2014-08-29 07:58pm
 
MerdekaReview
 
Kertas kerja politik kiri "ditolak" selepas "isu Mat Sabu"
MerdekaReview | 29.9.2011 5:04 pm

 Kertas kerja berjudul "Gerakan politik kiri di Hulu Langat, 1946-1948", tulisan Dr. Mohamed Salleh Lamry telah "ditolak" daripada dibentangkan dalam satu seminar "Sejarah Daerah Hulu Langat", anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor (PSMCS), selepas berlakunya "isu Mat Sabu". Mohamed Salleh Lamry adalah Mantan Prof.Madya di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengesahkan khabar ini ketika dihubungi MerdekaReview, malah memberi keizinan kepada MerdekaReview untuk menyiarkan kertas kerja beliau.

>>Selanjutnya
 
Plan langganan bersama Malaysiakini:
MerdekaReview mengorak langkah baru

MerdekaReview | 21.9.2011 4:41 pm

 Dalam forum yang diadakan sempena pelancaran plan ini, Tang Ah Chai menggesa agar orang ramai menyokong plan tersebut. Tang Ah Chai berkata, kita mungkin menjimat beberapa ratus ringgit dengan tidak melanggan media internet untuk informasinya, namun kita perlu membayar harga yang lebih besar di sebaliknya, iaitu diseksa regim yang korup dan zalim untuk 30 atau 50 tahun seterusnya.

>>Selanjutnya
 
PAS cabar Muhyiddin debat: Siapa pejuang sebenar kemerdekaan negara
MerdekaReview | 9.9.2011 12:06 pm

 "Pihak PAS menyerahkan kepada pihak Muhyiddin bagi menentukan tarikh perdebatan tersebut. PAS mencadangkan tempat untuk diadakan debat tersebut adalah di Stadium Melawati, Shah Alam. Walau bagaimanapun, pihak PAS bersetuju sekiranya pihak Muhyiddin mencadangkan tempat lain yang lebih sesuai dan boleh dihadiri oleh sebahagian rakyat di negara ini."

>>Selanjutnya
 
Zunar terpilih sebagai Artists-in-Residence
MerdekaReview | 18.8.2011 4:36 pm

 Zunar menambah, "Ia juga merupakan satu isyarat kepada kerajaan Malaysia untuk menghentikan segala bentuk ancaman, ugutan dan tindakan jenayah terhadap saya dan artis-artis lain di Malaysia, kerana masyarakat seni di seluruh dunia sedang memerhatikan segala tindak-tanduk mereka."

>>Selanjutnya
 
Jawapan Kerajaan kepada SUHAKAM: Pemansuhan permit perhimpunan bukan keputusan tepat
MerdekaReview | 12.8.2011 1:04 pm

 "Permit Perhimpunan seperti mana yang disyaratkan mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967 merupakan satu bentuk kawalan dan mengelakkan berlakunya perkara yang memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam. Maka pemansuhan permit perhimpunan bukanlah satu keputusan yang tepat kerana perhimpunan tanpa kawalan dikhuatiri akan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam di sesuatu kawasan," demikianlah maklum balas kerajaan terhadap Laporan Tahunan SUHAKAM 2010.

>>Selanjutnya
 
Alamat baru pejabat MerdekaReview
MerdekaReview | 2.8.2011 12:49 pm

 Alamat, nombor telefon dan faks pejabat MerdekaReview mulai 8 Ogos 2011:
Merdeka Review (Knowledge Venture Sdn Bhd)
D01-02 Block D,
Green Park Condo,
Jalan Awan Pintal,
58200 Kuala Lumpur.
Nombor telefon dan faks: +6 03-77839916

>>Selanjutnya
 
Desakan rakyat akhirnya membebaskan EO6!
MerdekaReview | 29.7.2011 5:49 pm

 【EO6, dikemaskini pada 6.45pm】Desakan rakyat akhirnya berhasil, apabila enam orang tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO) dibebaskan, pada jam 5.30 petang tadi. Enam orang tahanan EO termasuklah Micheal Jeyakumar Deveraj, Sarasvathy Muthu, Choo Chon Kai, Sukumaran Munisamy, A.Letchumanan dan Saratbabu.

