2014-04-24 11:55am
 
MerdekaReview
 
NUJ diharap kembalikan kewibawaannya
MerdekaReview | 27.9.2010 1:55 pm

 【Lidah Pengarang】Kami juga berharap, suara baru Hata Wahari bakal melakar wawasan dan imaginasi baru untuk anggotanya dalam NUJ Malaysia, dan kembali kepada objektif asal NUJ Malaysia apabila ia ditubuhkan. Untuk harapan ini, anggota NUJ, malah wartawan yang lain seharusnya menggembleng sokongan untuk menjadi benteng Hata Wahari, dan membantu NUJ mengembalikan keberanian dan kewibawaannya yang tercicir.

>>Selanjutnya
 
Hisham, Zunar, Amir, Jamal:
Malays Are Muted Too!

MerdekaReview | 2.9.2010 1:51 pm

 Apa maknanya untuk menjadi "Tuan" yang menikmati "hak keistimewaaan" di tanah air ini, seandainya hak kebebasan bersuara, menulis, malah berkartun turut dirampas? Demikianlah soalan yang mungkin melantun-lantun dalam otak Hishamuddin Rais, Amir Muhammad, Zunar dan Jamaluddin Ibrahim, yang juga dikategorikan sebagai "bumiputera", mengikut takrifan Perlembagaan Persekutuan.

>>Selanjutnya
 
MCMC siasat stesen 98.8:
CEO, Pengarah Program digantung jawatan

MerdekaReview | 20.8.2010 3:18 pm

 Linda Ngiam mengesahkan bahawa stesen radio 98.8 disiasat oleh pegawai Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC) yang melawat ke stesen 98.8 pagi ini, ekoran daripada aduan bahawa rancangan "Say Hi to Malaysia" telah mengutarakan hujah yang tidak sesuai dan "bias".

>>Selanjutnya
 
600 sertai himpunan bantah judi
MerdekaReview | 3.7.2010 6:26 pm

 【Gerakan Rakyat Membantah Judi, Dikemaskini】Perhimpunan "Tak Nak Judi" hanya dihadiri kira-kira 500 hingga 600 orang, jauh lebih kurang daripada matlamat asal 10 ribu orang, yang disasarkan penganjurnya, Gerakan Rakyat Membantah Judi. Bagaimanapun, slogan "Rakyat bantah judi", "Tak nak judi" tetap dilaungkan, meraih kejayaan setelah kerajaan menarik balik keputusan meluluskan lesen pertaruhan bola.

>>Selanjutnya
 
Nik Aziz sifatkan UMNO:
Tangan kanan hulur salam, tangan kiri lipat senjata

MerdekaReview | 10.6.2010 1:34 pm

 【Muktamar Tahunan PAS】"PAS sebelum ini dijadikan sebagai hantu oleh UMNO untuk menakutkan Non-muslim. Hantu itu sudah tidak wujud lagi, bahkan jika ia wujud juga, maka UMNO-lah hantunya. Tinggalkanlah UMNO dengan labu-labu kebangsaannya. PAS perlu terus melihat ke hadapan mengorak langkah memperkenalkan Islam sebagai cara hidup yang lurus," kata Nik Aziz.

>>Selanjutnya
 
RTM dan Empangan Bakun:
PAS ajak Chou Z Lam buat Road Show

MerdekaReview | 21.5.2010 7:53 pm

 Tuduhan "boneka" ini dilihat sebagai "serangan peribadi yang berniat jahat" oleh pejabat Heng, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini. Bagaimanapun, Chou Z Lam tetap mempertahankan pendiriannya, malah menyeru agar Heng Sai Kee menyiasat apa yang berlaku sebenarnya, dan memecat pegawai bernama Yap Shy Cuan, yang dikatakan bertugas untuk memantau rancangan Mandarin di RTM.

