2014-08-01 09:51pm
 
MerdekaReview
 
BN pertahan majoriti 2/3 tanpa sokongan Cina dan bandar
MerdekaReview | 16.4.2011 2:50 pm

 【PRN Sarawak, dikemaskini dari masa ke masa】Dalam pertarungan yang paling sengit dalam sejarah, Barisan Nasional akhirnya berjaya mempertahankan majoriti 2/3 dalam DUN Sarawak, namun kehilangan sokongan pengundi Cina dan penduduk bandar. BN hilang kelima-lima kerusi di bawah kawasan ibu negerinya, Kuching. Pada masa yang sama, calon keturunan Cina SUPP hampir terkubur kesemuanya di tangan DAP, apabila hanya Wong Soon Koh (Bawang Assan) dan Lee Kim Shin (Senadin) bertahan pada tempatnya.

>>Selanjutnya
 
Ikuti MerdekaReview di Facebook dan Blogspot
MerdekaReview | 13.4.2011 12:06 pm

 Menyedari serangan siber yang dilancarkan terhadap Malaysiakini, Sarawak Report dan Radio Free Sarawak baru-baru ini, MerdekaReview mengambil langkah awal untuk menyeru agar pembaca menyertai MerdekaReview BM Fans Club di Facebook, untuk mengikuti perkembangan terbaru seandainya laman ini tergendala.

>>Selanjutnya
 
Serangan siber terhadap Malaysiakini
MerdekaReview | 12.4.2011 7:32 pm

 【PRN Sarawak】Media internet, Malaysiakini diserang sehingga pembacanya gagal melayari lamannya sejak jam 11 pagi tadi. Malaysiakini mengesahkan bahawa dirinya mengalami serangan siber, "denial-of-service attack" sehingga gagal dilayari melalui laman sosial, Facebook. Bagaimanapun, sementara mereka berusaha untuk memperbaiki keadaan, laporan berita tetap disaji melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

>>Selanjutnya
 
Lagi aktivis dihalang masuk Sarawak
MerdekaReview | 8.4.2011 9:03 pm

 【PRN Sarawak, dikemaskini pada 9.55pm】Aktivis BERSIH, Wong Chin Huat dihalang untuk memasuki Sarawak, menyusul langkah aktivis sosial, Steven Ng, yang dihalang di lapangan kapal terbang pada 3 April 2011. Wong Chin Huat menjadi warga Malaysia kedua yang dihalang untuk masuk ke bumi kenyalang sejak terbubarnya DUN Sarawak.

>>Selanjutnya
 
PRN Sarawak 2011: Antara kerusi yang menjadi tumpuan...
MerdekaReview | 6.4.2011 10:39 am

 【PRN Sarawak, dikemaskini 5.00pm】BN bertanding di kesemua 71 kerusi, iaitu PBB-35, SUPP-19, PRS-9 dan SPDP-8, sementara PR bertanding untuk 69 kerusi (PKR-49, DAP-15, PAS-5). SNAP membariskan 26 orang calon, sementara PCM bertanding untuk 6 kerusi, dan terdapat seramai 41 orang calon bebas dalam PRN Sarawak 2011. 27 DUN menyaksikan pertembungan "satu lawan satu"; 23 kawasan menyaksikan pertandingan tiga penjuru, dan 17 kawasan menyaksikan perang empat segi. Terdapat satu kawasan DUN yang menyaksikan pertandingan 5 calon, dan satu lagi 6 calon.

>>Selanjutnya
 
Jangan gadaikan nyawa untuk loji nuklear
MerdekaReview | 17.3.2011 5:18 pm

 【Lidah Pengarang】Mereka yang tinggal di Malaysia sememangnya mengeluh dengan keberkesanan perkhidmatan kerajaan. Misalnya, hampir setiap tahun kita akan berdepan dengan tragedi kemalangan bas yang meragut puluhan nyawa, dan tragedi ini berkait rapat dengan penguatkuasaan unit pengangkutan awam yang tidak ketat, pemantauan yang tidak berkesan dan sebagainya. Malah, walaupun diswastakan seperti Tenaga Nasional, POS dan Telekom, keberkesanan perkhidmatannya juga tidak begitu memuaskan.

>>Selanjutnya
 
Kuburkan Revolusi Jasmin:
BN kembali yakin berdepan PRU

MerdekaReview | 7.3.2011 1:00 am

 【PRK Merlimau dan Kerdau】Barisan Nasional berjaya membuktikan kepada pembangkang, bahawa benih Jasmin yang ditaburkan sepanjang dua pilihan raya kecil serentak ini, iaitu Merlimau dan Kerdau tidak berbunga. Meskipun keputusan PRK ini menyuntik keyakinan kepada BN untuk menghadapi PRU akan datang, namun pengkaji politik menjangkakan bahawa kebarangkalian PRU diadakan lebih awal tidaklah tinggi.