>>Selanjutnya
 
36 sedia cukur rambut untuk membantah penahanan EO6
MerdekaReview | 29.7.2011 4:05 pm

 【EO6】Rambut adalah sebahagian dari tubuh badan kita, bagi sesetengah agama, rambut itu seumpama nyawa. Oleh itu, tindakan mengugurkan rambut dipandang serius kerana ia satu tindakan yang bertentangan dengan kebiasaan orang ramai. Kekejaman kerajaan telah sampai satu tahap yang tidak boleh diterima, maka 36 orang daripada latar belakang yang berbeza - berlainan kaum, agama dan jantina memutuskan untuk bersama-sama menggugurkan rambut.

>>Selanjutnya
 
Mohanarani Rasiah: Jeyakumar mogok lapar mulai hari ini
MerdekaReview | 28.7.2011 3:27 pm

 【EO 6, dikemaskini pada 4.45pm】Jeyakumar telah memberitahu saya bahawa beliau akan mulakan mogok lapar pada 28 Julai 2011 untuk mendapatkan keadilan. Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua PSM6 dibebaskan atau dituduh di mahkamah. Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar.

>>Selanjutnya
 
Najib berdepan dengan kenakalan warga internet
MerdekaReview | 26.7.2011 1:21 pm

 Banyak komen yang ditulis dengan nada untuk menyindir, antaranya "DS, apa harga benar cincin diamond yang Rosmah pakai tu? Siapa bayar?", sementara ada pula yang menyokong pimpinan beliau, "Sudah terbukti kerajaan yg memerintah sekarang adalah kerajaan yg terbaik dan yang bersungguh untuk memberi kehidupan yg baik untuk rakyat.....bersyukurlah dengan kenikmatan dan keamanan yg kita kecapi".

>>Selanjutnya
 
Siasatan awam Perhimpunan BERSIH 2.0:
SUHAKAM minta bahan bukti daripada orang awam

MerdekaReview | 22.7.2011 4:30 pm

 【Perhimpunan BERSIH 2.0】"Orang awam yang telah menyaksikan sebarang perbuatan atau insiden mengenai dakwaan-dakwaan yang disebutkan, atau mereka yang boleh memberi maklumat yang berkaitan dan/atau dokumen serta bukti-bukti termasuk rakaman video/gambar mengenai dakwaan-dakwaan ini diminta menghubungi Suruhanjaya dengan segera."

>>Selanjutnya
 
Keluarga dan rakan Beng Hock tolak keputusan RCI
MerdekaReview | 21.7.2011 7:25 pm

 【Dikemaskini pada 8.00pm】Hasil siasatan Suruhanjaya mendapati bahawa Teoh Beng Hock BUKAN DIBUNUH tetapi beliau yang merasa terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan, disokong dengan perwatakan beliau yang lemah telah menyebabkan beliau membunuh diri.

>>Selanjutnya
 
Perang Facebook: Ratusan saja yang mahu Najib dikekalkan
MerdekaReview | 19.7.2011 6:47 pm

 Page bertemakan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" mencatat angka 204,691 orang, iaitu sekali ganda lebih daripada matlamat, sejak ditubuhkan pada 11 Julai 2011. Bagaimanapun, page bertemakan "3,000,000 People Want Najib To Stay" hanya meraih sokongan 122 orang, sejak ditubuhkan pada 15 Julai 2011.

>>Selanjutnya
 
Video menunjukkan gas pemedih ditembak ke hospital
MerdekaReview | 11.7.2011 4:38 pm

 【Perhimpunan BERSIH 2.0】Amaran keras diulangi dari bibir Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein pada hari ini, bahawa tindakan akan diambil ke atas media yang membuat tuduhan tanpa asas. Seorang pembaca MerdekaReview memuatnaikkan satu klip video yang panjang 41 saat, untuk membuktikan bahawa gas pemedih mata sememangnya ditembak ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina.

