2014-07-23 09:57pm
 
ANALISA
 
Konco Khir Toyo disingkir
PR mengawal sumber negeri
 
Neo Chee Hua | Sep 09, 2009 08:26:53 pm
Kongsi |

Abd. Karim bin Munisar yang menguasai Kumpulan Darul Ehsan Berhad, sayap pelaburan Selangor bagi pihak Barisan Nasional, semakin tersisih.  Dua syarikat tersenarai, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd, telah merombak jawatan Abd.Karim, memperlihatkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan menguasai sepenuhnya sumber ekonomi negeri ini.

Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd telah  mengeluarkan kenyataan di Bursa Malaysia, mengumumkan pertukaran jawatan Abd.Karim dari Pengerusi Eksekutif kepada Pengerusi Bukan Eksekutif, mulai semalam.

Ringkasnya, Abd Karim yang dilihat sebagai orang kepercayaan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo (gambar kanan), telah dikosongkan kuasanya.  Malah, Abd.Karim dijangka akan mengalami nasib yang sama di Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

Oleh sebab Kumpulan Darul Ehsan Berhad bukan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, maka rombakan Lembaga Pengarah tidak perlu diumumkan secara terbuka.  Dengan kata lain, Abd Karim akan disingkirkan dari pusat kuasa syarikat kerajaan Selangor.

Saluran pembahagian sumber

Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd merupakan "flagship company" kerajaan Selangor.  Syarikat di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad dilihat sebagai saluran pembahagian sumber yang penting selama ini.

Kumpulan Darul Ehsan Berhad memegang 53.10% saham Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, sementara Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pula mengawal 52.07% saham Kumpulan Hartanah Selangor Bhd.

Dalam laporan prestasi suku kedua tahun 2009 yang diumumkan oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pada 28 Ogos, keuntungan yang diperolehi dalam suku tahun kedua ialah RM 26,775,000 , manakala keuntungan pertengahan tahun pertama adalah RM 27,923,000.

Kumpulan Hartanah Selangor Bhd pula mencatat keuntungan bersih RM15,065,000 untuk suku tahun kedua 2009, manakala keuntungan bersih untuk pertengahan tahun pertama 2009 ialah RM1,675,000.

Kerajaan Selangor memiliki sembilan syarikat pelaburan, iaitu KDEB, PNSB, SSIC, PIYSB, BBGC, RMSB, TSSB, MSNS dan KSSB.

Syarikat tersebut telah mencatat keuntungan sejumlah RM 56,558,710 pada tahun 2008.  Menurut laporan kewangan 2008 yang belum diaudit, enam syarikat yang memperolehi keuntungan ialah KDEB(keuntungan RM27,802,000)、PNSB(keuntungan RM19,207,377), SSIC (keuntungan RM 1,058,687sebelum cukai), PIYSB(keuntungan RM 6,100,000 sebelum cukai), MSNS(keuntungan RM 246,654 dan KSSB(keuntungan RM 2,516,489).

Abd.Karim: Yang Dipertua MPPJ

Abd.Karim bin Munisar, 59, dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd pada 6 September 2004, untuk mengawal sepenuhnya sumber ekonomi kerajaan negeri Selangor.

Sebelum ini, Abdul Karim (gambar kanan) menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Petaling Jaya dari tahun 2003 hingga tahun 2004.  Di samping itu, beliau juga Pemangku Yang Dipertua Majlis Daerah Sepang dari tahun 1998 hingga tahun 2003.  Lebih awal lagi, beliau menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya dari tahun 1992 hingga 1996.

Pengumuman semalam membawa makna bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menguasai sepenuhnya sumber ekonomi Selangor.  Menurut maklumat Bursa Saham, selepas tsunami politik 8 Mac 2008, Lembaga Pengarah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd telah dirombak secara besar-besaran.  Empat orang pengarah yang rapat dengan BN Selangor telah meletak jawatan secara kolektif pada 22 April 2008.

Banyak syarikat kerajaan negeri Selangor, termasuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad dan PKNS telah didedahkan pekungnya selepas PR memerintah Selangor.  Aktiviti pelaburan dan pembangunan yang mengundang pertikaian, termasuk pembinaan banglo Exco yang menelan RM40 juta, telah dibongkarkan.

Di samping itu, syarikat ini juga terlibat dalam peruntukan wang ke dalam akaun Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis), yang kemudiannya dituduh telah disalahgunakan.

Syarikat Selangor tunjang Balkis

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah memaklumkan bahawa kira-kira RM850,000 dalam akaun Balkis adalah dermaan syarikat Selangor antara tahun 2006 hingga 2007, termasuk RM 268,862 oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad, dan RM 590,379.60 dari PKNS.

Malah, akhbar The Sun mendedahkan daripada dermaan PKNS, sebanyak RM 218,719 digunakan sebagai Majlis Perasmian Kompleks Wawasan Balkis.  Derma yang lain diperuntukkan kepada jamuan malam (RM200,000), menempah satu meja dalam jamuan tersebut (RM10,000) dan aktiviti lain (RM161,660).

Di samping itu, Kumpulan Darul Ehsan Berhad juga memainkan peranan yang utama dalam penstrukturan semula bekalan air negeri Selangor.  Malah, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad telah menguasai 60% konsesi bekalan air di Selangor.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Cina. Diterjemah dan disunting Lim Hong Siang.



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>