2014-07-23 01:45pm
 
Neo Chee Hua
 
Pakar ekonomi: Dasar subsidi kita untuk golongan kaya
Neo Chee Hua | 23.7.2012 7:47 pm

 Menurut pakar ekonomi, "subsidi" pada asalnya adalah dasar afirmatif untuk membantu golongan miskin, jadi pengeluar dan golongan kaya tidak seharusnya menerima subsidi dalam apa-apa bentuk - ia bakal mengubah formula konsumer dalam pasaran, menghakis daya saing dan keberkesanan.

>>Selanjutnya
 
Skandal Kapal Selam: USD 1 billion untuk temu Najib
Neo Chee Hua | 3.5.2012 5:25 pm

 Nama Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia muncul dalam dokumen penyiasatan pembelian kapal selam di Perancis. Pendakwaraya mahkamah Perancis memperolehi satu dokumen dari pejabat syarikat Thales, mendedahkan bahawa syarikat DCNI diminta untuk membayar USD 1 billion kepada Perimekar Sdn Bhd, untuk bertemu dengan Menteri Pertahanan Malaysia ketika itu, Najib Razak.

>>Selanjutnya
 
Dari perspektif ekonomi: Apabila kerajaan buka pintu untuk Lynas...
Neo Chee Hua | 6.3.2012 6:34 pm

 Untuk politikus, mereka langsung tidak perlu membayar apa-apa harga untuk menikmati kepentingan politik dan ekonomi, kerana wang yang digunakan itu adalah wang rakyat. Untuk mereka yang berkepentingan, mereka hanya membayar harga yang sedikit untuk mendapat kepentingan ekonomi yang berbilion ringgit dari kerajaan. Rakyat pula ingat dirinya hanya membayar beberapa ringgit kepada kerajaan - tanpa mengetahui bahawa hasil yang akhirnya ditanggung mereka mungkin beberapa kali ganda, malah beratus kali ganda daripada itu.

>>Selanjutnya
 
Dilema kerajaan: Antara pembaharuan dengan kepentingan
Neo Chee Hua | 13.12.2011 7:03 pm

 Dalam hal ini, sektor kuasa elektrik dan lebuhraya adalah contoh yang paling baik. Di bawah dasar perlindungan kerajaan, harga elekrik dan tol lebuhraya adalah di bawah kawalan kerajaan. Sebarang kenaikan memerlukan kelulusan kerajaan. Niat asalnya adalah untuk menjamin kepentingan rakyat. Namun, untuk menjaga kepentingan ekonomi kroni dan GLC, kerajaan meluluskan pula perjanjian yang tidak adil dengan syarikat konsesi, untuk menjamin keuntungan IPP dan syarikat konsesi lebuhraya.

>>Selanjutnya
 
Pelaburan lebihi had: FELDA terdedah kepada risiko
Neo Chee Hua | 27.10.2011 7:03 pm

 【Laporan Ketua Audit Negara 2010】Ketua Audit berpendapat, "Penggunaan dana akaun FELDA yang melebihi had telah mendedahkan dana tersebut kepada risiko pelaburan saham siar harga melebihi daripada yang telah diluluskan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan Kumpulan FELDA. Ini boleh menjejaskan kemampuan kewangan dan memberi kesan kepada operasi serta aktiviti utama FELDA jika pelaburan yang dijalankan tidak dapat memberikan keuntungan yang dijangkakan."

>>Selanjutnya
 
Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 dedah tarikh PRU13?
Neo Chee Hua | 19.10.2011 8:02 pm

 Bagaimanapun, apa yang "pelik" mengikut anggaran SPR, PRU tahun depan hanya melibatkan "Parlimen", tetapi tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri. Ini mungkin memberi makna bahawa seandainya Pakatan Rakyat tidak membubarkan DUN serentak dengan pembubaran parlimen, maka kerajaaan negeri yang dikuasai Barisan Nasional juga tidak akan membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada pilihan raya.

>>Selanjutnya
 
Langkah penyenaraian FELDA Global Venture dipercepat untuk mengejar langkah PRU 13?
Neo Chee Hua | 18.10.2011 12:08 am

 "Banyak benda yang tidak difahami pengurusan dalaman dan orang awam. Misalnya, FGVH secara terbuka mendakwa bahawa mereka mempunyai tanah dengan keluasan lebih 800 ribu hektar. Tetapi, selain tanah FELDA, ia termasuk tanah peneroka FELDA. Apakah tanah peneroka FELDA ini diuruskan dengan cara sewa, iaitu membayar sewa kepada peneroka, ataupun dengan cara menukar tanah dengan saham? Malah, bagaimana peneroka FELDA dimanfaatkan melalui rancangan ini? Mereka yang tidak berkuasa untuk terlibat dalam mesyuarat pihak atasan, tidak tahu apa-apa mengenainya."

