2014-08-22 01:58am
 
KHAS
 
Kesudahan kes video seks dalam jangkaan, dakwa Anwar
 
Chan Kim Ming | Jun 24, 2011 07:09:26 pm
Kongsi |

Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim mendakwa bahawa keputusan pertuduhan "Datuk T" lantaran penayangan satu klip video seks yang mengheret nama dirinya itu "sudah dijangka".

Malah, Anwar berkata, "Saya tak terkesan sama sekali.  Eekmal (pembantunya) lebih terkesan, dia yang beritahu saya apa yang berlaku secara terperinci.  Dan saya jangka..."  Beliau meneruskan, "Siapa yang tidak tahu sistem yang ada sekarang?  Dan tentunya media UMNO akan menyerang, cuba nak hidupkan balik kes yang sudah mati..."

Ketika diminta untuk mengulas isu ini, Anwar berkata, "Saya jangka, sebab tu semalam saya sebut, ini hanya satu wayang kerana yang mendakwa ialah Gani Patail.  Rundingan Rahim dan Dato Seri Najib sudah berlaku mengambil masa lebih dari tiga bulan, (untuk) kes yang semudah ini.  Jadi, sewajarnya rakyat tahu, apa permainan mereka.  Dan tentunya digunakan medan mahkamah ini sekadar untuk melemparkan fitnah."

Beliau mempersoalkan, "Hal-hal yang melibatkan yang nyata, bukti, mengenai pembunuhan, rogol, penyeksaan, itu semua ditutup.  Yang digembar-gemburkan ialah fitnah, walaupun saya sudah menafikan sekeras-kerasnya, itu yang menyebabkan saya terdorong untuk buat laporan polis.  Walaupun saya tahu, keterbatasan sistem ini, tetapi kalau kita tak buat laporan polis, mereka akan berkata 'maknanya sudah bersalah'.

Anwar (gambar kanan) diminta wartawan untuk mengulas isu ini, selepas berucap dalam seminar bertajuk "Social Market Economy; an Alternative for Malaysia?" anjuran Kajian Dasar & Konrad Adenauer Stiftung, di Quality Hotel, Shah Alam, tadi.

Datuk T didenda

Bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA Shuib Lazim pada hari ini didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34, atas kesalahan menayangkan video lucah di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur antara jam 10 pagi dan 12 tengah hari, pada 21 Mac 2011. 

Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah, dan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman seperti berikut, Eskay (kanan) didenda RM3,000, Shuib (kiri) RM1,500 dan Rahim (tengah) sebanyak RM1,000.

Bagaimanapun, perbicaraan kes ini tidak berhenti di situ.  Peguambela Rahim iaitu Muhammad Shafee Abdullah mendakwa bahawa pelaku dalam video seks adalah "99.99% mirip rupa Anwar", memetik laporan pakar dari Amerika Syarikat, menurutnya.  Malah, video seks tersebut ditayangkan di dalam mahkamah, cuma dicepatkan (fast-forward) apabila wujud aksi seks.

Meskipun tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, Rahim mendakwa misi mereka telah disempurnakan kerana telah mendedahkan "kemaksiatan Anwar".  Bagaimanapun, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyelar bahawa prosedur mahkamah telah disalahgunakan, dan menuntut penjelasan polis dan Peguam Negara mengapa kes ini ditangguhkan sehingga tiga bulan?  Malah, Lim Kit Siang mengkritik kenyataan memetik laporan pakar bahawa pelaku video seks 99.99% mirip Anwar, kerana laporan tersebut tidak dibuka untuk dicabar.

*Chan Kim Ming ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Dipetik, diterjemah dan disunting dari teks asal.



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>