2014-09-01 03:28pm
 
MerdekaReview
 
Lagi seniman mengecam siasatan polis ke atas Samad Said
MerdekaReview | 8.7.2011 6:13 pm

 【Perhimpunan BERSIH 2.0】Satu lagi senarai sejumlah 127 orang seniman mengeluarkan kenyataan untuk mengecam siasatan polis ke atas Sasterawan Negara, A.Samad Said. Malah, komuniti semiman ini mendakwa bahawa "gangguan/penangkapan yang telah dan sedang berlaku tidak akan menyebabkan kami seniman Malaysia berhenti menyokong hak rakyat untuk bersuara dan berekspresi."

>>Selanjutnya
 
Permit perhimpunan atau surat penolakan?
MerdekaReview | 8.7.2011 1:38 pm

 【Perhimpunan BERSIH 2.0, dikemaskini 6.30pm】Polis tidak meluluskan permit perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 di Stadium Merdeka atas pertimbangan keselamatan awam. Bagaimanapun, pihak BERSIH 2.0 mengumumkan bahawa mereka tetap akan mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka pada jam 2 petang, esok. Sementara itu, pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa bahawa mereka tetap akan hadir meskipun tersenarai sebagai individu yang dilarang masuk ke beberapa kawasan Kuala Lumpur, menurut perintah larangan mahkamah yang diperolehi polis.

>>Selanjutnya
 
Tindakan polis ke atas A.Samad Said mencungkil ketidakpuasan masyarakat kesenian
MerdekaReview | 8.7.2011 12:03 pm

 【Perhimpunan BERSIH 2.0】Senarai nama ini membariskan 106 unit/orang seniman daripada latar belakang yang berlainan, meluahkan kedukaan yang amat dalam. Mereka merasa terganggu bahawa selepas setengah abad negara ini diasaskan, ruang untuk kebebasan kreatif tidak banyak berkembang, malah lebih teruk lagi, kehidupan kita masih lagi diselubungi "budaya ketakutan".

>>Selanjutnya
 
34 NGO desak bebaskan segera 6 aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat
MerdekaReview | 7.7.2011 4:08 pm

 【Perhimpunan BERSIH 2.0】34 badan bukan kerajaan (NGO) telah menyerah satu memorandum kepada Ketua Polis Negara, mendesak agar enam orang aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dibebaskan dengan segera, pada hari ini. Mereka membidas bahawa penahanan ini adalah taktik kotor pihak polis yang berniat jahat, di samping berselindung di sebalik undang-undang pencegahan.

>>Selanjutnya
 
BERSIH 2.0 tidak berganjak untuk berhimpun di Stadium Merdeka
MerdekaReview | 6.7.2011 11:55 pm

 【Perhimpunan BERSIH 2.0, dikemaskini pada 12.40 tengah malam】BERSIH 2.0 meluahkan kekecewaanya terhadap keputusan Perdana Menteri Najib Razak dan kabinetnya yang "mungkir janji" untuk menyediakan stadium kepada pihaknya sebagai gelanggang mengadakan perhimpunan aman. "Kami telah memilih Stadium Merdeka sebagai tempat terbaik untuk acara ini kerana ia amat simbolik dan berlokasi pusat, dan kami akan tetap berdiri teguh kepada keputusan kami untuk berhimpun secara aman di sana," tegas BERSIH 2.0.

>>Selanjutnya
 
Majlis Perkahwinan ADUN Teja jadikan Melayu sebagai balaci?
MerdekaReview | 15.6.2011 2:50 pm

 Ia mungkin di luar dugaan ADUN Teja, Chang Lih Kang ketika merancang untuk menjalankan majlis perkahwinannya mengikut dua adat tradisional, iaitu Cina dan Melayu. Gambar pemimpin muda PKR bersama isterinya dalam pakaian tradisional Melayu, disambut dengan paluan kompang - dikritik "menjadikan Melayu sebagai balaci".