>>Selanjutnya
 
Projek Hospital Shah Alam: Kerajaan tanggung lebihan kos RM70 juta
Neo Chee Hua | 14.10.2011 5:10 pm

 Lantaran daripada penyerahan projek ini kepada Gadang Holdings Bhd, ia bermakna kerajaan perlu menanggung lebihan kos lebih daripada RM70 juta. Menurut dokumen Kementerian Kesihatan, kos projek melonjak kepada RM556.51 juta selepas perbidaan semula, mencatat lebihan kos sebanyak RM74.91juta berbanding nilai kontrak asal.

>>Selanjutnya
 
Wawasan 2020 semakin jauh meninggalkan kita
Neo Chee Hua | 5.9.2011 3:26 pm

 Cuma, apa yang pasti, jikapun ekonomi negara kita mampu terselamat daripada krisis kemelesetan dalam tempoh dua tahun ini (seandainya krisis ekonomi global berlaku untuk kali kedua) - dari segi jangka sederhana dan jangka panjang, wawasan Najib untuk mencapai negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, akan ditundakan, malah mungkin untuk had tempoh yang tiada penghujungnya.

>>Selanjutnya
 
Ekonomi Malaysia parah jika Amerika-Eropah terbersin
Neo Chee Hua | 2.9.2011 5:33 pm

 Menurut maklumat Jabatan Perangkaan Malaysia, biarpun Malaysia mencatat kadar pertumbuhan mendadak, iaitu 7.2% secara keseluruhannya pada tahun 2010, namun seandainya diteliti pertumbuhan setiap musim, ia menjunam dari 10.1% pada musim pertama tahun 2010 hingga 4.8% pada musim keempat. Mengorak langkah memasuki tahun 2011, momentum pertumbuhan ekonomi bukan sahaja tidak terpacu, sebaliknya merosot dari 4.9% pada musim pertama kepada 4% pada musim kedua.

>>Selanjutnya
 
Hancurnya Mitos Najib?
Defisit dan hutang negara yang melonjak

Neo Chee Hua | 24.8.2011 1:29 pm

 Kerajaan persekutuan kini berdepan dengan masalah perbelanjaan melebihi pendapatan. Lebih penting, pendapatan kerajaan ditunjangi sumber petroleum. Seandainya keadaan ini berterusan, maka kerajaan perlu berhutang lebih untuk menampung perbelanjaan harian - umpama orang yang menampung belanja harian dengan kad kredit - semestinya berdepan dengan nasib muflis seandainya gagal menjelaskan hutang.

>>Selanjutnya
 
Hancurnya Mitos Najib?
Lebihan perbelanjaan operasi yang ketara

Neo Chee Hua | 23.8.2011 12:15 pm

 
Jikalau dibandingkan, tahun 2010 adalah tahun di mana ekonomi bangkit semula selepas keluar dari kemelut ekonomi dunia, pada masa yang sama tidak berdepan dengan krisis lonjakan harga makanan dan petroleum, bahkan bukan tahun pilihan raya. Namun demikian, kos perbelanjaan operasi kerajaan Najib pula mencatat lebihan kos RM13.9 bilion, mengakibatkan defisit 5.6% pada tahun 2010, lebih tinggi dari anggarannya 5.3%.

>>Selanjutnya
 
Harga minyak antarabangsa menurun, tapi di Malaysia?
Neo Chee Hua | 5.8.2011 8:15 pm

 Meskipun harga minyak mentah antarabangsa memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011, namun harga minyak RON 97 Malaysia yang diapungkan mengikut pasaran antarabangsa hanya diturunkan 10 sen pada Jun, dan tiada lagi pengumuman dalam tempoh dua bulan selepas itu.

