2014-07-25 03:59am
 
KHAS
 
Ugutan merogol Rodziah,
Laporan polis dibuat semalam
 
| Sep 09, 2009 05:21:35 pm
Kongsi |

Laporan polis telah dibuat semalam, berhubung kenyataan berunsur gangguan seksual yang dilemparkan terhadap Exco kerajaan negeri Selangor, Rodziah Ismail.

Ng Yap Hwa (kiri), Pembantu Khas ahli parlimen Klang, Selangor bersama Lee Fu Haw (kanan), Setiausaha DAP Klang telah membuat laporan di Balai Polis Pandamaran, berdasarkan satu artikel yang ditulis oleh ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Sivarajan.【SIKAP BIADAP UMNO JELAS TERPAPAR UNTUK SEMUA

Sivarajan mendakwa bahawa seorang ahli MBSA yang bertugas pada 8 September semasa Dialog Menteri Besar bersama penduduk Seksyen 23 dijalankan, mendengar kenyataan tersebut terkeluar dari mulut seorang penduduk yang menghadiri majlis tersebut.  Rodziah Ismail, ADUN Batu Tiga yang juga Exco kerajaan negeri Selango yang memegang portfolio Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi.

Berikut adalah laporan polis yang dibuat oleh Ng Yap Hwa:

Pada 8hb September 2009, lebih kurang 2 pm di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Klang saya membaca satu berita yang ditulis oleh ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Encik Sivarajan (dilampirkan) bahawa seorang penduduk Melayu Muslim di Seksyen 23 Shah Alam menyebut "Rodziah saya akan rogol you sekarang" di dalam dialog Menteri Besar Selangor bersama dengan penduduk Seksyen 23 Shah Alam mengenai perpindahan sebuah kuil India daripada Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.  Masa kejadian ialah lebih kurang 11 am pagi di Dewan MBSA.  Laporan akhbar laman web Malaysiakini juga mengesahkan berita ini.  Saya terkejut dengan kenyataan yang bersifat ugutan dan mempunyai ciri-ciri jenayah.  Saya berharap pihak polis membuat siasatan terperinci terhadap ugutan ini, menangkap penduduk tersebut dan mendakwa dia di bawah Seksyen 509 Penal Code, iaitu gangguan seksual secara tidak fizikal sebelum sesuatu tragedi yang tidak diingini berlaku.  Saya juga meminta agar pihak polis memberikan pengawasan keselamatan 24 jam kepada YB Rodziah kerana keselamatan ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Selangor ini terancam.  Saya juga mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan membuat siasatan terhadap tuduhan pihak MBSA dan Ahli-Ahli Majlis MBSA bahawa mereka telah meminta agar polis hadir dalam dialog dan menjaga keselamatan tetapi tiada seorang polis menghadiri dialog.  Oleh sebab itu kekecohan yang berlaku adalah merupakan tiada tindakan / salahlaku polis kawasan Shah Alam.  Ketua Polis Negara harus mengambil tindakan disiplin keras jika tuduhan ini adalah benar. (Report ini ditaip oleh pengadu sendiri.)



 
Sebelumnya
<< Rafizi gesa tubuh NOW untuk lindungi pemberi maklumat
Seterusnya
>> MerdekaReview menamatkan operasi
 


  Pembaca yang menggunakan kebebasan bersuara melalui laman sosial di sini, pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas kebebasan itu sendiri.
   
 

 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>