2014-07-27 01:12am
 
KHAS
 
Tiong Lai kepada Muhyiddin: Jangan hanya jaga Melayu
 
MerdekaReview | Jul 17, 2012 03:19:46 pm
Kongsi |

Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata, Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri seharusnya memahami suara hati seluruh rakyat, dan bukannya hanya menjaga kaum Melayu.  Liow menambah, seandainya Muhyiddin memahami teori ini, maka beliau tidak akan mempersoalkan mengapa MCA tidak faham perasaan masyarakat Cina.

Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dipetik Sin Chew Daily (gambar kiri) berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan Persidangan Keselamatan Makanan Antarabangsa Tahun 2012, semalam.  Menurut laporan, Liow berkata, pimpinan MCA dengan jelas memahami perasaan masyarakat Cina, pada masa yang sama akan terus menyuarakan pandangan dan permintaan kaum Cina melalui pelbagai saluran termasuk kabinet.

Beliau berkata, pimpinan MCA sedia ada cuba memastikan kaum Cina akan mendapat layanan yang lebih adil, dan memastikan kerajaan melaksanakan dasar secara lebih menyeluruh.

"Dasar yang tidak adil terhadap masyarakat Cina dulu telah diperbetulkan secara beransur-ansur, dan apa yang belum tercapai, kami akan mempercepatkan langkah, untuk memastikan dasar negara lebih terbuka."

Menurut laporan Sin Chew Daily pada hari ini, Liow Tiong Lai menegaskan bahawa apa yang ingin dilihat masyarakat Cina adalah dasar yang adil dan untuk seluruh rakyat.

"Jadi saya percaya Muhyiddin semestinya memahami idealisme ini.  Beliau selaku Timbalan Perdana Menteri mestilah membela seluruh rakyat, dan bukan hanya menjaga kepentingan kaum Melayu.  Seandainya beliau memahami teori ini, maka beliau tidak akan tanya mengapa MCA tidak memahami perasaan masyarakat Cina."

Di samping itu, Liow Tiong Lai merakamkan penghargaannya terhadap Perdana Menteri Najib Razak yang mencanangkan gagasan "1Malaysia", malah menganggap gagasan tersebut adalah adil dan memperlihatkan kepelbagaian.  Liow yakin bahawa seluruh rakyat Malaysia akan menyokong PM Najib.

*Laporan yang dirujuk adalah berita yang dimuatkan pada mukasurat keempat, Sin Chew Daily, 17 Julai 2012.



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>