2014-07-24 10:42pm
 
Wong Shu Qi
 
Klip video seks untuk desak Anwar berundur
Ong Vic Kee, Wong Shu Qi | 21.3.2011 1:19 pm

 【Dikemaskini pada 4.45pm】Satu klip video yang merakamkan aksi seks telah ditayangkan oleh sekumpulan orang yang menggelar diri "insider" kepada media, menyasarkan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim sebagai watak utama dalamnya. Kumpulan ini mendakwa bahawa klip video ini akan dikirim kepada Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah dalam minggu ini, malah mendesak agar kedua-duanya berundur dari pentas politik selepas identiti watak utama dikenalpasti.

>>Selanjutnya
 
Kemelut SUK Selangor:
Jangan ulangi sejarah Kelantan tahun 1977

Wong Shu Qi | 13.1.2011 7:37 pm

 Tian Chua yang pernah menjadi Pengarah Strategi PKR sebelum ini, meluahkan keresahan beliau apabila melihat kain rentang palsu yang digantung dengan "nama Pakatan Rakyat", sebagai cubaan untuk menimbulkan persepsi bahawa PR ingin menggulingkan institusi Raja dan sistem Raja Berperlembagaan. Beliau bimbang kerajaan persekutuan mungkin menjadikan ia sebagai alasan untuk mencampur tangan dalam kerajaan negeri Selangor.

>>Selanjutnya
 
Barisan pimpinan PKR baru cungkil ketidakpuasan?
Wong Shu Qi | 24.12.2010 2:50 pm

 Manikavasagam berkata beliau bukan bermaksud bahawa pimpinan pusat tidak boleh melantik Surendran sama sekali, tetapi harus membiarkan Surendran bekerja dari peringkat bawah - kerana beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan sebelum ini. "Saya tidak tahu mengapa mereka (pimpinan pusat) meminggirkan ahli parlimen, wakil rakyat yang bekerja keras," katanya.

>>Selanjutnya
 
Indeks demokrasi: Malaysia jatuh 3 tangga, ke-71 di dunia
Wong Shu Qi | 22.12.2010 4:10 pm

 Bagaimanapun, prestasi Malaysia meningkat dalam kategori Fungsi Kerajaan, melonjak dari 6.07 pada tahun 2008 kepada 6.79 pada tahun 2010. Tetapi, Malaysia jatuh dari segi budaya politik, 7.5 pada tahun 2008 kepada 6.25 pada tahun 2010. Kebebasan sivil juga memperlihatkan penurunan 0.3, dari 6.18 tahun 2008 kepada 5.88 pada tahun 2010.

>>Selanjutnya
 
PRU dijangka berlangsung serentak pilihan raya negeri Sarawak
Wong Shu Qi | 14.12.2010 11:33 am

 Pengumuman penangguhan pemilihan kedua-dua parti komponen terbesar Barisan Nasional, UMNO dan MCA telah mengundang ramalan bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak pada tahun depan. Seandainya begitu, maka percaturan strategi Perdana Menteri Najib Razak adalah untuk memecah-belahkan kekuatan Pakatan Rakyat di Sarawak, untuk mengelakkan keputusan pilihan raya Sarawak daripada mempengaruhi peratus kemenangan BN dalam PRU yang akan datang.

>>Selanjutnya
 
Demonstrasi tuntut hak Air ditembak meriam Air
Wong Shu Qi | 5.12.2010 11:47 am

 【Demonstrasi Membantah Kenaikan Harga dan Penswastaan Air, Dikemaskini pada 5pm】Rakyat yang berdemonstrasi untuk "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat" akhirnya terpaksa bersurai apabila dibalas dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air oleh polis. Demonstrasi anjuran kerajaan negeri PR ini berakhir dengan penangkapan kira-kira 50 orang, sungguhpun MB Selangor berjaya menyerah memorandum ke Istana Negara.

