2014-04-25 03:17pm
 
Lim Guan Eng
 
Kontroversi Hudud: DAP bersetuju dalam Negara Berkebajikan
Lim Guan Eng | 30.7.2012 2:28 pm

 Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah. Namun begitu, DAP dan PAS sama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalah gunaan kuasa serta perlaksanaan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus.

>>Selanjutnya
 
Guan Eng: Muslihat politik untuk kaitkan DAP dengan komunis
Lim Guan Eng | 22.7.2012 4:33 pm

 Berbanding dengan dakwaan susupan komunis ke dalam DAP, sekretariat tetap antara CYL dan Pemuda UMNO adalah hubungan langsung yang dilakukan secara disedari dengan persetujuan penuh Khairy Jamaluddin. Pegawai atasan Cawangan Khas seperti Mohd Sofian harus letak jawatan kerana gagal bertindak terhadap Khairy dan Pemuda UMNO yang menjalin hubungan langsung dengan CYL tetapi sebaliknya memilih untuk mencari bayang-bayang komunis yang tidak wujud dalam DAP.

>>Selanjutnya
 
Guan Eng: Saman Soi Lek jika ulangi pembohongan dalam debat 708
Lim Guan Eng | 6.7.2012 12:29 pm

 Chua Soi Lek boleh buktikan keberanian dan politik bermoralnya dengan mengulangi pembohongan MCA bahawa saya mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan dan isteri saya telah menyerang wanita tersebut semasa debat pada 8 Julai 2012 (Ahad) ini. Saya tidak akan menjawabnya...

>>Selanjutnya
 
Lim Guan Eng: Saya bukan Chua Soi Lek
Lim Guan Eng | 4.7.2012 5:26 pm

 Biar saya dan isteri saya membuktikannya di mahkamah bahawa MCA berbohong dan meminta MCA mendedahkan cubaan untuk membunuh karektor dan mendedahkan sumber maklumat palsu ini. Biar MCA mengulangi dakwaan mereka di khalayak ramai supaya saya dan isteri boleh buktikannya di mahkamah bahawa...

>>Selanjutnya
 
Guan Eng: Jika orang kenamaan pun tak selamat, bagaimana dengan rakyat?
Lim Guan Eng | 2.7.2012 3:36 pm

 Kehilangan pistol kepada penjenayah membawa implikasi yang sangat besar terhadap keselamatan awam. Sekiranya orang kenamaan pun tidak selamat, bagaimanakah rakyat boleh selamat? Sikap Hishamuddin yang tidak mengambil endah dengan laporan-laporan jenayah dalam media jelas tidak bertanggungjawab dan menunjukkan bahawa beliau tidak sensitif bukan sahaja kepada penderitaan mangsa tetapi juga kepada kebimbangan awam.

>>Selanjutnya
 
Guan Eng: Kejayaan BN menutup 3D...
Lim Guan Eng | 31.5.2012 4:23 pm

 Ini berbeza dengan hutang-hutang kerajaan negeri PR yang telah menurun secara mendadak sebagaimana hutang Kerajaan Persekutuan BN meningkat. Di Pulau Pinang, hutang kerajaan negeri telah dikurangkan sebanyak 95% daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir 2011.

>>Selanjutnya
 
Ketua Panel Penasihat Bebas: DAP desak Haniff Omar digugurkan
Lim Guan Eng | 10.5.2012 11:38 am

 Perlantikan Mohammad Haniff Omar sebagai Ketua Panel Penasihat Bebas untuk menyiasat insiden keganasan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 telah menimbulkan kebimbangan rakyat dan persoalan sama ada siasatan ini akan mengaburkan kebenaran keganasan polis ke atas peserta yang berhimpun secara aman, menutup penderitaan mangsa-mangsa ataupun menjadi alasan untuk mewajarkan penipuan BN bahawa BERSIH 3.0 merupakan cubaan coup d'état.

