2014-08-30 10:10pm
 
PKR
 
Pengurusan AP yang lebih baik jana sumber kewangan negara
PKR | 31.7.2012 12:06 pm

 Perlu diingatkan, UMNO-Barisan Nasional telah mungkir janji dengan rakyat untuk menghapuskan AP seperti yang diumumkan di dalam Dasar Automotif Negara yang berkuatkuasa bermula 20 Oktober 2005. Janji untuk menghapuskan AP menjelang 31 Disember 2010 tidak ditepati, sebaliknya kini sasaran itu ditangguhkan pula ke 31 Disember 2015.

>>Selanjutnya
 
Jumlah perbelanjaan tidak terancang oleh PM melebihi kutipan cukai eksais setiap tahun
PKR | 27.7.2012 7:52 pm

 Sejak menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009, perbelanjaan mengurus dan pembangunan oleh Jabatan Perdana Menteri juga naik mendadak. Secara puratanya (dengan membandingkan perbelanjaan di bawah pentadbiran Abdullah Badawi dengan purata perbelanjaan tahun-tahun 2009, 2010, 2011 dan peruntukan 2012), perbelanjaan mengurus Jabatan Perdana Menteri telah melonjak sebanyak RM1.4 bilion, sementara perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak RMRM4.6 bilion.

>>Selanjutnya
 
PKR: Keterlibatan kerajaan merayu sokongan badan Israel untuk menganjurkan Persidangan Gas Dunia
PKR | 29.3.2012 1:55 pm

 Malah, pendedahan kali ini membongkarkan hipokrasi tertinggi UMNO dan pimpinan mereka dalam isu hubungan dengan Israel kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik, malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan dari Israel.

>>Selanjutnya
 
Skandal NFC: PKR dakwa keluarga Shahrizat beli kondo RM9.9 juta di Singapura
PKR | 20.12.2011 2:27 pm

 KEADILAN boleh mengesahkan kami ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010. Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu. Harga itu dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran wang semasa urusniaga berlaku.

>>Selanjutnya
 
PKR kemuka bukti pembohongan Mahathir
PKR | 19.12.2011 12:48 pm

 KEADILAN ingin menegaskan bahawa fitnah beliau terhadap Anwar Ibrahim dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik di bawah Anwar Ibrahim. Malaysia berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika beliau memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.

>>Selanjutnya
 
Skandal NFC: PKR desak Najib buat kenyataan
PKR | 21.11.2011 1:17 pm

 KEADILAN menyeru supaya Perdana Menteri, Najib Razak segera membuat kenyataan mengenai skandal ini, lebih-lebih lagi apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar mengejutkan negara apabila mengesahkan bahawa kelulusan projek ini tidak dibawa ke peringkat kabinet. Sebaliknya, projek berjumlah RM250 juta ini khabarnya diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri.

>>Selanjutnya
 
Serbuan JAIS ke Gereja: Semua pihak harus saling memahami
PKR | 9.8.2011 4:33 pm

 Bagi pihak Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) PKR, berpendapat adalah lebih harmoni semua pihak samada pihak Gereja, JAIS atas pihak-pihak yang terlibat untuk mendapat maklumat yang tepat, duduk semeja dan mencari jalan penyelesaian. Sekiranya semua pihak memahami hak inklusif dan eksklusif masing-masing, tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Kami menyokong penuh usaha untuk bertemu muka dengan pengurusan JAIS dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) untuk mendapat maklumat yang lebih tepat bagi merungkaikan isu ini. Semoga pendekatan ini memberi manfaat yang menguntungkan kepada rakyat Malaysia yang berbilang agama secara keseluruhannya.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 7 :: Muka Surat1/1 [ 1 ]
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>