2014-08-27 04:47pm
 
KHAS
 
Peserta perhimpunan meninggal kerana sesak nafas terhidu gas pemedih
 
Lim Hong Siang | Jul 09, 2011 08:24:11 pm
Kongsi |

Seorang peserta perhimpunan BERSIH 2.0 telah meninggal dunia kerana sesak nafas, dipercayai disebabkan terhidu terlalu banyak gas pemedih mata, yang dilepaskan oleh pihak polis tadi.  Baharuddin bin Ahmad, 59 menyertai perhimpunan di sekitar pusat beli belah SOGO, dan kemudian menuju ke KLCC.

Baharuddin Ahmad ialah suami kepada Rosni, Ketua Wanita PKR Cabang Titiwangsa.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang mengesahkan berita ini kepada MerdekaReview menuding jari terhadap kerajaan kerana menyebabkan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad.  "Ini sesuatu yang amat menyedihkan kerana menyebabkan kematian.  Kerajaan tidak faham apa itu kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, maka cara ia menangani perhimpunan telah menyebabkan tragedi ini."

Menurut Zuraida (gambar kiri), Baharuddin meninggal pada kira-kira jam 6 petang, di Hospital Kuala Lumpur.  Baharuddin dikatakan sesak nafas ketika melarikan diri dari gas pemedih mata.

Ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0, polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air berkimia.

Dalam satu sidang media pada jam 6 petang, Ketua Polis Negara Ismail Omar menafikan bahawa terdapat kes kematian dalam perhimpunan BERSIH 2.0.

Baca: Gelombang BERSIH 2.0 gagal disekat

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>