2014-08-01 05:37am
 
Mustafa K Anuar
 
Keharmonian pasca Akta Hasutan
Mustafa K Anuar | 19.7.2012 1:30 pm

 Dalam hal ini, perbezaan yang ada pada pelbagai kelompok dalam masyarakat, sama ada dari segi fahaman, kepercayaan, adat istiadat, ritual atau amalan harian, seharusnya dianggap sebagai satu "kekayaan" atau aset kepada masyarakat kerana ini menambahkan lagi warna-warni hidup kita.

>>Selanjutnya
 
Kekangan kelucuan dan bersuara
Mustafa K Anuar | 7.6.2012 12:00 pm

 Apabila kita memperkatakan peri pentingnya kebebasan bersuara dan media di sini, kita tidak bermaksud untuk berusaha mendapatkan kebebasan yang mutlak hingga boleh menonjolkan buntut yang kedut di mata dunia.

>>Selanjutnya
 
Buntut timur, demonstrasi barat?
Mustafa K Anuar | 28.5.2012 11:36 am

 ...mengikut pandangan mereka, perhimpunan yang dilancarkan pada 28 April 2012 itu mengaibkan imej negara di mata dunia. Jadi askar ini merasakan menggoyang punggung mereka yang kedut itu adalah satu cara untuk memperbaiki imej negara yang terpalit itu - selain daripada kemungkinan usaha untuk mencipta rekod baru dalam Guinness Book of Records.

>>Selanjutnya
 
Penapisan ke arah "pembersihan"?
Mustafa K Anuar | 12.5.2012 10:57 pm

 Dengan kata lain, isu sampingan yang ditimbulkan daripada perhimpunan ini merupakan satu bentuk penapisan yang halus yang menyebabkan tuntutan asas BERSIH 3.0 terbiar atau mendapat perhatian yang dingin dari pihak yang berkenaan.

>>Selanjutnya
 
Pindaan PPPA: Antara pujukan baru dan rinduan lama
Mustafa K Anuar | 20.4.2012 4:11 pm

 Walaupun menteri dalam negeri tiada lagi hak mutlak untuk menentukan nasib penerbit dan pencetak, namun begitu beliau masih mempunyai kuasa untuk "mempertimbangkan" permohonan penerbit dan pencetak. Sebagai pihak yang berkepentingan, ada kemungkinan menteri itu membuat keputusan yang berat sebelah yang boleh menyebabkan penerbitan berkenaan ditolak permohonannya atau digantung permit atau lesennya.

>>Selanjutnya
 
Intelektual dan politik dalam masyarakat
Mustafa K Anuar | 24.1.2012 12:14 pm

 Ini juga bermakna kita mengharapkan perdebatan di Parlimen menjadi lebih canggih dan bertamaddun dan tidak lagi taksub kepada hal-hal sensasi dan jelek seperti "kebocoran" ala Ahli Parlimen Kinabatangan. Walaupun intelektual seperti Dr.Aziz Bari dianggarkan berhujah secara berpartisan, kita masih boleh membayangkan perbincangan yang bakal dilakukan itu lebih jauh tinggi mutunya jika dibandingkan dengan apa yang berlaku sekarang dan masa dulu.

>>Selanjutnya
 
Apabila pelajar menggenggam hak politiknya
Mustafa K Anuar | 1.1.2012 9:54 am

 Kemunculan seorang insan bernama Adam Adli merupakan satu peringatan kepada kita akan era silam pergerakan mahasiswa tanah air di mana kebebasan berfikir, keprihatinan dan kepekaan terhadap masalah dan cabaran yang dihadapi rakyat, negara dan antarabangsa dihargai masyarakat pada amnya. Ketika artikel ini ditulis, Adam dan rakan seperjuanganya dilaporkan ditahan oleh polis ekoran daripada demo membantah AUKU di UPSI menjelang Tahun Baru ini. Adam dan rakan-rakannya kelihatan sedar bahawa tubuh badan boleh ditahan, tapi idea dan idealisme yang berkembang sukar untuk dipenjarakan.