>>Selanjutnya
 
PRK Merlimau dan Kerdau:
PR gagal hakis majoriti BN

MerdekaReview | 6.3.2011 8:17 pm

 【PRK Merlimau dan Kerdau, Dikemaskini pada 9.30pm】 BN berjaya meningkatkan undi majoriti sehingga melepasi paras yang dicapainya pada tahun 2008, malah lebih tinggi daripada PRU ke-11 di Kerdau. Pada tahun 2004, Redzwan Harun dari BN menang dengan majoriti 2,565 undi di Kerdau. Kekesalan PR mungkin hanya terubat dengan keputusan di Merlimau, memandangkan pada tahun 2004, Mohamad Hidhir Abu Hasan menang dengan majoriti 5,087 undi.

>>Selanjutnya
 
Tenang dalam banjir:
Kemenangan UMNO didahulukan?

MerdekaReview | 30.1.2011 9:43 pm

 【PRK Tenang】Apa tidaknya, apabila Tenang dilanda banjir yang setinggi paras pinggang (sedalam dua atau tiga kaki), sehingga menghalang sesetengah pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka, ia sebenarnya mencerminkan ketidakcekapan dan kepincangan kerajaan tempatan dalam perancangan pembangunan bandar. Belum lagi pertikaian yang semakin kuat didengar, sama ada pengundian perlu dihentikan atau ditangguhkan untuk memberi laluan sepenuhnya kepada kerja penyelamatan dan bantuan kepada mangsa banjir.

>>Selanjutnya
 
BN raih majoriti 3707, gagal menjangkau matlamat 5000 undi
MerdekaReview | 30.1.2011 6:44 pm

 【PRK Tenang, 10:00pm】Calon UMNO-BN, Mohd.Azahar Ibrahim berjaya mempertahankan kerusi DUN Tenang dengan 6,699 undi, menewaskan calon PAS-PR, Normala Sudirman yang hanya memperolehi 2,992 undi. Bagaimanapun, majoriti 3,707 undi ini tidak menjangkau matlamat 5,000 undi yang digariskan Timbalan Pengerusi BN, Muhyiddin Yassin sebelum ini.

>>Selanjutnya
 
Ralat: MerdekaReview memohon maaf
MerdekaReview | 28.1.2011 11:53 am

 Merujuk kepada satu artikel berjudul Buku "Merintis Denai Demokrasi" menyimpang dari sejarah sebenar parlimen, tulisan Faisal Mustaffa yang disiarkan MerdekaReview pada 25 Januari 2011, pihak kami mendapati buku yang dirujuk dalam artikel itu sebenarnya Parlimen Malaysia 50 Tahun terbitan Parlimen Malaysia, dan bukannya terbitan Arkib Negara.

>>Selanjutnya
 
Najib menongkah arus!
MerdekaReview | 27.1.2011 6:18 pm

 【Lidah Pengarang】Kawalan ketat kerajaan terhadap media cetak telah menjadikan media cetak sebagai lidah propaganda mereka, lantas menjejaskan kredibiliti media tradisional, sehingga memerlukan kenyataan daripada Najib untuk membela mereka. Namun, pembelaan Najib menonjolkan/membuktikan kehambaan media tradisional sebaliknya. Kerajaan Najib kini secara sistematik mencabuli autonomi media internet, dengan harapan menjinakkan media internet sebagaimana ia menjinakkan media tradisional.

>>Selanjutnya
 
MerdekaReview diserang Hacker
MerdekaReview | 9.12.2010 11:34 am

 MerdekaReview edisi bahasa Cina diserang hacker antara jam 2.27 hingga 9 pagi ini, mengakibatkan terjelmanya perkataan "Hacked by B0ogle" pada tajuk utama laman kami dalam edisi bahasa Cina. Hacker ini menggunakan akaun salah seorang editor MerdekaReview, kemudian menerbitkan satu berita eksklusif yang berjudul "Hacked by B0ogle". Selain berita ini, MerdekaReview belum menemui apa-apa "sabotaj" lain yang dilakukan.

