2014-04-17 11:52am
 
Hafiz Zainuddin
 
Beban, Bebal dan Fenomena Hasan Ali
Hafiz Zainuddin | 13.2.2012 12:26 pm

 Saya masih ingat bagaimana pertama kali saya mendengar pidato Hassan Ali ketika ceramah sulung beliau di Dataran Kampung Sungai Tapah, Gugusan Manjoi Ipoh sekitar awal tahun 2000 yang lalu. Dengn gaya, lenggok bahasa dan emosi yang tersusun, cukup saya katakan; pandangan baik saya terhadap UMNO berubah selama-lamanya. Orang mungkin boleh membuat andaian bahawa saya peminat Hasan Ali tapi terpulanglah. Ini pengalaman saya.

>>Selanjutnya
 
Hak Asasi manusia ancam kerajaan?
Hafiz Zainuddin | 31.10.2011 11:16 am

 Kalau tidak disebabkan perjuangan hak asasi dan misi kemanusiaan, tidak perlulah susah-susah kerajaan Malaysia menghantar misi bantuan ke Palestin. Begitu juga dengan misi kemanusiaan kelab Putera 1Malaysia sehingga menyebabkan terkorbannya jurukamera Bernama, almarhum Noramfaizul semasa di Somalia.

>>Selanjutnya
 
Bahaya HIMPUN dan kegagalan institusi agama
Hafiz Zainuddin | 19.10.2011 12:07 pm

 Persoalannya, apakah dengan menghimpunkan seramai mungkin umat Islam di stadium mampu untuk menyelamatkan akidah? Apakah sebenarnya di sebalik kegusaran kita terhadap gejala murtad ini? Perlukah kita menyalahkan pihak lain sedangkan jawapannya ada pada kita sendiri? Ataupun kita tercari-cari di mana letaknya kehebatan Islam sebagai agama yang syumul sedangkan Islam punya penyelesaian terhadap semua masalah umat? Ini adalah persoalan pokok yang harus kita jawab dengan hati yang terbuka dan rasional.

>>Selanjutnya
 
Sampai bila Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang gagal?
Hafiz Zainuddin | 17.10.2011 12:34 pm

 Kalangan rakyat yang tinggal di bandar terutamanya telah lama dihimpit masalah ekonomi yang kian mendesak. Apa yang Najib lakukan untuk membela nasib golongan ini? Menurunkan cukai, mengurangkan harga petrol? Jauh sama sekali. Malah, diskaun tambang LRT dan monorel yang amat diperlukan oleh pelajar, pekerja awam serta kakitangan swasta tidak dipedulikan; sebaliknya mahu diberikan kepada warga emas yang amat jarang menggunakan perkhidmatan pengangkutan itu.

>>Selanjutnya
 
Apa ada dengan transformasi politik Najib?
Hafiz Zainuddin | 10.10.2011 12:09 pm

 ISA akan digantikan dengan dua akta lagi yang kita tidak tahu arahnya. Ibarat menggali lubang dan kambus kembali. Kita melihat keputusan radikal Najib ini bersifat taktikal. Ini kerana, cuma lebih dua bulan yang lepas sahaja sejumlah rakyat dibelasah dalam BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

>>Selanjutnya
 
Rasional Anugerah Ibrahim Ali
Hafiz Zainuddin | 21.7.2011 12:58 pm

 Ramai yang tertanya-tanya mengapa Ibrahim Ali? Mengapa tidak Mahathir Mohammad, Onn Jaafar atau mana-mana tokoh negarawan dan akademik yang lain? Mengapa perlu Ibrahim Ali? Apakah sumbangan terbesar beliau kepada Malaysia? Beliau pernah menjadi aktivis mahasiswa satu ketika dahulu dan pernah ditahan ISA selama dua tahun, kini menjadi ahli Parlimen bebas, presiden PERKASA dan adakah ini cukup sebagai kayu ukur kepada "anugerah" yang ditawarkan oleh sebuah universiti terbesar yang dibanggakan? Secara tidak langsung anugerah ini telah menjatuhkan imej UiTM itu sendiri.

>>Selanjutnya
 
Hari Belia dan kemunafikan pentadbiran Najib
Hafiz Zainuddin | 2.6.2011 1:13 pm

 Najib, selaku Perdana Menteri Malaysia, menonton bola bersama belia-belia, membawa kita mengimbau kembali peristiwa berdarah beberapa ketika tidak lama dahulu. Tewasnya saudara kita Aminulrasyid di tangan Polis juga selepas menonton perlawanan bola. Kematian akibat ditembak Polis selepas menonton bola bukan sesuatu yang biasa di negara ini dan perkara ini amat mengejutkan. Malah, yang melakukan "pembunuhan" bukanlah penjenayah tetapi orang yang menerima amanah untuk menjaga keselamatan kita semua.