>>Selanjutnya
 
Cuti-cuti Malaysia atau Curi-Curi Wang Malaysia?
MerdekaReview | 14.6.2011 7:18 pm

 Pelayar internet telah menubuhkan satu laman yang bertajuk "Curi-Curi Wang Malaysia", sebagai sindiran kepada slogan "Cuti-Cuti Malaysia". Pengasas laman tersebut meninggalkan mesej pertamanya pada jam 6.03 petang tadi, dan telah mempunyai kira-kira 150 peminat pada 7.10 petang. Antara komen yang ditinggalkan pada laman tersebut adalah desakan agar wang tidak dibazirkan dengan cara sebegitu, dan harus dikembalikan kepada rakyat.

>>Selanjutnya
 
Semai bunga raya untuk Selamatkan MerdekaReview
MerdekaReview | 14.6.2011 5:30 pm

 【Selamatkan MerdekaReview】"Revolusi Bunga Raya" di Parlimen? Ahli parlimen Bakri-DAP, Er Teck Hwa membawa "semai bunga raya" untuk dijual kepada ahli parlimen, menyebarkan mesej bahawa media internet bebas, MerdekaReview kini dilanda krisis kewangan dan memerlukan bantuan dana.

>>Selanjutnya
 
Nurul tetamu persembahan untuk Selamatkan MerdekaReview
MerdekaReview | 9.6.2011 6:44 pm

 【Selamatkan MerdekaReview】Ahli parlimen Pantai Dalam, Nurul Izzah Anwar bakal menjadi tetamu dalam satu persembahan seni untuk "Selamatkan MerdekaReview". Antara pasukan muzik yang bakal terlibat dalam program "Rescue MerdekaReview to uphold independent Voice" ini termasuklah Fetus, Maharaja Commision, Seconds to Collide, Think! Tadpole! Think!, NAO, Carburetor Dung, Xerpent dan lain-lain lagi.

>>Selanjutnya
 
MerdekaReview, kini media yang dimiliki wartawan
MerdekaReview | 9.6.2011 12:54 pm

 Syarikat Knowledge Venture Sdn Bhd yang memiliki MerdekaReview, kini melepaskan semua saham pegangannya kepada staf MerdekaReview. Seiring dengan perkembangan ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ngeow Yin Ngee bersama Ketua Pengarang Chang Teck Peng, mengumumkan perletakan jawatan. Pemangku Ketua Pengarang merangkap Editor MerdekaReview edisi bahasa Cina, Chan Wei See, secara rasmi mengambil alih jawatan Ketua Pengarang.

>>Selanjutnya
 
Timbalan: Mat Sabu, Naib: Salahuddin, Husam, Mahfuz
Merdekareview | 4.6.2011 10:18 am

 【Keputusan Pemilihan PAS, dikemaskini 10.45 am】Pemimpin veteran, Mohamad Sabu berjaya menang sebagai Timbalan Presiden PAS, setelah menewaskan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan seorang lagi calon Tuan Ibrahim Tuan Man. Sementara penyandang jawatan Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar berjaya mempertahankan jawatan, dan Husam Musa kembali untuk mengisi satu lagi kerusi Naib Presiden.

>>Selanjutnya
 
Jom labur di MerdekaReview untuk melakar masa depan!
MerdekaReview | 30.5.2011 7:12 pm

 【Selamatkan MerdekaReviewUntuk memastikan agar institusi media ini mampu mengekalkan operasinya untuk jangka panjang, kami telah menyediakan proposal pelan pelaburan. Setakat ini proposal kami telah meyakinkan seorang pelabur untuk menyuntik dana kepada MerdekaReview, dan kami masih mencari empat orang lagi pelabur untuk bersama menerokai masa depan media internet.

>>Selanjutnya
 
Zunar terima anugerah Cartoonists Rights Network International
MerdekaReview | 24.5.2011 12:27 pm

 Zunar, kartunis politik yang pernah ditahan polis telah dipilih untuk menerima anugerah CRNI 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning, oleh satu badan yang mewakili kartunis editorial sedunia, Cartoonists Rights Network International (CRNI). Beliau bakal menghadiri majlis penyampaian anugerah tersebut yang akan diadakan di St. Petersburg Florida, Amerika pada 7 Julai 2011.

