2014-08-21 10:01pm
 
PANDANGAN
 
SUHAKAM: Siasatan Awam terhadap BERSIH 3.0 mulai 5 Julai
 
SUHAKAM | Jun 30, 2012 05:39:32 pm
Kongsi |

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan terkini Siasatan Awam yang dicadangkan dalam insiden semasa dan selepas perhimpunan awam 28 April 2012.  Suruhanjaya telah memutuskan bahawa Siasatan Awam tersebut diadakan bermula pada 5 Julai 2012.

Sehingga 21 Jun 2012, Suruhanjaya telah selesai menjalankan semakan ke atas penghujahan awam yang telah diterima daripada orang ramai dalam bentuk dokumen, kenyataan dan rakaman video dan telah mengenal pasti saksi-saksi.  Suruhanjaya sedang menunggu maklumbalas dari pihak Polis atas permohonannya, dan peringatan seterusnya telah dikemukakan berhubung tujuan untuk menemubual Personel Polis yang bertugas semasa perhimpunan awam 28 April.

Keputusan Suruhanjaya untuk menjalankan Siasatan Awam terhadap dakwaan penggunaan kekerasan oleh pihak berkuasa semasa dan selepas perhimpunan awam 28 April 2012 setelah mengambil kira pemantauan Suruhanjaya dan beberapa faktor lain yang berkaitan, termasuk penyerahan aduan, laporan dan memorandum daripada orang awam, kumpulan hak asasi manusia dan profesional serta kumpulan masyarakat sivil yang lain kepada Suruhanjaya berhubung perkara tersebut yang menggesa agar satu siasatan bebas dijalankan ke atas kejadian tersebut.

Panel Siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suruhanjaya, Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Dr Mahmood Zuhdi b Abdul Majid dan Encik Detta Samen.

Terma Rujukan Siasatan Awam

Terma rujukan untuk Siasatan Awam ini adalah:

1. Untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak semasa dan selepas perhimpunan pada
28 April 2012;
2. Jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, untuk menentukan:
i. Bagaimana pelanggaran itu terjadi;
ii. Apakah arahan pentadbiran dan prosedur, atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut; dan
iii. Individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk pelanggaran tersebut.

3. Untuk mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran tersebut tidak akan berulang.

*Kenyataan media dikeluarkan RODZIAH ABDUL selaku Setiausaha Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>