>>Selanjutnya
 
Tembus kubu BN di Sarawak
DAP menang, majoriti 398 undi

MerdekaReview | 16.5.2010 8:14 pm

 【PRK Sibu, Dikemaskini】DAP-PR berjaya membuat kejutan di PRK Sibu, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman rasmi bahawa kemenangan memihak kepada DAP dengan majoriti 398 undi. DAP-PR meraih 18,845 undi, mengatasi SUPP-BN yang memperolehi 18,447 undi. Calon bebas pula mencatat 232 undi, sementara terdapat 208 undi rosak, dan 190 undi yang tidak dikembalikan.

>>Selanjutnya
 
Kerusi parlimen PR hampiri paras 1/3:
Wee Choo Keong keluar PKR

MerdekaReview | 14.5.2010 5:14 pm

 Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong akhirnya keluar dari PKR sebagai ahli dewan rakyat "bebas", 48 jam sebelum hari pengundian PRK Sibu. Tindakan yang diumumkan pada hari ini mengesahkan "desas-desus" yang disebarkan sebelum ini. Bagaimanapun, MerdekaReview gagal menghubungi Wee Choo Keong setelah berita ini didedahkan Star Online.

>>Selanjutnya
 
Satu lagi dokumentari tv2 dibatalkan!
MerdekaReview | 10.5.2010 7:30 pm

 Setelah dokumentari hari ini dibatalkan, Chou Z Lam mendesak agar kedua-dua Menteri dan Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, iaitu Rais Yatim dan Heng Sai Kee memberi penjelasan, "Mengapa setelah siasatan mendalam yang dijanjikan oleh Heng, setelah pembatalan penyiaran dokumentari Empangan Bakun, berakhir dengan pencabulan kebebasan media yang lebih ketara dalam stesen radio dan televsyen yang dimiliki rakyat?"

>>Selanjutnya
 
Pertandingan tiga penjuru di Sibu:
Kit Siang ramal 4:6 untuk menang

MerdekaReview | 8.5.2010 8:54 pm

 【PRK Sibu】PRK Sibu, Sarawak menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila calon bebas, Narawi Haron masuk gelanggang pertembungan antara calon SUPP-BN, Robert Lau Hui Yew dengan calon DAP-PR, Richard Wong Ho Leng. Sementara BN menyatakan tekadnya untuk melanjutkan kemenangan PRK Hulu Selangor ke Malaysia Timur, calon PR pula menonjolkan isu banteras rasuah sebagai agendanya, sekiranya diberi mandat untuk masuk ke Dewan Rakyat.

>>Selanjutnya
 
Satu lagi campur tangan BN dalam kebebasan media TV, penerbit TV2
MerdekaReview | 28.4.2010 1:07 pm

 【Dikemaskini pada 6.35pm】Satu lagi campur tangan Barisan Nasional dalam kebebasan media di stesen televisyen! Kalau minggu lalu penerbit ntv7 mendedahkan sekatan kebebasan media dalam stesen televisyen swasta, kini penerbit TV2, Chou Z Lam pula membongkarkan bagaimana rancangan mandarin, Galeri Mandarin Nasional ditarik dan dibatalkan." Rancangan ini mungkin mengandungi unsur sensitif yang tidak baik untuk PRK Sibu dan pilihan raya negeri yang akan datang." Demikianlah jawapan yang diterima oleh Chou Z Lam.

>>Selanjutnya
 
Akhirnya, Zaid Ibrahim tewas!
MerdekaReview | 25.4.2010 8:53 pm

 【PRK Hulu Selangor】Akhirnya, Zaid Ibrahim, calon PKR-Pakatan Rakyat tewas kepada calon MIC-Barisan Nasional, P.Kamalanathan dengan beza 1,725 undi. P.Kamalanathan memenangi 24,967 undi, sementara Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi, dengan 731 undi rosak.

>>Selanjutnya
 
Joshua pengamal media yang baik, puji bosnya
MerdekaReview | 22.4.2010 8:31 pm

 "Sepanjang masa beliau berkhidmat di media cetak, stesen televisyen awam hinggalah stesen televisyen swasta, beliau tetap berpegang kepada idealisme kewartawanannya. Saya menyanjungi tekad beliau untuk membela suara dan keperluan kaum minoriti. Kini, beliau memilih untuk meninggalkan kerjayanya. Ini bermakna kami kehilangan seorang yang berbakat. Saya hanya mampu meluahkan kekesalan saya tanpa boleh melakukan apa-apa," kata Tan Boon Kooi, Editor Eksekutif Buletin dan Isu Semasa (Mandarin) ntv7.

