2014-04-24 02:10am
 
KHAS
 
"Perutnya lebih buncit":
Anwar nafi dirinya watak dalam video seks
 
Ong Vic Kee | Mar 21, 2011 06:13:50 pm
Kongsi |

Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim menafikan bahawa dirinya adalah watak yang terpapar dalam klip video skandal seks, yang ditayangkan kepada media pagi ini.  Sambil berseloroh Anwar berkata, beliau dimaklumkan bahawa perut watak lelaki dalam klip tersebut lebih buncit daripada perut dirinya.

Ketua Umum PKR ini menegaskan bahawa dirinya berada di rumah bersama isteri, anak dan kakitangan PKR pada 21 Februari 2011, tarikh dan masa kononnya klip video tersebut dirakamkan.  Malah beliau berkata dirinya masih berjinak-jinak dengan facebook dan twitter pada ketika itu.

Klip video seks menunjukkan insiden tersebut berlangsung antara jam 10.23 hingga 10.45 malam.  Facebook Anwar Ibrahim pula menunjukkan bahawa beliau mengemaskini pada jam 8.20 dan 10.40 dan 11.08 malam; sementara Twitter-nya dikemaskini pada jam 9.20 dan 11.39 malam.  Sungguhpun wartawan mempertikaikan waktu tersebut, namun Anwar tetap menganggap pihaknya telah menguasai bukti dari segi waktu.

Malah, beliau berjenaka bahawa melainkan watak dalam video tersebut dilihat berasmara sambil bermain twitter.

Anwar berkata beliau belum menonton video tersebut, dan tidak tahu siapa pembikin klip video tersebut.  Beliau akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada jam 10 pagi, esok.

Beliau berkata sedemikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pada jam 5 petang, sambil ditemani isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR.  Anwar menambah, klip video seks tersebut mempunyai motif politik untuk menyerangnya, setelah kes sodomi kedua mulai lemah.

Anwar berkata keluarga dan dirinya telah melalui fitnah yang dilemparkan terhadapnya sejak 13 tahun dahulu.  Dan fitnah ini diulangi setiap kali menjelang pilihan raya.

Azizah: Mengapa gadis pula?

Wan Azizah turut terkejut apabila digesa untuk berundur.  Beliau mempertikaikan, kononnya Anwar didakwa dengan kes sodomi bersama lelaki, namun mengapa pula terdedah dengan klip video bersama wanita? 

Baca: Klip video seks untuk desak Anwar berundur

Baca: Klip video seks: Antara paksa, pujuk dan musnahkan keyakinan

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Diterjemah dari teks asal.



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>