>>Selanjutnya
 
Apabila Mat Sabu "dikepong" oleh pengkritik
Mustafa K Anuar | 14.9.2011 12:48 pm

 Tidak kurang seriusnya ialah, pensejarahan masyarakat yang menyeluruh lagi inklusif juga berkaitan rapat dengan usaha untuk mencapai satu identiti politik dan budaya kolektif di mana kelompok-kelompok rakyat dalam masyarakat merasakan "keahlian" dirinya (sense of belonging) terhadap negara yang akhirnya dinamakan Malaysia. Itulah sebabnya usaha, peranan dan perjuangan gigih tokoh-tokoh politik, misalnya, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakub dan Dr.Burhanuddin Al-Helmy dan juga pertubuhan politik seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malayu (PKMM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API), antara lain, memerlukan pertimbangan serta pengiktirafan sewajar daripada sejarawan dan ahli politik semasa.

>>Selanjutnya
 
Kenapa cadangan menubuhkan Majlis Perundingan Media membimbangkan
Mustafa K Anuar | 1.8.2011 11:30 am

 Itulah sebabnya keahlian Majlis Media ini, sepertimana yang wujud dalam negara berdemokrasi seperti India dan Australia, melibatkan, misalnya, bekas hakim (sebagai Pengerusi Majlis yang tidak berkepentingan) serta wakil dari pertubuhan wartawan, industri media dan juga dari masyarakat sivil. Julat keahlian Majlis ini bertujuan cuba mewakili kepentingan hampir setiap lapisan masyarakat, lebih-lebih lagi mereka yang terpinggir dan lemah dari segi ekonomi dan politik.

>>Selanjutnya
 
Mencari manfaat dari sesuatu yang bukan kotor
Mustafa K Anuar | 5.7.2011 11:17 am

 【Perhimpunan BERSIH 2.0】Orang ramai sedar akan usaha untuk mengotori nama BERSIH 2.0. Ada juga yang berusaha untuk menumpas semangat yang menyuburkan BERSIH 2.0. Tapi tindakan ini kelihatan sia-sia saja kerana BERSIH 2.0 bukan lagi hidup sebagai satu gabungan tenaga masyarakat sivil semata-mata. BERSIH 2.0 sudah berkembang dan menjelma menjadi idea dan hasrat sebilangan besar rakyat yang menginginkan kebersihan dalam sistem politik tanah air.

>>Selanjutnya
 
Mentaati hawa nafsu
Mustafa K Anuar | 13.6.2011 12:23 pm

 Walaupun KTS ini dikatakan mempunyai skop yang luas dari segi keahliannya yang boleh merangkumi pelbagai wanita dari pelbagai etnik dan agama, saf kepimpinan KTS yang dipenuhi oleh anggota yang beragama Islam boleh memberi gambaran negatif terhadap agama ini. Ini kerana ia boleh menimbulkan salah tanggapan dalam kalangan orang ramai bahawa Islam dan pengikutnya menggalakkan pengabdian wanita/isteri kepada lelaki/suami walhal Islamlah pada asasnya yang berperanan untuk membebaskan wanita dari cengkaman lelaki.

>>Selanjutnya
 
Ketiadaan MerdekaReview satu kerugian besar...
Mustafa K Anuar | 19.5.2011 1:24 pm

 【Selamatkan MerdekaReview】Pendek kata, MerdekaReview boleh dan telah berusaha untuk berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan pelbagai kelompok etnik dan budaya dalam masyarakat kita. Lagipun, perbincangan menerusi tulisan artikel jenis itu di persada MerdekaReview sudah tentunya lebih baik dan aman daripada sorakan dan cemuhan jalanan yang datangnya dari gerombolan sasau.

>>Selanjutnya
 
Matinya seorang Osama bin Laden
Mustafa K Anuar | 17.5.2011 6:12 pm

 Kegiatan kumpulan ganas seperti Al-Qaeda membawa satu lagi bentuk implikasi negatif terhadap rakyat biasa walaupun secara tidak langsung. Turut membimbangkan rakyat yang mencintai demokrasi ialah sekelompok pemerintah dalam dunia membangun (dan juga beberapa negara dari dunia maju pada tahap dan darjah tertentu) mulai menggunakan "ketakutan" dan "kebimbangan" terhadap pergerakan seperti Al-Qaeda sebagai satu dalil atau justifikasi untuk menggubal, mengekal atau memperkuatkan lagi undang-undang bukan demokratik atas nama menjaga keselamatan dalam negara.