>>Selanjutnya
 
Jasa silap tokoh harus dinilai sewajarnya
MerdekaReview | 1.12.2010 3:33 pm

 【Lidah Pengarang】Sabotaj "sekta kompromi" dalam MCA menjadi faktor utama ketidaksampaian hasrat Lim Chong Eu dalam dua perkara di atas. Dan ini mungkin titik permulaan MCA tunduk kepada UMNO untuk puluhan tahun kemudian. Seandainya kedua-dua tuntutan Lim Chong Eu berjaya, mungkin ia merupakan satu jasa untuk menyekat dominasi UMNO, dan menjurus ke arah kesaksamaan antara kaum. Peristiwa ini menjadi detik hitam yang gagal dihapuskan MCA untuk selama-lamanya.

>>Selanjutnya
 
Yang kalah kekal bersama PKR untuk cetus "gempa bumi" politik
MerdekaReview | 28.11.2010 3:10 pm

 【Keputusan Pemilihan PKR, dikemaskini 7.45pm】Mustaffa Kamil Ayub ketika berucap sebelum Kongres Nasional PKR melabuh tirai pada hari ini, menekankan bahawa dirinya akan tetap bersama perjuangan PKR. Kenyataan bahawa dirinya tidak pernah menyesal terlibat dalam perjuangan Reformasi disambut dengan tepukan gemuruh oleh perwakilan.

>>Selanjutnya
 
Berwaspada kepada "kononnya Kuasa Ketiga"
MerdekaReview | 15.11.2010 4:56 pm

 【Lidah Pengarang】Sebelum sistem dua parti terbina, kuasa yang bangkit sebagai "pembangkang", kelihatan bertentangan dengan BN tetapi pada masa yang sama menyerang Pakatan Rakyat, hanya akan memecah-belahkan kuasa pembangkang untuk mengimbangi BN - lantas menjadi penghalang dan bukan pemangkin ke arah sistem dua parti. Ia berakhir dengan BN mendapat manfaatnya ketika "kuasa ketiga" bergelut dengan PR, malah pengembangan dan pendominasian BN tidak tersekat.

>>Selanjutnya
 
Menang Galas dan Batu Sapi:
BN kini merapatkan jurang dengan 5-8

MerdekaReview | 4.11.2010 7:02 pm

 【PRK Galas dan Batu Sapi, 9.45pm】Kini, BN berjaya merampas DUN Galas, sementara mempertahankan Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar. Keputusan ini sekurang-kurangnya melegakan BN di Sabah, sementara merunsingkan PR di Semenanjung Malaysia. Kemenangan BN pada malam ini lantas mengundang spekulasi bahawa pilihan raya umum kilat mungkin diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

>>Selanjutnya
 
Politik baru maknanya gagasan bertunjangkan idea, Rafizi Ramli
MerdekaReview | 8.10.2010 3:22 pm

 【Wawancara bersama Rafizi Ramli】Rafizi Ramli berkata,"...kalau elit itu dimaksudkan berpendidikan tinggi dan berlatar belakangkan profesional, adalah tidak bertanggungjawab kalau ada sekelompok di dalam parti yang cuba menyekat golongan ini aktif di dalam parti, kerana budaya itu adalah budaya lapok UMNO yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Perbezaan kita berbanding dengan UMNO adalah kerana kita meraikan semua pihak dan mengalu-alukan penyertaan golongan berpendidikan dan profesional, sebab itu kita nampak lebih menarik berbanding parti-parti BN di mata rakyat."

>>Selanjutnya
 
Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara, che'GuBard
MerdekaReview | 7.10.2010 4:48 pm

 【Wawancara bersama che'GuBard】che' GuBard berkata,"Di dalam politik, kita mesti realistik. Daripada trend perbicaraan mahkamah, Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara. Barang siapa yang tidak berani untuk membicarakan perkara ini, mereka buta politik. AMK berjuang untuk memantapkan lagi Pakatan Rakyat. Apabila ketua Pakatan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang dihina oleh musuh, apakah AMK harus berdiam diri?"

>>Selanjutnya
 
Gambar Namewee dibakar:
Dialog ditamatkan sebelum demo PERKASA surai

MerdekaReview | 28.9.2010 11:09 pm

 【Dikemaskini pada 1:30am/Video dilampirkan】"Namewee babi", "Namewee penakut", "Namewee tak ada telur", "Namewee pengkhianat" antara yang dilaungkan oleh anggota PERKASA yang berkumpul di luar. Kira-kira 30 anggota polis diketuai ASP Dang Wangi, Kathrik.W berada di tempat kejadian untuk mengawal situasi. Berbeza dengan demonstrasi yang lalu, polis hanya berunding dengan kedua-dua pihak sepanjang demonstrasi ini berlaku, tanpa menyuraikan peserta demonstrasi dengan kekerasan.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 121 :: Muka Surat5/7
Pertama
Sebelumnya
[ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [6] [7]
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>