>>Selanjutnya
 
Akhbar bahasa Cina dikecam kerana prejudis terhadap perhimpunan BERSIH
MerdekaReview | 10.7.2011 4:48 pm

 【Perhimpunan BERSIH 2.0】"Di manakah keamanan yang dijanjikan?" Demikianlah tajuk utama pada muka surat depan China Press, semalam, yang dibubuh pada gambar perhimpunan BERSIH 2.0. Tajuk yang ditafsir sebagai "memberi imej negatif terhadap peserta perhimpunan" ini telah mengundang kemarahan warga internet, sehingga dibadai gelombang kecaman yang mengombak.

>>Selanjutnya
 
Gelombang BERSIH 2.0 gagal disekat
MerdekaReview | 9.7.2011 6:52 pm

 【Perhimpunan BERSIH 2.0, dikemaskini pada 10.20pm】Lautan manusia mencecah antara 50,000 hingga 60,000 pada kemuncaknya, walaupun pihak polis hanya menganggarkan 5,000 hingga 6,000 orang. Pada masa yang sama, satu perhimpunan dengan ribuan orang juga diadakan di sekitar KLCC. Jika dijumlahkan secara keseluruhannya, bilangan orang yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 boleh dikatakan lebih besar daripada perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007. Malah, apa yang menarik, lebih ramai peserta Cina dan India, yang rata-rata dari golongan muda terlibat dalam perhimpunan ini, berbanding perhimpunan pada tahun 2007.

>>Selanjutnya
 
Pusat bandar Kuala Lumpur sepi, pagi ini
MerdekaReview | 9.7.2011 9:44 am

 【Perhimpunan BERSIH 2.0】Pusat bandar Kuala Lumpur pada pagi ini amat sepi, sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal berlangsung pada jam 2 petang, dijadualkan di Stadium Merdeka. Bagaimanapun, tempat-tempat seperti Masjid Negara, Masjid Jamek, dan kawasan di sekitar Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KL-SCAH) juga dipercayai sebagai tempat berkumpulnya peserta sebelum perhimpunan bermula.

>>Selanjutnya
 
Polis menyemak bilik hotel sekitar Lembah Klang
MerdekaReview | 9.7.2011 1:33 am

 【Perhimpunan BERSIH 2.0】Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Malaysia, H.R.Dipendra yang menginap di Hotel Swiss, Jalan Tunku Abdul Rahman, memberitahu MerdekaReview bahawa polis mula menyemak dari bilik ke bilik di situ pada kira-kira jam 11, malam tadi.

>>Selanjutnya
 
Hii Tiong Hua ditangkap selepas protes 10 minit
MerdekaReview | 8.7.2011 7:54 pm

 【Perhimpunan BERSIH 2.0】Bekas calon DUN Bukit Assek Hii Tiong Hua, yang baru mendarat di Kuala Lumpur, telah ditangkap polis, setelah 10 minit memprotes secara bersendirian di Jalan Petaling, tadi. Menurut anggota Malaysian Election Observers Network (MEO-Net), Ong Boon Keong yang berada di tempat kejadian, Hii Tiong Hua memegang bendera pada satu tangannya, dan satu lagi tangan memegang poster, sebagai tanda protes terhadap tindakan polis menekan BERSIH 2.0.

>>Selanjutnya
 
Malaysiakini diserang DOS lagi
MerdekaReview | 8.7.2011 7:03 pm

 【Perhimpunan BERSIH 2.0】Sekali lagi, media internet Malaysiakini mengalami serangan penafian perkhidmatan (DOS) pada saat-saat menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada jam 2 petang, 9 Julai. Ianya bukan kali pertama media internet tersebut mengalami serangan siber. Pada April 2011, ketika pilihan raya negeri Sarawak berlangsung, Malaysiakini bersama media internet yang lain, termasuk Harakah Daily, Sarawak Report dan sebagainya juga mengalami serangan siber.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 121 :: Muka Surat3/7
Pertama
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [4] [5]
Seterusnya
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>