>>Selanjutnya
 
Hari memperingati tahap kebebasan akhbar Malaysia yang merosot
Mustafa K Anuar | 2.5.2011 7:17 pm

 【Hari Kebebasan Akhbar Sedunia】Akhbar, seperti ramai sedia maklum, bukan hanya sekadar melaporkan tentang peristiwa yang berlaku atau isu yang timbul pada hari berkenaan, tetapi ia juga berperanan - pada tahap tertentu - menyogok agenda bagi masyarakat. Dengan kata lain, akhbar mempunyai peranan atau matlamat yang murni dalam mencari kebenaran dan keadilan bagi pihak ahli masyarakat; mendidik rakyat; menggalakkan perbincangan secara aman; dan juga menjana maklum balas umum terhadap dasar pemerintah.

>>Selanjutnya
 
Seks, etika dan berita
Mustafa K Anuar | 4.4.2011 12:40 pm

 ...ada eloknya bagi media menggunakan ungkapan seperti "Anwar Ibrahim yang didakwa" sebagai orang terlibat dalam video seks tersebut. Ini memberi gambaran bahawa beban membuktikan kesahihan dakwaan itu masih jatuh di bahu "Datuk T" atau pihak lain yang mewakili kepentingan "Datuk T". Kuncinya, laporan wartawan harus membayangkan realiti itu selengkap mungkin - termasuk kemusykilan yang timbul sepanjang kejadian berkenaan berlangsung - agar audiensnya mampu membuat pertimbangan sama ada untuk mempercayai atau tidak tuduhan yang dilemparkan.

>>Selanjutnya
 
Kenapa jualan Aliran Monthly diberhentikan
Mustafa K Anuar | 23.3.2011 4:44 pm

 Walaupun masalah jualan majalah ini berterusan menghantui Aliran Monthly, namun ia tidak dapat mematah semangat sidang pengarang dan pihak Aliran untuk berterusan menyajikan majalah serta laman webnya untuk tatapan orang ramai. Komitmen untuk berkongsi idea dan pandangan untuk perubahan sosial sentiasa membara di hati mereka.

>>Selanjutnya
 
Gegaran Medan Tahrir di dunia Islam dan Arab
Mustafa K Anuar | 18.2.2011 2:06 pm

 Jalan ke arah demokrasi dan keadilan sememangnya berliku-liku. Tetapi inilah jalan pahit yang perlu dilalui rakyat lebih-lebih lagi apabila proses demokrasi yang membolehkan perubahan kepimpinan secara teratur terbantut oleh kerakusan pemimpin despot.

>>Selanjutnya
 
Media dan pergolakan Mesir
Mustafa K Anuar | 3.2.2011 12:11 pm

 Lagipun, hakikat bahawa rakyat Mesir terus bangkit memberontak walaupun rangkaian Internet dicengkam kuat oleh regim Mubarak menunjukkan faktor sosio-ekonomi dan politik menjadi pemangkin utama dalam pergolakan Mesir ini. Tetapi ada juga kemungkinan bahawa penutupan rangkaian Internet ini menggerakkan lagi rakyat Mesir, lebih-lebih lagi generasi muda yang pandai-teknologi (tech-savvy), terus berdegil memprotes di khalayak ramai.

>>Selanjutnya
 
Apabila wartawan ditutup mulut
Mustafa K Anuar | 15.1.2011 5:32 pm

 Sebilangan pemerhati media merasakan kemunculan pemimpin NUJ seperti Hata ini persis udara nyaman bertiup yang enak dihidu di tengah-tengah masyarakat yang dibelenggukan dengan kongkongan media dan wartawan hasil daripada undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta Rahsia Rasmi yang mencengkam kebebasan media dan bersuara.

>>Selanjutnya
 
Antara akhbar "mengasak" dan kebebasan akhbar
Mustafa K Anuar | 2.8.2010 6:44 pm

 Pemulauan boleh menjadi satu alat kawalan politik dan media pada tahap tertentu dan dalam keadaan sosial tertentu. Sebarang pemulauan media yang dikenakan oleh pemerintahan negeri PR tidak semestinya dapat "memberhentikan" putarbelit atau herotan akhbar media arus perdana yang berkenaan. Media berkenaan akan mencari jalan untuk melakukannya walau apapun "rintangan" yang didirikan oleh pemerintah negeri.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 22 :: Muka Surat1/2 [ 1 ] [2]
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>