>>Selanjutnya
 
Kadar dividen KWSP gagal mengejar langkah inflasi
Neo Chee Hua | 5.8.2011 4:30 pm

 Pendapatan warga kota meningkat pada kadar yang amat perlahan, malah langsung gagal mengejar langkah inflasi. Pendapatan keluarga di Kuala Lumpur dan Selangor hanya meningkat pada purata kadar 1.8% dan 2.9%, antara tahun 2004 hingga 2009; namun, inflasi negara mencapai purata kadar 3.4% dalam lima tahun ini, malah lebih tinggi di bandar (sekurang-kurangnya 6%). Dengan kata lain, nilai pendapatan sebenar warga kota bukan sahaja tidak meningkat untuk beberapa tahun kebelakangan ini, malah menyusut!

>>Selanjutnya
 
Lonjakan inflasi lambatkan langkah untuk bersara
Neo Chee Hua | 4.8.2011 3:42 pm

 Menurut perhitungan kasar wartawan MerdekaReview, seandainya seseorang warga kota bujang pada usia 30 tahun memerlukan RM35,000 setahun (atau RM3,000 sebulan) untuk mengekalkan cara hidup sekarang, maka beliau memerlukan RM47,037 setahun (atau RM3,920 sebulan) untuk mengekalkan cara hidup yang sama pada 10 tahun akan datang - dikira pada kadar inflasi 3%. 20 tahun kemudian, beliau memerlukan RM63,214 setahun (atau RM5,268 sebulan) untuk mengekalkan cara hidup tersebut.

>>Selanjutnya
 
Satu lagi projek Rent-Seeking?
RM2b lagi setelah RM1.4b habis digunakan

Neo Chee Hua | 24.6.2011 5:07 pm

 Apa yang pasti, projek yang belum diselesaikan (dijangka hanya selesai 64%) ini memerlukan lebih banyak dana untuk diteruskan. Menurut laporan media, pelaburan RM2.0 bilion diperlukan lagi untuk memenuhi keperluan kos pembinaan. Namun demikian, persoalan pokoknya, adakah RM2.0 bilion ini mampu menutup lubang hitam yang tiada penghujungnya?

>>Selanjutnya
 
Polisi dividen: Petanda UMNO-BN semakin kesempitan wang?
Neo Chee Hua | 16.6.2011 5:36 pm

 Seandainya KUB Malaysia Bhd melaksanakan polisi dividen pada tahun 2013, maka jelas UMNO dan Kementerian Kewangan akan mendapat manfaat terbesar. Menurut model polisi dividen, UMNO dan Kementerian Kewangan akan mendapat dividen pada kadar yang tetap dari KUB Malaysia Bhd setiap tahun. Kini, Najib Razak adalah Menteri Kewangan, merangkap Presiden UMNO.

>>Selanjutnya
 
Projek Hospital Shah Alam: Nilai pembidaan semula melebihi baki peruntukan
Neo Chee Hua | 14.6.2011 1:18 pm

 Baki peruntukan kerajaan untuk Projek Hospital Shah Alam hanya tinggal RM350 juta, namun enam syarikat yang terlibat dalam pembidaan semula menawarkan harga tender antara RM422.14 juta hingga RM489.65 juta. Dengan kata lain, kerajaan terpaksa membayar lebihan kos antara RM72.14 juta hingga RM139.65 juta - walau mana-mana syarikat yang berjaya membida projek tersebut.

>>Selanjutnya
 
ETP hanya jana ekonomi jangka pendek
Neo Chee Hua | 6.5.2011 4:36 pm

 "Seandainya masalah kebuntuan dari segi struktur ini tidak diselesaikan dengan baik, maka situasi yang mungkin wujud adalah, Malaysia akan mempunyai prestasi ekonomi yang baik untuk sementara waktu, kerana dipacu projek pelaburan ini (ETP). Namun, untuk jangka panjang - tanpa pembaharuan dari segi struktur (NEM), momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia padahalnya amatlah rapuh." Demikianlah pandangan yang tercatat dalam laporan Bank Dunia berjudul Malaysia Economic Monitor: Brain Drain.

>>Selanjutnya
 
CIMB bukan lagi pemegang saham kedua terbesar Tricubes
Neo Chee Hua | 5.5.2011 9:18 pm

 Pemegang saham kedua terbesar syarikat Tricubes Berhad, iaitu Commerce Technology Ventures Sdn Bhd telah melepaskan sebahagian besar pegangan sahamnya pada minggu lalu, setelah mencungkil kontroversi berikutan penerimaan projek "E-mel 1Malaysia" daripada kerajaan Najib.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 74 :: Muka Surat1/4 [ 1 ] [2] [3] [4]
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>