2014-04-18 07:30pm
 
KHAS
 
Forum "Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke arah Pertengahan dalam Kemajmukan"
 
| Jun 10, 2011 07:16:42 pm
Kongsi |

Pergolakan politik tanahair kebelakangan ini amat menarik, terutamanya apabila pemimpin yang ingin membawa perubahan dalam PAS (dilabel "Erdogan") menang dalam pemilihan parti yang diadakan, baru-baru ini.  Kemenangan ini diibaratkan sebagai garis pemisah yang penting dalam proses "transformasi" PAS.

Sekali imbas, "transformasi", "reformasi" menjadi istilah yang kerap terkeluar dari bibir - selepas politik tanahair dilanda "tsunami politik".  Ia mencerminkan realiti politik Malaysia, yang mahu menuju ke arah "pertengahan" dalam kemajmukan - untuk membentuk sesebuah masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama yang sejahtera.  Idea ini dikongsi bersama, dan pemerintah mahupun pembangkang berebut-rebut untuk menampilkan diri sebagai pendokong idea tersebut.

Pernah veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar Barisan Nasional di-"transformasi" kepada sebuah parti berbilang kaum melalui sistem keahlian terus.  Beliau menganggap seandainya Barisan Nasional membuka keahliannya, maka akan terbentuk sistem dua parti dan sistem yang tidak mengira latar belakang kaum.  Maka Pakatan Rakyat juga perlu membuat perubahan yang sama agar tidak ketinggalan.

Bagaimanapun, seandainya tiada reformasi secara menyeluruh dalam UMNO, maka mustahil juga untuk MCA mentransformasikan dirinya dalam struktur yang sedemikian.

Jikalau parti politik enggan berubah, maka tiada ruang untuk reformasi.  Persoalan yang berbangkit termasuklah:-

A. Apa makna sebenar "transformasi" yang diinginkan, dan apakah hasil transformasi?
B. Bagaimana "transformasi" dijalankan dengan bayaran harga yang terendah, dan apakah transformasi mampu dijalankan dengan lancar pada peringkat ini?
C. Apakah kunci untuk melaksanakan transformasi?
D. Kes perbandingan.
UMNO: Bagaimana UMNO mengikis politik perkauman?
PAS: Bagaimana PAS membebaskan diri dari belenggu konservatif?

Yang berikut adalah butiran forum:
Tarikh:
17 Jun 2011, Jumaat, jam 8 malam
Tajuk:Cabaran Transformasi Parti Politik : Ke arah Pertengahan dalam Kemajmukan
Tempat:KL & Selangor Chinese Assembly Hall
Penganjur:Civil Rights Committee, KLSCAH

Panelis:
1. Husam Musa - Naib-Presiden PAS
2. Lee Ban Chen - Pengkritik politik, Kolumnis
3. Ooi Heng- Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Moderator: Ng Yap Hwa - Ahli Komiti CRC-KLSCAH
Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu
Kemasukan adalah percuma, semua dijemput hadir.  Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat KLSCAH 03-22746645.



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>