2014-04-19 07:15am
 
EKSKLUSIF
 
"Pujuk Najib bukan saya!"
Pemuda Gerakan keluar parti kerana kecewa dengan Koh
 
Lim Hong Siang | Nov 27, 2011 02:01:38 pm
Kongsi |

"Semasa Hari Malaysia, Najib memberi harapan kepada negara ini, dengan ucapannya untuk menjanjikan pemansuhan ISA, memberi lebih kebebasan...dan sebagainya.  Tetapi terkini Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, kelihatan lebih draconian berbanding dahulu.  Jadi, apa yang dikatakan Najib?  Dan mengapa Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) berdiam dalam hal ini?"

"Untuk Gerakan, seandainya ia menganggap ini adalah sesuatu yang salah, dia seharusnya bercakap sesuatu.  Tetapi ia masih diam.  Hanya apabila saya menyerah perletakan jawatan saya, baru beliau (Koh Tsu Koon) cuba untuk memanggil saya, memujuk saya untuk tidak tinggalkan (parti)."

"Ini cara yang salah!  Beliau tidak seharusnya memujuk saya, beliau seharusnya memujuk Najib.  Ubah pandangan dia (Najib)!  Beliau (Koh Tsu Koon) mencari orang yang salah, saya bukan siapa dalam Gerakan.  Beliau harus beritahu Najib, bukan saya... Keutamaannya salah!"

Demikianlah kekecewaan yang diluahkan kepada MerdekaReview, oleh Delren Terrence Douglas (gambar kanan), seorang pemuda Gerakan yang mengambil keputusan untuk keluar parti dari Gerakan.  Beliau memegang jawatan Ketua Pemuda Cawangan Ijok, Ketua Pemuda Bahagian Kuala Selangor, Ketua Informasi Pemuda Negeri Selangor sebelum meninggalkan parti.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan MerdekaReview, Delren berkata notis letak jawatan telah dihantar kepada pimpinan tempatan kelmarin, dan melalui sms kepada Kohilan, Tan Lian Hoe dan Koh Tsu Koon, pagi tadi.  Beliau menunjukkan panggilan Koh Tsu Koon yang tidak dijawab olehnya, pagi tadi.

Ketika ditanya faktor yang mendorong beliau keluar parti, Delren berkata, "Gerakan masih merupakan anak tiri kepada UMNO.  Masa dia masuk dalam Barisan Nasional dulu, dia setaraf dengan UMNO.  Apa pendapat dia, UMNO boleh terima.  Masa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, zaman dulu... Tapi sekarang, Gerakan seolah-olah macam anak tiri."

Beliau tidak berpuas hati apabila pimpinan atasan Gerakan berdiam diri dalam skandal yang terdedah, termasuk skandal National Feedlot Centre yang melibatkan Shahrizat Jalil, Menteri Ketua Wanita UMNO baru-baru ini.  Beliau berkata, peringatan demi peringatan diketengahkan, malah dalam Mesyuarat Agung Gerakan baru-baru ini, beliau antara pembahas yang melontarkan ketidakpuasannya, malah berkata Gerakan mesti bertukar (berubah).

Meskipun fenomena ini telah berlaku sejak lama lagi, tetapi beliau masih memilih untuk memberi peluang kepada Koh Tsu Koon.  "Tapi nampaknya, dia (Koh Tsu Koon) tukar, dia kata dia tak akan bertanding dalam pilihan raya saja.  Dia tak kata dia nak letak jawatan.  Dia tak kata apa dia nak lakukan," beliau menyatakan kekecewaannya terhadap Koh Tsu Koon dan pimpinan atasan dalam Gerakan.

Ketika dilontarkan andaian Koh Tsu Koon berundur, apakah beliau akan kembali yakin kepada Gerakan, "Kena tengok arah mereka (pimpinan baru) nak pergi."

Delren hadir dalam Kongres Nasional Tahunan Keadilan yang berlangsung semalam dan hari ini, di Pulai Springs Resort, Johor Bahru.  Beliau menerima temuramah MerdekaReview di sini, tadi.  Ketika ditanya mengapa PKR dipilih, beliau berkata ideologi perjuangan PKR hampir sama kepada Gerakan, dengan komposisi anggota yang berbilang kaum.

Ketika ditanya apakah suasana Kongres Nasional PKR berbeza dengan Mesyuarat Agung Gerakan, "Lebih kurang sama," jawab Delren.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>