2014-04-18 11:54am
 
KHAS
 
Anwar berterima kasih kepada inisiatif "Ah Wah Gor"
 
MerdekaReview | Jan 25, 2012 01:13:05 pm
Kongsi |

"Terima kasih... Menghargai inisiatif ini dan saya teramat gembira dengan respon yang diberikan.  Respon sepanjang menyambut Tahun Baru Cina sungguh memberangsangkan buat saya.  Tahun Naga ini bakal menandakan satu permulaan untuk Malaysia yang demokrasi, adil dan bersatu-padu... Terima kasih."

(asal: "tq..apreciate the initiative and i'm extremely pleased with the response.  i'm encouraged by the response during the chinese new year celeberations.  the year of the the dragon would signify a new beginning for a democratic, just and united malaysia...xie xie")

Demikianlah respon Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (gambar kanan) terhadap penubuhan laman sosial bahasa Cina "Ah Wah Gor", secara tidak rasmi untuk dirinya.  Beliau meninggalkan komen ini dengan akaun Anwar Ibrahim II-nya, pada kira-kira jam 12.48 tengah hari, tadi.

Penubuhan laman sosial "Ah Wah Gor" (Abang Anwar) di Facebook pada 20 Januari 2012 oleh penyokongnya, sebagai respon kepada penubuhan laman sosial rasmi bahasa Cina Perdana Menteri Najib Razak, yang dinamakan "Ah Jib Gor" (Abang Ah Jib).  Bagaimanapun, bilangan warga internet yang "like" Ah Wah Gor berjaya memintas bilangan yang "like" Ah Jib Gor dalam masa 24 jam.

Sehingga jam 1 petang tadi, Ah Wah Gor telah mencatat lebih 38,000 orang peminat, sementara Ah Jib Gor hanya mencatat 18,615 orang peminat.  Sementara itu, Ah Jib Soh (merujuk kepada isteri Najib) yang ditubuhkan untuk "memerli" Rosmah Mansor turut mencatat kira-kira 9,000 peminat.

Di samping itu, banyak laman sosial bahasa Cina yang ditubuhkan, misalnya Ah Siang Gor (merujuk kepada Lim Kit Siang), "Ah Eng Gor"  (merujuk Lim Guan Eng), dan Ah Nik Gor (merujuk Nik Aziz).

Baca: Ah Wah Gor memintas Ah Jib Gor dalam 24 jam!

Baca: Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>