2014-09-02 02:44pm
 
PANDANGAN
 
SAMM: Adakah Pemuda UMNO menikus terhadap kebiadapan Soi Lek hina Islam?
 
Azmir Haji Mustafa | Jul 04, 2012 03:57:52 pm
Kongsi |

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ayub Rahmat (ADUN Johor) di atas keberanian beliau dalam menyatakan hasrat untuk menuntut pihak kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan Hukum Hudud.

Kami dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan cukup rasa berbangga terhadap keberanian Ayub Rahmat memandangkan keberanian sebegini amat jarang berlaku di kalangan UMNO.

Dalam pada masa yang sama kami mencabar Pemuda UMNO Malaysia dan juga Pertubahan Pribumi Perkasa (PERKASA) untuk bangun dan membela Ayub Rahmat dalam menuntut hak pelaksanaan hukum hudud.  Apakah badan pemuda dan NGO yang mengaku kononnya pejuang Islam hanya menikus selepas komen yang dilontarkan oleh Presiden MCA (gambar kanan) itu berbaur kepada penghinaan untuk umat Islam di Malaysia?

Beberapa persoalan ingin saya lontarkan kepada umno, di manakah Pemuda UMNO dan PERKASA?  Adakah mereka hanya mampu melihat kebiadapan Chua Soi Lek menghina Islam tanpa apa-apa tindakan?  Mengapa tidak berani untuk berdemonstrasi di hadapan pejabat Chua Soi Lek itu di atas nama perjuangan agama sedangkan hukum Hudud itu adalah undang-undang Islam yang tertera dalam Al-Quran?  Di mana hilangnya kejantanan PERKASA dan NGO-NGO lain yang sebelum ini sangat garang dalam beberapa isu?

Adakah keberanian mereka hanya selektif dan mampu bersuara sekiranya perkara yang sama berlaku dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat?  Apakah UMNO sangat takut dan gentar kepada Chua Soi Lek?

Saya selaku Penyelaras SAMM Wilayah, ingin mencabar Pemuda UMNO Malaysia, mencabar Ketua Wira Perkasa Malaysia dan beberapa NGO Melayu untuk bangkit dan membuat dan laporan polis seterusnya menuntut permaafan daripada Presiden MCA itu, di atas kebiadapan untuk kesekian kalinya.

Pemuda UMNO digesa tidak hanya berani dan lantang bersuara di dalam kandang sewaktu Perhimpunan Agung UMNO sahaja.  Dengan ini saya juga mendesak supaya pemuda UMNO tidak lagi menggunakan Keris sebagai simbolik keberanian Pahlawan Melayu sekiranya hal keceluparan Presiden MCA itu gagal diselesaikan dengan setimpal tindakan.

*Kenyataan media oleh Azmir Haji Mustafa (gambar kiri) selaku Penyelaras SAMM Wilayah Solidariti Anak Muda Malaysia.



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>