2014-04-17 06:42pm
 
KHAS
 
Pertembungan fizikal berdarah di UPM
 
| Feb 23, 2011 05:54:52 pm
Kongsi |

Pertikaian keputusan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (BHEP UPM) untuk membatalkan kemenangan calon pro-Mahasiswa berakhir dengan pertembungan fizikal berdarah.  Kejadian ini berlaku apabila pintu kaca pejabat TNC pecah dirempuh, dan pegawai keselamatan mula mengasari mahasiswa yang enggan beredar untuk menuntut penjelasan daripada Timbalan Naib Canselor, Fauzi Ramlan.

Ratusan siswa-siswi berkumpul di depan pejabat TNC pada jam 8.30 pagi hari ini, untuk membantah keputusan BHEP UPM membatalkan kemenangan calon pro-Mahasiswa, semalam.  Walaupun pihak BHEP akhirnya berganjak dengan menarik balik pembatalan tersebut pada tengah hari, tetapi siswa-siswi tetap enggan beredar dari situ untuk menuntut penjelasan.

Pada kira-kira jam 3.30 petang, pegawai keselamatan yang menghalang di depan siswa menggesa agar siswa beredar dari situ, namun siswa sebaliknya melangkah ke depan, sambil melaungkan slogan.  Akhirnya, pintu kaca BHEP pecah dirempuh.

Serpihan kaca ini dipercayai menyebabkan darah kelihatan di lantai, kedua-dua pihak siswa dan pegawai keselamatan turut mengalami kecederaan.  Beberapa   orang pegawai keselamatan dikatakan menyerbu ke arah siswa dan kekasaran berlaku selepas pintu kaca pecah.  Sebelumnya, seorang siswa bernama Lokman mendakwa dirinya ditumbuk oleh pegawai keselamatan pada bahagian muka.  Bagaimanapun, ketika ditanya kemudiannya, Lukman tidak pasti bahagian tubuh mana yang dikasari pegawai keselamatan.

Suasana kembali tenang setelah kedua-dua pihak menjarakkan dirinya antara satu sama lain.  TNC Fauzi Ramlan tetap enggan berjumpa dengan semua siswa, dan hanya sudi bertemu dengan wakil siswa.  Pertemuan antara TNC, Pengerusi pro-M Syed Syafiq dan Lukman Hakim berlaku pada jam 4.25 petang, dan wakil siswa keluar selepas kira-kira 30 minit.

Lukman menasihat agar siswa-siswi bertenang, dan mengumumkan bahawa TNC berjanji tidak menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya akan berdialog dengan pelajar pada masa akan datang.  Siswa-siswi bersurai pada 5.15 petang selepas laporan Lukman.

Pembatalan kelayakan

Pada jam 10.30 semalam, kesemua calon pro-Mahasiswa menerima panggilan daripada Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, dan diminta untuk mengambil sepucuk "surat bantahan" di BHEP.  Sebagaimana yang diketahui, "surat bantahan" ini diserahkan oleh seorang siswa UPM bernama Khairul Fadzeen, yang menuntut agar kemenangan calon pro-Mahasiswa dibatalkan, dan pihak UPM bersetuju dengan cadangan itu.

Hanya seorang calon pro-Mahasiswa yang mengambil surat tersebut daripada BHEP, dan beliau diminta untuk dibatalkan kelayakannya kerana didakwa bertanding dalam kumpulan "pro-Mahasiswa".

Ratusan siswa-siswi berkumpul dan mengepung pejabat TNC pada pagi ini, dengan kain rentang yang mengecam "BHEP Zalim", "Demokrasi Mati" dan sebagainya.  Pertikaian berlaku di antara siswa pro-M dengan TNC, Fauzi Ramlan terhadap kesahan surat bantahan daripada Khairul.  TNC yang pada asalnya bersetuju untuk menarik balik surat bantahan tersebut, mengubah fikiran sejenak kemudiannya.

Siswa-siswi dikatakan marah terhadap keputusan pada ketika itu, dan sedikit pergeseran antara wakil pro-M, Lokman dengan pegawai keselamatan dalam pejabat TNC.  Bagaimanapun, TNC akhirnya menarik balik pembatalan kelayakan calon pro-M.



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>