2014-07-24 09:03pm
 
Nurul Izzah
 
Nurul: Pembida kalah dapat projek di KLIA2
Nurul Izzah | 20.7.2012 1:07 pm

 Pemilihan AAT mengejutkan kerana sebelum ini AAT juga terjerumus di dalam kontroversi yang mengancam keberkesanan keselamatan sistem kawalan udara di Malaysia serta para penumpang pengangkutan udara menerusi makluman dalaman tentang senarai kecacatan dan kestabilan penyenggaraan sistem radar MIP-2 di Lapangan Terbang Subang.

>>Selanjutnya
 
Ganti Akta Hasutan dengan Akta Keharmonian Nasional bukti Najib demokrat palsu
Nurul Izzah | 12.7.2012 6:06 pm

 KEADILAN menggesa Najib untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 tanpa menggantikannya dengan sebarang akta yang mempunyai kuasa-kuasa drakonian yang sama, ibarat menggantikan tubuh badan anti-demokrasi dengan baju baru drakonian yang sama lusuh; demi membuktikan bahawa beliau adalah seorang demokrat sejati dan bukannya seorang demokrat palsu.

>>Selanjutnya
 
Scorpene: Jawapan Zahid timbulkan soalan, Nurul
Nurul Izzah | 27.6.2012 5:44 pm

 Adakah Menteri mengakui bahawa dokumen-dokumen "rasmi" yang dimaksudkan yang kini di tangan Mahkamah Perancis bukan "Rahsia Kerajaan", dan oleh itu adalah dokumen-dokumen palsu? Sekiranya hal ini benar, adakah pihak kerajaan akan menghantar nota diplomatik untuk membantah penggunaan dokumen-dokumen palsu tersebut?

>>Selanjutnya
 
Usul tergempar tentang isu penjualan maklumat pertahanan negara
Nurul Izzah | 1.6.2012 2:59 pm

 Rakyat berhak menuntut agar Perdana Menteri memberikan kenyataan mengenai perkara ini dengan segera kerana jika benar - wujud kemungkinan bahaya besar kepada keselamatan negara bukan sahaja mengenai operasi kapal selam Scorpene, tetapi juga maklumat rahsia pertahanan negara yang lain yang mungkin dijual kepada ejen asing.

>>Selanjutnya
 
Nurul cabar Raja Nong Chik berdebat
Nurul Izzah | 29.5.2012 3:10 pm

 Untuk memupuk semangat demokrasi dan membuktikan politik keganasan tidak boleh diterima segenap lapisan masyarakat, saya sekali lagi menyatakan kesediaan saya untuk berdebat dengan Raja Nong Chik, dua minggu dari sekarang di Pantai Permai, tempat sama seperti ceramah saya minggu lalu.

>>Selanjutnya
 
PKR gesa SSM penjawat awam berpendapatan rendah diperhalusi
Nurul Izzah | 28.5.2012 5:11 pm

 KEADILAN menggesa agar SSM bagi penjawat awam berpendapatan rendah diperhalusi lagi dengan sistem kenaikan gaji dan elaun yang lebih teratur dan mencerminkan realiti kenaikan harga keperluan asas, sekaligus meningkatkan peluang dan hak mereka untuk memiliki kediaman pada kualiti yang memuaskan.

>>Selanjutnya
 
Nurul kepada Majlis Fatwa: Haram tak kerajaan yang dibentuk melalui pilihanraya kotor?
Nurul Izzah | 8.5.2012 12:18 pm

 Tindakan berlebihan pihak berkuasa mengepung dan menghalang orang ramai bersurai secara teratur dan aman serta tindakan menggunakan kekerasan berlebihan seperti gas pemedih mata, pancutan air kimia, pukulan dengan cota dan kekerasan yang diperlakukan segelintir anggota polis secara am - adakah semuanya haram?