>>Selanjutnya
 
Perarakan Satu Malaysia:
Satu Orang, Satu Ratus Ringgit

Wong Shu Qi | 2.11.2010 2:26 pm

 【PRK Galas】Pada kira-kira jam 11.30 pagi, wartawan cuba untuk naik ke tingkat atas sekali lagi. Kebetulan wartawan terserempak dengan dua orang wanita yang sedang turun dengan sampul surat putih di tangannya. Seorang daripadanya dengan tangkas memasukkan sampul surat ke dalam begnya, sementara seorang lagi memasukkan ke dalam koceknya dan meninggalkan tempat kejadian sambil berlari.

>>Selanjutnya
 
PAS: Tingkatkan undi Cina, kekalkan undi kaum asli
Wong Shu Qi | 29.10.2010 7:01 pm

 【PRK Galas】Undi Melayu kepada PAS-Pakatan Rakyat mungkin berkurang seandainya keputusan PRK Manek Urai dijadikan rujukan. PAS mungkin tidak bermasalah dengan undi Cina, yang sentiasa melebihi paras 50%. Justeru itu, cabaran PAS dalam PRK Galas ini adalah meningkatkan undi majoriti Cina, untuk menutup penurunan undi Melayu, di samping mengekalkan 33% undi kaum asli yang diperolehi pada PRU ke-12.

>>Selanjutnya
 
ANAK: Jangan berdolak-dalik, Serahkan hak Peneroka FELDA!
Wong Shu Qi | 11.10.2010 7:11 pm

 "Jika gagal berbuat demikian, ANAK akan mengatur rombongan peneroka terbabit dalam jumlah besar ke Ibupejabat di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada setiap minggu. Mereka akan berada di situ hingga wang RM17,000 diperolehi!" kata Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK).

>>Selanjutnya
 
Persoalannya bukan PERKASA, tetapi jawapannya Khairy!
Wong Shu Qi | 22.9.2010 6:54 pm

 Lebih-lebih lagi, apa yang merunsingkan Najib bukanlah perbalahan yang berlaku antara PERKASA dengan Khairy dan Nazri, atau Utusan Malaysia yang menyiram minyak ke dalam api, tetapi Khairy yang menyemarakkan pertikaian ini, menurut sumber.

>>Selanjutnya
 
Kim Quek menyelar tindakan polis rampas bukunya...
Wong Shu Qi | 26.8.2010 5:35 pm

 Bilangan buku The March to Putrajaya yang dirampas belum diketahui, tetapi maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa buku ini dirampas oleh pegawai special branch. Pihak special branch hanya meninggalkan satu dokumen, namun tidak dinyatakan pegawai yang bertanggungjawab, unit mana yang menjalankan rampasan, malah tiada tandatangan pegawai penguatkuasa.

>>Selanjutnya
 
1 Muted Malaysia di KLCC
Wong Shu Qi, Lim Hong Siang | 22.8.2010 6:08 pm

 【Dikemaskini pada 6.20 petang】Aktiviti "Flash-Mob"(muncul dan hilang) ini dirancangkan pada mulanya untuk berkumpul di depan pintu kedai buku Kinokuniya pada jam 2.45 petang, dan kemudian memakai topeng muka bersama-sama. Bagaimanapun, rancangan asal ini digagalkan apabila pegawai keselamatan KLCC berunding dengan penganjurnya, Josh Hong dan Wong Chin Huat sebelum mereka bertindak.

>>Selanjutnya
 
Malam Mansuhkan ISA:
36 orang ditangkap dalam 1 Malaysia

Wong Shu Qi, Nazar Hashim | 1.8.2010 8:51 pm

 【Dikemaskini】Menurut maklumat terkini, seramai 30 orang ditangkap di Selangor, 4 orang di Pulau Pinang, 2 orang di Kelantan, dan tiada penangkapan di Ipoh, Perak dan Kuching, Sarawak - dalam himpunan "Malam Mansuhkan ISA", dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA, sempena ulang tahun ke-50 Akta Keselamatan Dalam Negeri digubal.

>>Selanjutnya
 
Kes KPKK sogok wartawan ditutup!
Wong Shu Qi | 2.7.2010 3:01 pm

 Liew Vui Keong menegaskan, tiada bukti menunjukkan bahawa RM300 yang diberikan kepada wartawan itu bertujuan untuk rasuah, jadi pihaknya gagal membawa siapa-siapa ke mahkamah dalam kes ini. Beliau berkata, "Malah wartawan yang membuat laporan turut mengatakan bahawa mereka tidak tahu apakah tujuan wang ini (diberikan)."