>>Selanjutnya
 
Penerbit letak jawatan, dedah ntv7 menerima aduan Rosmah
MerdekaReview | 22.4.2010 1:22 pm

 【Dikemaskini】Penerbit Buletin dan Isu Semasa ntv7, Joshua Wong meletak jawatan sebagai protes kerana ntv7 tunduk kepada aduan Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Joshua Wong yang bertanggungjawab dalam rancangan forum Editor's Time (Mandarin), merasakan autonomi editorial tercabul apabila menerima arahan "Tiga Jangan".

>>Selanjutnya
 
Wee Choo Keong dijangka isytihar "bebas"
MerdekaReview | 16.4.2010 12:32 pm

 Sumber dalaman PKR memberitahu MerdekaReview bahawa Wee Choo Keong dijangka keluar dari PKR dan mengisytihar dirinya "bebas", mencetus ledakan "keluar parti" seterusnya. Bagaimanapun, Wee Choo Keong enggan mengesahkan khabar ini ketika dihubungi, sebaliknya meminta wartawan untuk mendedahkan identiti orang yang memaklumkan khabar tersebut.

>>Selanjutnya
 
Pemilihan semula MCA:
Chua Presiden; Liow Timbalan

MerdekaReview | 28.3.2010 7:04 pm

 【Pemilihan semula MCA】Pimpinan MCA sudah lama dan banyak ketinggalan selepas "tsunami politik" berikutan pergelutan kuasa. Pemilihan semula ini tidak memenangkan sesiapa, sekadar mencerminkan nisbah sokongan masing-masing dalam MCA. Cabaran terbesar MCA bukannya sokongan dalam parti, tetapi sejauh manakah sokongan yang diraih di luar parti?

>>Selanjutnya
 
Hanya 22% Cina anggap MCA relevan
MerdekaReview | 25.3.2010 6:02 pm

 Hanya 22% orang Cina di Malaysia yang menganggap bahawa MCA relevan, berbanding 28% yang berkata "tidak" dan "agak tidak relevan", sementara 45% memilih jawapan "agak" (somewhat) relevan. Demikianlah hasilnya menurut satu soal selidik yang dikendalikan oleh Merdeka Center, yang mengutip pandangan daripada orang awam.

>>Selanjutnya
 
Pilihan Raya Kerajaan Tempatan:
Ronnie Liu diselar

MerdekaReview | 13.11.2009 6:39 pm

 Dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan, Wong Chin Huat bertanggapan bahawa integriti Ronnie Liu telah dipertikai, berikutan kesalahan informasi yang diberikan oleh Ronniu ketika mengulas tentang kandungan laporan (wujud dua suara) dan angka peruntukan perbelanjaan (RM20,000).

>>Selanjutnya
 
MerdekaReview buka ruang kartun
MerdekaReview | 28.10.2009 7:00 pm

 MerdekaReview merakamkan penghargaan kepada Ronasina yang menyahut undangan kami, untuk menyumbang karya kartunnya yang sudah pasti bakal memperkayakan kandungan dalam media internet ini. Kami yakin, pandangan kritis yang dilontarkan sama ada dalam bentuk tulisan mahupun kartun bakal menyumbang ke arah pendemokrasian negara ini.

>>Selanjutnya
 
Belanjawan untuk hadapi PRU ke-13?
MerdekaReview | 24.10.2009 10:16 am

 Belanjawan tahun 2010 yang dibentangkan oleh Najib memperlihatkan bagaimana kerajaan BN mula mengatur langkah untuk menghadapi PRU ke-13. Selain pengagihan peruntukan yang cuba mengambil hati setiap kaum, Belanjawan 2010 ini juga menyahut beberapa tuntutan politik, misalnya mengambil langkah memerangi rasuah dengan penggubalan Whistle Blower Act dan penubuhan mahkamah khas kes rasuah.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 121 :: Muka Surat6/7
Pertama
Sebelumnya
[ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [7]
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>