat sama dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia untuk merekrut seramai 10,000 "cybertrooper" dengan satu mesej bahawa pemutarbelitan dianggap sah terutama terhadap parti Pakatan Rakyat?

Adakah khabar angin dari unit Cawangan Khas (Special Branch) berhubung dengan peresapan masuk pengganas JI dan komunis kedalam Pakatan Rakyat adalah satu contoh terbaru fitnah dan pemutarbelitan terhadap PR sama seperti berita fitnah-karut bahawa DAP mahu menubuhkan negara Malaysia yang beragama Kristian dan perlantikan Perdana Menteri yang beragama Kristian serta penubuhan satu negara republik dengan memansuhkan sistem Raja-raja berlembagaan?

Saya mencabar Najib, Hishammuddin dan Mohd Sofian daripada unit Cawangan Khas (Special Brranch) untuk mengenalpasti semua pemimpin DAP dan PR, ahli-ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri yang berselindung di sebalik jawatan mereka sebagai pengganas JI atau komunis atau untuk mendedahkan identiti pihak-pihak yang telah meresap ke dalam parti PR dengan niat untuk bertanding sebagai "calon dalam pilihanraya umum yang akan datang".

Jika tidak, Mohd Sofian wajib menarik balik kenyataannya dan memohon maaf di atas dakwaan yang serius dan tidak berasas ini atau diambil tindakan tatatertib atau dipecat terus kerana telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah daripada posisinya sebagai seorang kakitangan kerajaan di mana keutamaan mesti diberikan untuk berkhidmat untuk negara dan bukan berajakan parti politik yang berkuasa pada masa ini.

Najib dan Hishammuddin juga harus menjawab soalan-soalan ini.  Kementerian Dalam Negeri terutamanya harus memberitahu rakyat Malaysia yang membayar cukai bila pula unit Cawangan Khas (Special Branch) direkrut secara rasmi sebagai sebahagian daripada jentera propaganda UMNO-BN untuk membantu dalam pengekalan kuasa menjelang pilihanraya umum yang ke-13 ini!

*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>