>>Selanjutnya
 
Anwar beri arahan tutup mulut,
Azmin terpalit dalam pergelutan PKR

Wong Shu Qi | 29.6.2010 1:49 pm

 "Saya beri amaran terakhir. Mana-mana lagi kenyataan terbuka yang mempertikaikan MB Selangor, terus (dihantar) ke Lembaga Disiplin." Demikianlah kata-kata yang terkeluar dari mulut Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam satu mesyuarat pimpinan pusat PKR, menurut sumber dalam parti itu. Malah, Anwar Ibrahim memberi kata-kata akhirnya, "Saya sudah cukup dengan ini. Sesiapa yang cuba menguji kesabaran saya, anda boleh cuba."

>>Selanjutnya
 
3000 orang hadiri GAS:
Samy didesak undur dalam seminggu

Wong Shu Qi | 31.5.2010 1:44 am

 Seorang ahli MIC, Rohn Rajen berkata, beliau menolak jadual perletakan jawatan yang ditentukan oleh Samy Vellu sendiri. Beliau menuntut agar Samy Vellu berundur dengan segera, "Saya tidak tahu siapakah orang yang sesuai untuk menjadi pemimpin, tetapi apa yang pasti, orang itu bukan Samy Vellu!"

>>Selanjutnya
 
Gerakan Anti Samy Vellu:
Mugilan nafi UMNO dalang di sebaliknya

Wong Shu Qi | 26.5.2010 5:38 pm

 Mugilan berkata, "Saya beri jaminan kepada anda (wartawan), beliau (Samy) akan terus menyandang jawatan Presiden (MIC). Pada tahun 2006, beliau kata ini kali terakhir (mempertahankan jawatan); pada tahun 2009, beliau juga kata ini kali terakhir. Pada tahun 2013, beliau juga akan beritahu kamu, ini kali terakhir."

>>Selanjutnya
 
Malaysia Timur bukan lagi deposit tetap BN
Chen Shaua Fui dan Wong Shu Qi | 17.5.2010 4:28 pm

 【PRK Sibu】Kekalahan SUPP kali ini melakar gambaran politik di Sarawak, memperlihatkan bagaimana BN yang dikejar dari belakang kini menemui jalan buntu di hadapan. Agak sukar untuk SUPP mencari penarik undi untuk dirinya. Sementara pimpinan Ketua Menteri Taib Mahmud semakin hilang sokongan, SUPP juga tidak boleh mengharapkan Pengerusi BN, Najib Razak. Dengan ini, SUPP mungkin mengikut jejak MIC pada PRU yang akan datang.

>>Selanjutnya
 
DAP harap tembusi kawalan sosial di rumah panjang
Wong Shu Qi | 14.5.2010 7:03 pm

 【PRK Sibu】Halangan yang melintang di depan DAP dan Pakatan Rakyat adalah, kawalan sosial yang bukan sahaja memagari rumah panjang, malah seluruh negeri Sarawak. Sebelum hari penamaan calon PRK Sibu, Special Branch (SB) telah kelihatan di seluruh pelusuk Sibu. Malah, wartawan media asing diekori oleh SB, setelah melangkah keluar dari lapangan terbang.

>>Selanjutnya
 
PRK Sibu: Antara Kalimah Allah, Negara Islam dengan ISA
Wong Shu Qi | 11.5.2010 6:05 pm

 【PRK Sibu】Akhirnya agama menjadi isu dalam PRK Sibu. SUPP-BN menyerang DAP-PR dengan isu "Negara Islam", mendakwa isu penggunaan kalimah Allah langsung tidak timbul di Malaysia Timur sehingga pertikaian ini dibawa masuk dari Semenanjung; sementara DAP pula mencabar agar SUPP mendesak PM Najib untuk menyatakan pendirian, sama ada Malaysia sebuah negara sekular, atau negara Islam.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 43 :: Muka Surat1/3 [ 1 ] [2] [3]
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>