2014-08-29 04:01pm
 
EKSKLUSIF
 
78 kerusi parlimen yang menentukan pendemokrasian Malaysia
 
Wong Chin Huat | Jan 05, 2011 02:09:44 pm
Kongsi |

Seandainya dilihat dari senario terkini, kunci yang bakal menentukan proses pendemokrasian Malaysia mungkin jatuh pada 78 (lebih satu pertiga) daripada 222 kerusi parlimen.  144 kerusi parlimen yang selebihnya kemungkinan mengekalkan status quo masing-masing.

Barisan Nasional

Selepas 8 Mac 2008, Barisan Nasional menguasai 140 kerusi parlimen, sementara parti pembangkang memperolehi 82 kerusi parlimen.  Namun, empat pilihan raya kecil (PRK) yang melibatkan kerusi parlimen dan lapan orang yang keluar parti (Ibrahim Ali bukan ahli PAS, kedudukannya lebih sebagai ahli parlimen tanpa keahlian parti), menjurus kepada senario 143:77. (rujuk Jadual 1 dan Jadual 2)

 
UMNO
MCA
MIC
SUPP
SAPP
PBB
UPKO
LDP
Parti lain dalam BN
Bebas
(Pro-BN)
BN Jumlah
08/03/2008
77
15
3
6
2
11
4
1
21
0
140
PRK
-1
 
1
-1
 
 
 
 
 
 
-1
Keluar parti
 
 
 
 
-2
 
 
 
 
6
4
01/01/2011
76
15
4
5
0
11
4
1
21
6
143
Kerusi yang berkemungkinan besar beralih tangan
Perbezaan bawah 10% dpd undi diterima
13
6
1
2
 
1
1
1
0
 
25
Perbezaan bawah 15% dpd undi diterima + nisbah pengundi Cina tinggi
1
1
2
1
 
 
 
 
 
 
5
Hukuman thdp MP lompat parti
 
 
 
 
 
 
 
 
 
6
6
Bil.kerusi dlm senario terburuk
62
8
1
2
 
10
3
0
21
0
107
 
Jadual 1: Kerusi parlimen BN yang sedia ada, dan ramalan kerusi yang kemungkinan beralih tangan 
 
Daripada 137 kerusi yang dimiliki BN, hanya 25 kerusi yang undi majoritinya di bawah 10% daripada undi diterima.  Maknanya, jikalau angin anti-kerajaan bertiup (bukan secara kencang), menyebabkan kira-kira 5% pengundi beralih dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, maka BN akan kehilangan 25 kerusi.

Secara umumnya, pengundi Cina cenderung untuk menyokong PR.  Maka, seandainya,
a. Nisbah kaum undi diterima bersamaan nisbah populasi kaum dalam kawasan pengundian (ertinya nisbah kaum pengundi yang keluar mengundi bersamaan dengan nisbah populasi kaum dalam senarai daftar pemilih);
b. PR meningkatkan sokongan pengundi Cina kepada 75% (walaupun undi bukan Cina hanya kekal pada 40%);

maka BN akan kehilangan lima lagi kerusi.

Dalam keadaan di mana angin anti-kerajaan BN bertiup kencang, enam orang ahli parlimen bebas yang pro-BN berkemungkinan gagal mempertahankan kerusinya.  Seandainya ramalan dan andaian di atas menjadi kenyataan, maka kerusi yang dikuasai kem BN akan berkurang dari 143 kepada 107 kerusi.  Dengan kata lain, BN akan kehilangan majoriti mudah, yang menjurus kepada peralihan kuasa kerajaan persekutuan.

Pakatan Rakyat

Berbanding BN, kebanyakan kerusi yang diperolehi PR terutamanya PKR dan PAS adalah melalui kemenangan dengan majoriti tipis.  Jikalau 5% pengundi mengubah kecenderungannya (dari PR kepada BN), maka PR akan kehilangan 34 kerusi.

 
PKR
PAS
DAP
SAPP
Jumlah pembangkang
08/03/2008
31
23
28
 
82
PRK
-1
1
1
 
1
Keluar parti
-5
-1
 
2
-4
01/01/2011
26
23
29
2
79
Kerusi yang berkemungkinan besar beralih tangan
Perbezaan bawah 10% dpd undi diterima
16
12
6
 
34
Perbezaan bawah 15% dpd undi diterima + nisbah pengundi Melayu tinggi
1
5
 
 
6
Hukuman thdp MP lompat parti
 
 
 
2
2
Bil.kerusi dlm senario terburuk
11
6
23
0
37

 Jadual 2: Kerusi parlimen PR yang sedia ada, dan ramalan kerusi yang kemungkinan beralih tangan 

Selain itu, enam kerusi PR mempunyai peratusan pengundi Melayu yang melebihi 78%.  Meskipun undi majoritinya melebihi 15% daripada undi diterima, namun seandainya BN berjaya meningkatkan sokongan pengundi Melayu terhadapnya kepada 65%, maka enam kerusi ini akan bertukar tangan.

Akhirnya, jikalau pengundi kembali ke pangkuan BN, maka dua kerusi yang dimenangi SAPP bakal dirampas oleh BN.  Dengan ini, BN akan memperolehi majoriti 185 kerusi, dan PR sekadar mampu bertahan pada 37 kerusi (dua pertiga daripadanya dimenangi DAP).

Kedua-dua senario yang mungkin di atas sememangnya memberi impak yang berbeza terhadap proses pendemokrasian Malaysia.  Sama ada PRU ke-13 diadakan pada tahun ini, usaha parti politik dan masyarakat sivil pada tahun ini bakal mempengaruhi nasib negara 10 tahun yang akan datang!

Jadual 3: 78 kerusi parlimen yang bakal menentukan nasib pendemokrasian Malaysia

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview.  Analisa statistik ini dipetik, diterjemah dan disunting dari teks asal, yang disiarkan pada 1 Januari 2011.



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>