>>Selanjutnya
 
Nurul Izzah: UMNO halang MP Lembah Pantai jalankan tugas
Nurul Izzah | 25.4.2012 5:59 pm

 Pejabat saya sedang melakukan kajian mendalam mengenai status pengundi di Lembah Pantai setelah dimaklum tentang nama mereka yang telah hilang dari daftar pemilih; termasuk makluman tentang Ho Heng Tong, 53, yang telah hilang dari daftar pemilih Subang setelah disenaraikan sebagai "meninggal dunia" oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Liau Kok Fah, ahli jawatankuasa BERSIH 2.0, di mana JPN telah mengatakan yang beliau telah "mati" pada tahun 1970-an walaupun jelas beliau masih lagi hidup.

>>Selanjutnya
 
Peneroka FELDA: Durian Runtuh atau Durian Reput?
Nurul Izzah | 13.4.2012 6:22 pm

 Lebih malang adalah nasib anak peneroka daripada generasi kedua dan ketiga setelah harapan mereka untuk menjadi peneroka baharu dengan mengusahakan tanah ladang kelapa sawit seluas 360,067 hektar tanpa peneroka milik FELDA Plantations Sdn Bhd berkecai kerana telah dicagar kepada FGVH selama 99 tahun bagi tujuan penyenaraian.

>>Selanjutnya
 
Kg Kerinchi: Penyalahgunaan kuasa dan ugutan fizikal
Nurul Izzah | 6.4.2012 12:10 pm

 Terakhir, tidak cukup dengan penggunaan Akta yang melupuskan hak perjanjian sewa-beli pemilik-pemilik unit Flat PKNS 4 Tingkat, ahli-ahli UMNO di bawah jagaan Menteri WP KB pula telah menggunakan kekerasan, seraya menumbuk beberapa orang awam yang turut ada semalam di perkarangan flat tersebut - khususnya Adam Adli dan Ikhsan Bukhari.

>>Selanjutnya
 
Nurul: Mengapa CUEPACS diketepikan sekali lagi?
Nurul Izzah | 27.3.2012 11:31 am

 Pakatan Rakyat menyokong penuh gesaan CUEPACS untuk dijadikan salah satu pihak berkepentingan ("stakeholder") dalam isu ini, tapi juga agar pihak kerajaan tidak lagi melakukan tindakan bersifat "unilateral" seperti skim SBPA dahulu, yang telah gagal akibat tentangan yang begitu kuat dari pelbagai pihak.

>>Selanjutnya
 
Sudah terhantuk baru terngadah: Kerajaan harus belajar dari kesilapan SBPA
Nurul Izzah Anwar | 8.3.2012 12:43 pm

 Kegagalan Kerajaan UMNO-BN untuk prihatin akan kewujudan jurang pendapatan yang menekan penjawat awam yang di tangga yang paling rendah, iaitu di antara gred 1 hingga 54, benar-benar mempamerkan sikap sambil lewa dan elitis pemerintah. Ini berlaku di persekitaran di mana jurang pendapatan antara gaji terendah dan tertinggi yang pada waktu ini dianggarkan pada 19.5 kali.

>>Selanjutnya
 
Penglibatan dana awam dalam pembelian hartanah di KL Eco City
Nurul Izzah Anwar | 7.3.2012 7:39 pm

 Pendedahan terbaru pada hari ini bahawa dana awam yang disalurkan kepada NFC telah digunakan untuk membeli lapan unit hartanah mewah di KL Eco City pada nilaian semasa yang mencecah RM12 juta mengundang pelbagai persoalan baru.

>>Selanjutnya
 
Projek Lebuhraya KIDEC untuk Hakim dan Peguam UMNO: Nurul tuntut penjelasan PM
Nurul Izzah | 21.2.2012 6:14 pm

 Rakyat khususnya bertanya, apa sudah jadi dengan janji Program Transformasi Kerajaan untuk mengurangkan ketirisan dan pembaziran wang rakyat untuk pembangunan negara dan perbelanjaan operasi dengan memastikan ketelusan di dalam pemberian kontrak? Jelas sekali, kerajaan harus membuktikan pemberian projek lebuhraya ini dibuat secara telus demi kepentingan rakyat.