>>Selanjutnya
 
Selamatkan MerdekaReview!
MerdekaReview | 19.5.2011 12:13 pm

 Hampir enam tahun MerdekaReview mencurahkan usaha untuk membangunkan media internet, dan kami enggan akur dan pasrah begitu sahaja. Kami mengharungi segala rintangan dan cabaran, termasuk halangan untuk membuat liputan kerana tidak diberi pass media, kami pernah diserang hacker, ditohmah dan dilontar pelbagai tuduhan dan sebagainya. Dan kami tetap berjaya mengharungi segala-galanya!

>>Selanjutnya
 
Keterangan Saiful boleh dipercayai,
Hakim mengarah Anwar bela diri

MerdekaReview | 16.5.2011 11:17 am

 【Dikemaskini pada 5.20pm】Sungguhpun demikian, Anwar Ibrahim mendakwa pihaknya akan bersiap sedia untuk membela diri, mempertahankan kebenaran dan membongkarkan permainan politik kotor dan jijik yang memperalatkan mahkamah. Malah, beliau mendedahkan bahawa pihaknya bakal memanggil Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk tampil ke mahkamah sebagai saksi.

>>Selanjutnya
 
Harga gula naik kali keempat sejak tahun lalu
MerdekaReview | 9.5.2011 7:32 pm

 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan pada hari ini, bahawa harga gula akan dinaikkan ke paras RM2.30 sekilo mulai esok. Ia dilihat sebagai salah satu langkah di bawah Rasionalisasi Subsidi, untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM116.6 juta.

>>Selanjutnya
 
Paderi Kristian nafi tuduhan, desak PM ambil tindakan terhadap Utusan
MerdekaReview | 9.5.2011 4:42 pm

 Paderi Kristian menafikan tuduhan bahawa mereka berusaha untuk menubuhkan negara Kristian di Malaysia, atau melantik Perdana Menteri Kristian, padahal mereka hanya berdoa agar diberi keberkatan kepada negara, keamanan dan kehidupan yang lebih baik, penyatuan dan keharmonian di antara semua bangsa dan kepimpinan yang jujur dan adil.

>>Selanjutnya
 
Raja Petra bersedia beri keterangan polis hanya di hotel
MerdekaReview | 24.4.2011 1:27 pm

 Bagaimanapun, cubaan ini gagal apabila RPK menyatakan bahawa dirinya hanya bersedia memberi keterangannya kepada polis di hotel. "Drama" ini akhirnya melabuh tirai, menurut tulisan RPK dalam Malaysia Today, apabila ACP Aziz yang ditugaskan untuk mengambil keterangannya "tidak lagi berminat untuk berbuat demikian".

>>Selanjutnya
 
PEMANDU mengaku menukar E-mel 1Malaysia dari inisiatif kerajaan kepada swasta
MerdekaReview | 21.4.2011 6:27 pm

 PEMANDU akhirnya mengakui bahawa pihaknya telah menukar projek E-mel 1Malaysia dari "inisiatif kerajaan" kepada "inisiatif swasta" dalam lamannya, setelah didedahkan satu laman internet, GreyReview. Bagaimanapun, PEMANDU mendakwa bahawa ia adalah kesilapan semata-mata.

>>Selanjutnya
 
Slogan "Tangkap Taib Mahmud" kedengaran
MerdekaReview | 17.4.2011 12:20 pm

 【PRN Sarawak, Komentar Hishamuddin Rais dan James Chin】Tahun 1998 Sarawak tidak terusik oleh ombak reformasi, malah Pilihanraya Umum 2008 pun Sarawak juga tidak terusik. Warga Sarawak kini telah melihat dan sedar bahawa kalau Semenajung boleh berubah, maka mereka juga boleh berubah. Semangat dan roh reformasi kini telah sampai ke Sarawak. Warga Sarawak kini melihat gaya dan cara politik Semenanjung. Ini didikan politik untuk Sarawak.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 121 :: Muka Surat4/7
Pertama
Sebelumnya
[ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [5] [6]
Seterusnya
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>