>>Selanjutnya
 
Baju hitam dan riben kuning tanda solidariti untuk wartawan
Lim Guan Eng | 1.5.2012 11:46 pm

 Jika samseng UMNO dan PERKASA boleh bertindak ganas terhadap wartawan di Pulau Pinang tanpa sebarang tindakan diambil walaupun terdapat banyak bukti gambar dan video, bolehkah kita mengharapkan keadilan apabila pihak polis pula yang kali ini bertindak ganas?

>>Selanjutnya
 
DAP: Prinsip "Satu orang, Satu undi" dinafikan
Lim Guan Eng | 26.4.2012 2:12 pm

 Mengikut Tindak Malaysia, BN telah memenangi 112 daripada 139 kerusi Parlimen yang paling kecil semasa Pilihan Raya Umum 2008, lantas memberikan mereka majoriti mudah dengan hanya 18.9 peratus undi popular. Kawasan-kawasan tersebut tidak akan ditukar untuk pilihan raya umum yang akan datang. Di manakah prinsip demokratik "satu orang, satu undi" dan juga di manakah pemerintahan majoriti apabila BN boleh memenangi 50.4 peratus daripada kerusi Parlimen dengan hanya 18.9 peratus undi popular?

>>Selanjutnya
 
Guan Eng: Muhyiddin terperangkap dalam alam fantasi dirinya
Lim Guan Eng | 24.4.2012 8:36 pm

 Jika ini benar, beliau harus menjawab kenapa tidak pernah ada seorang pun pemenang Anugerah Nobel dari Malaysia dan kenapa tiada satu pun universiti Malaysia yang termasuk dalam kedudukan 200 universiti yang terbaik di dunia? Atau kenapa, jika diberi pilihan, lebih banyak pelajar Malaysia memilih untuk belajar di Amerika Syarikat, UK dan German dan bukan di universiti tempatan?

>>Selanjutnya
 
DAP kesal polis gagal bertindak ketika siswa diserang
Lim Guan Eng | 20.4.2012 5:08 pm

 Apabila ditanya kepada Ketua Polis Kuala Lumpur Mohmad Salleh mengapa hanya seorang daripada kumpulan penyerang ditangkap, walaupun ada video daripada saksi untuk mengenal pasti penyerang, beliau menjawab bahawa "ia adalah pada awal pagi dan kita tidak dapat membezakan penyerang dari orang-orang yang sedia ada".

>>Selanjutnya
 
RUU Kesalahan Keselamatan: Penggubalan undang-undang "Cut-and-Paste"
Lim Guan Eng | 16.4.2012 2:36 pm

 Saya rasa ini bukannya masa untuk diraikan kegembiraan dengan membaca Al-Fatihah kepada ISA kerana ia masih belum benar-benar meninggalkan tanah air Malaysia. Di samping itu keengganan kerajaan BN mengambil tanggungjawab ke atas kezaliman yang diperlakukan ke atas mangsa-mangsa ISA dengan meminta maaf secara terbuka atas tahanan tanpa bicara yang melanggari segala asas perikemanusiaan serta lunas undang-undang hak asasi manusia dan due proses.

>>Selanjutnya
 
Isu Lynas: Guan Eng cabar MCA keluar BN
Lim Guan Eng | 6.4.2012 1:41 pm

 Tindakan "flip-flop" MCA yang dahulunya menyokong Lynas tetapi sekarang seolah-olah sudah mendapat hidayat baru menggesa pula supaya loji pemprosesan nadir bumi itu ditutup nampak sangat hanya bersifat oportunis, terdesak serta tidak berprinsip dan dilakukan semata-mata untuk mendapat undi.

>>Selanjutnya
 
DAP sokong perhimpunan BERSIH 3.0 dan Himpunan Hijau 3.0
Lim Guan Eng | 5.4.2012 5:24 pm

 DAP menyokong perhimpunan "Duduk-Bantah" Gabungan BERSIH dan Himpunan Hijau 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 jam 2.00 petang sebagai ungkapan demokrasi rakyat Malaysia yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil serta Malaysia yang selamat dan bebas daripada pencemaran radioaktif.