>>Selanjutnya
 
Surat terbuka Nurul Izzah kepada Raja Nong Chik
Nurul Izzah | 15.2.2012 11:53 am

 Pakatan Rakyat menerima cabaran berdebat yang dikeluarkan Menteri di mana tajuknya hendaklah "Apakah kaedah pembiayaian terbaik untuk Skim Pembiayaian Khas Program PPR-PA?". Debat ini juga mesti disiar langsung di kaca televisyen seperti mana debat di antara Ketua Menteri Pulau Pinang dan Presiden MCA akan disiarkan dalam saluran Astro. Ini barulah demokrasi yang berdasarkan keperluan rakyat untuk mendapat informasi telus dan tepat untuk membuat pilihan yang adil.

>>Selanjutnya
 
Pulangkan hak warga KL memilih Datuk Bandar kami sendiri!
Nurul Izzah Anwar | 1.2.2012 1:28 pm

 Masanya telah tiba untuk kita nikmati sebuah DBKL yang benar-benar bertanggungjawab kepada para pembayar cukai pintu, dan boleh diganti mereka yang enggan mendengar suara rakyat. Masanya telah tiba untuk kita didampingi seorang Datuk Bandar yang benar-benar dipilih penduduk Kuala Lumpur, dan boleh diganti mereka yang tidak berani untuk menyuarakan hati nurani rakyat.

>>Selanjutnya
 
Nurul: Pembersihan nama Anwar simbol terpenting untuk kami
Nurul Izzah | 20.1.2012 3:02 pm

 Simbol naga ini merupakan simbol yang begitu bermakna memandangkan tahun kelahiran Ibu saya adalah pada tahun naga - signifikasi besar apabila diangkat permulaannya dengan pembebasan Anwar Ibrahim, ayahanda kami, pada 9 Januari 2012. Bagi kami, pembersihan nama ini merupakan simbol terpenting di dalam sambutan Gong Xi Fa Cai. Pembersihan digambarkan menerusi tradisi setiap keluarga yang membersihkan rumah mereka untuk membuang malang atau malapetaka daripada perkarangan kediaman yang mereka kasihi.

>>Selanjutnya
 
Nurul: Jawatankuasa disiplin yang rendahkan maruah UPSI
Nurul Izzah | 10.1.2012 11:34 am

 Maka secara implikasinya, jawatankuasa disiplin yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Adam semalamlah yang sebenarnya merendahkan maruah dan nama UPSI itu sendiri, yang mempunyai sejarah yang begitu dalam dan cukup berkait rapat dengan kebangkitan semangat kebangsaan sejak sebelum Malaya mengecapi kemerdekaan.

>>Selanjutnya
 
Nurul menyambut baik usaha peneroka FELDA menuntut ganti rugi
Nurul Izzah | 30.9.2011 7:57 pm

 Saya amat mengalu-alukan kerjasama para peneroka dari 19 kawasan FELDA ini dalam mencari kebenaran dan keadilan dengan membawa kes tersebut ke mahkamah. Sememangnya untuk menghadapi sebuah organisasi yang begitu besar seperti FELDA memerlukan kesepakatan di kalangan rakyat, semangat yang kental, dan kepercayaan bahawa keadilan akan tertegak jua akhirnya.

>>Selanjutnya
 
Nurul desak SKMM tarik balik keputusan hentikan tayangan "Undilah"
Nurul Izzah Anwar | 23.9.2011 4:27 pm

 Di kala para pemimpin negara begitu gah mahu menjadikan Malaysia negara pengamal "demokrasi terbaik" di dunia, tindakan seperti yang dilakukan SKMM ini jelas merosakkan usaha-usaha tersebut dan seakan memperlekeh intelek rakyat Malaysia amnya.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 21 :: Muka Surat1/2 [ 1 ] [2]
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>