2014-07-25 01:42am
 
PANDANGAN
 
DAPSY mengutuk tindakan ganas PERKASA terhadap Ketua Menteri
 
Anthony Loke | Jul 02, 2012 12:56:03 am
Kongsi |

DAPSY mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas dan biadap oleh ahli-ahli PERKASA yang cuba menggasari dan menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di pasar Teluk Bahang semalam.  Tindakan ganas oleh ahli-ahli PERKASA semakin keterlaluan berikutan kegagalan polis untuk mengambil tindakan tegas ke atas tindak-tanduk mereka dan menimbulkan persepsi seolah-olah PERKASA mempunyai kekebalan daripada tindakan undang-undang.

Tindakan ganas untuk menyerang seorang Ketua Menteri yang sedang membuat lawatan rasmi bersama rakyat adalah sesuatu yang keterlaluan dan tidak sepatutnya berlaku sekiranya pihak polis menjalankan tanggungjawab mereka secara profesional.  Keadaan seumpama ini tidak pernah berlaku terhadap Perdana Menteri, Menteri Besar ataupun Ketua Menteri dari Barisan Nasional kerana mereka sentiasa diberikan perlindungan yang terbaik oleh pihak polis semasa mereka menjalankan tugas di khayalak orang ramai.

Perlindungan dari pihak polis untuk pemimpin-pemimpin kerajaan memanglah sesuatu yang wajar namun DAPSY mempersoalkan mengapakah layanan yang sama tidak diberikan kepada pemimpin kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat khasnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng?

Persaingan politik yang semakin sengit di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menjelang PRU 13 dan keadaaan yang semakin tidak memihak kepada BN menimbulkan persoalan sama ada PERKASA ingin menggunakan kekerasan dan keganasan untuk menimbulkan ketegangan dalam masyarakat kita dan seterusnya menggagalkan tuntutan perubahan kerajaan oleh rakyat melalui sistem pilihanraya.

DAPSY menggesa Ketua Polis Negara segera mengarahkan penangkapan anggota PERKASA tersebut yang cuba menyerang Lim Guan Eng untuk siasatan lanjut polis.  DAPSY turut menggesa Ketua Polis Negara memberikan jaminan secara terbuka kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan semua pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat bahawa keselamatan peribadi mereka terutamanya semasa menjalankan tugas rasmi akan sentiasa diberikan perlindungan yang terbaik dari pihak polis.

*Kenyataan media oleh Anthony Loke Siew Fook (gambar kiri) selaku Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) merangkap ahli parlimen Rasah  pada 1 Julai 2012.



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>