>>Selanjutnya
 
Surat terbuka KM Pulau Pinang kepada CEO Lynas
Lim Guan Eng | 22.3.2012 11:33 am

 Sebelum bertemu dengan saya, adalah lebih penting jika pihak anda melibatkan penduduk-penduduk Kuantan, kerana merekalah yang akan terjejas dan oleh itu menjadi pihak yang mempunyai kepentingan langsung. Saya tidak tahu bagaimana perjumpaan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan bukan penduduk-penduduk yang terjejas boleh menjadi relevan atau penting dalam kontroversi ini.

>>Selanjutnya
 
DAP tidak akan sertai PSC mengenai loji nadir bumi Lynas
Lim Guan Eng | 19.3.2012 4:23 pm

 Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah menolak sebarang cadangan loji Lynas atau reaktor nuklear di Pulau Pinang kerana kami tidak akan bertolak-ansur dalam soal keselamatan rakyat Malaysia. DAP akan mencadangkan kepada PR supaya tidak menyertai PSC kerana kita tidak sepatutnya dijadikan alat oleh BN bagi membohongi rakyat dan menjustifikasi tindakan BN untuk membenarkan loji nadir bumi Lynas beroperasi di Malaysia.

>>Selanjutnya
 
DAP dalam bahaya jika gagal tangkis serangan 4M dan 4R UMNO
Lim Guan Eng | 18.3.2012 11:37 pm

 Kewujudan politik DAP berada dalam bahaya jika ahli-ahli dan penyokong tidak berjaya menangkis taktik BN yang tidak tahu malu iaitu Duit, Media, Jentera Kerajaan dan Mengancam Pemimpin-Pemimpin PR (4M: Money, Media, Machinery of Government, Menacing PR Leaders) dan juga Kaum, Agama, Raja dan Memanipulasi Suruhanjaya Pilihan Raya (4R: Race, Religion, Royalty, Rigging The Election Commission) dalam pilihan raya umum yang akan datang.

>>Selanjutnya
 
Guan Eng: Rundingan awam dibuat sebelum projek infrastruktur diluluskan
Lim Guan Eng | 13.3.2012 4:09 pm

 Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memilih untuk menjadi telus dan bertanggungjawab dengan mendapat input dan rundingan awam berhubung cadangan pembinaan empat projek infrastruktur untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memacu pembangunan ekonomi di negeri ini terutama di Seberang Perai Utara (SPU).

>>Selanjutnya
 
Lim Guan Eng: Kerugian MAS RM2.52 bilion bukti model bisnes gagal
Lim Guan Eng | 1.3.2012 2:32 pm

 Kerugian mengejutkan sebanyak RM2.52 bilion yang dialami oleh syarikat penerbangan kebangsaan MAS untuk tahun 2011 adalah pengingatan jelas bahawa salah urus dan model bisnes yang gagal telah mengakibatkan krisis dalam syarikat penerbangan yang pernah menjadi kebanggaan ramai apabila simpanan tunainya juga sudah hampir kehausan.

>>Selanjutnya
 
UMNO dan PERKASA harus bertanggungjawab jika apa-apa berlaku kepada saya
Lim Guan Eng | 28.2.2012 4:31 pm

 【Laporan polis oleh Lim Guan Eng】Demi keselamatan peribadi, saya dengan ini membuat laporan polis terhadap ancaman-ancaman ganas oleh ahli-ahli UMNO dan PERKASA. Sekiranya apa-apa berlaku kepada saya, UMNO dan PERKASA harus bertanggungjawab penuh. Adalah terpulang kepada pihak polis untuk menunjukkan bahawa mereka boleh menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih dengan bertindak bukan sahaja ke atas ahli-ahli UMNO dan PERKASA yang telah menyerang dua orang wartawan tersebut, tetapi juga ke atas mereka yang telah mengancam saya.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 47 :: Muka Surat1/3 [ 1 ] [2] [3]
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>