>>Selanjutnya
 
Permulaan yang emosi: Selamatkan MerdekaReview
Hafiz Zainuddin | 19.5.2011 5:55 pm

 【Selamatkan MerdekaReview】Dalam memastikan rakyat mendapat maklumat dan berita yang seimbang dan jujur; kita harus terus memberi sokongan dan sumbangan kepada MerdekaReview. Saya percaya bahawa usaha MerdekaReview bukanlah sebuah usaha picisan - Ya, kita mahu rakyat berubah! Kita mahukan Malaysia menjadi sebuah negara yang adil untuk semua! Selamatkan MerdekaReview!!!

>>Selanjutnya
 
Jenayah ugut dan rasional Zahid Hamidi
Hafiz Zainuddin | 18.5.2011 4:25 pm

 Malah siapapun yang menerima ugutan sedemikian, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang cepat dan adil dalam menjalankan siasatan terhadap laporan yang telah dibuat. Pada masa yang sama, kita juga ingin mengetahui apakah yang akan berlaku sekiranya isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menerima ugutan sepertimana yang diterima oleh Nurul Izzah?

>>Selanjutnya
 
Utusan Malaysia dan ancaman terhadap keselamatan negara
Hafiz Zainuddin | 10.5.2011 3:16 pm

 Utusan Malaysia harus bertanggungjawab kerana dilihat seolah cuba menimbulkan kebencian antara umat Islam dan umat Kritian. Rasanya rakyat Malaysia masih matang untuk menilai lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai akses kepada media alternatif. Walau bagaimanapun, kita bimbang; isu "Kristian sebagai agama rasmi" ini walaupun sebuah dakwaan palsu, ia akan mewujudkan kelompok-kelompok ekstrem fasis agama yang akan mengancam keselamatan nyawa rakyat dan negara. Apakah ancaman-ancaman ini sesuatu yang diimpikan oleh Utusan Malaysia dan UMNO? Dan sekiranya ia berlaku, apakah UMNO akan bertanggungjawab? Dan siapakah yang akan mendapat keuntungan dari perkara yang tidak diingini sekiranya berlaku?

>>Selanjutnya
 
Perak: Zambry, Pakatan Rakyat dan Si Puntum?
Hafiz Zainuddin | 3.5.2011 12:36 pm

 Dalam konteks negeri Perak, menghitung detik PRU ke 13, pelbagai persoalan timbul. Apakah rakyat masih lagi terinspirasi dengan perjuangan Pakatan Rakyat? Adakah kemelut pencabulan demokrasi ini masih memberi kesan kepada hati rakyat? Dan bagi PAS; berjayakah mereka mengubah persepsi Melayu? Manakala bagi BN, apakah kepimpinan Zambry mampu untuk menarik semula sokongan majoriti rakyat terhadap BN? Apa pula trend pengundi pada kali ini? Semua persoalan ini masih menjadi persoalan.

>>Selanjutnya
 
Memahami kejahilan politik BN
Hafiz Zainuddin | 19.4.2011 1:27 pm

 【PRN Sarawak】Ayuh kita lihat sebagai contoh; Jika PAS yang memenangi sesebuah kawasan atau negeri, orang Melayu akan dituduh sebagai golongan yang tidak mahu bersyukur dengan jasa kerajaan, jika PKR yang menang, rakyat akan dituduh pula sebagai menyokong pengkhianat bangsa dan jika kemenangan itu di pihak DAP (sudah tentu kawasan Cina), kemenangan itu ditafsir sebagai "kebangkitan Cina" Dan menunjukkan seolah-olah masyarakat Cina tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan atas dominasi ekonomi yang diperoleh. Apakah kita rakyat Malaysia juga perlu termakan dengan isu-isu sebegini?

>>Selanjutnya
 
PRN Sarawak: 6-6-6 soalan untuk kitak jawab!
Hafiz Zainuddin | 14.4.2011 1:10 pm

 【PRN Sarawak】Rasanya bukan setakat rakyat Sarawak sahaja yang mahu Taib berundur, malah rakyat di Semenanjung juga; akan pemerintahan terlalu lama satu hal tetapi yang jadi masalah apabila beliau didakwa terpalit dengan skandal-skandal besar pembolotan harta negeri. Benarkah? Mangsanya adalah rakyat Sarawak sendiri. Mungkin masyarakat Dayak lebih terasa akan penderitan ini. Tanyalah sama bakal Baru Bian. Justeru, sejauh mana pula rasa tidak puas hati ini akan diterjemah melalui kertas undi?

>>Selanjutnya
 
Sayang Sarawak: Kewajaran untuk berubah?
Hafiz Zainuddin | 12.4.2011 11:39 am

 【PRN Sarawak】Mungkin, perkara ini boleh dijadikan kayu ukur dalam menilai kepekaan rakyat-para pengundi dalam mereka menilai sesuatu isu. Kehadiran sejumlah besar audien di majlis anjuran PR menjelaskan beberapa kondisi. Pertama, rakyat mahukan informasi alternatif. Kedua, pengundi di Sarawak telah berani menyatakan pendirian mereka. Secara peribadi saya seolah merasakan seperti wujud sebuah "tenaga" tertentu yang bakal mencipta sejarahnya tersendiri.

>>Selanjutnya
 
Sisi cerah di sebalik pengharaman poco-poco
Hafiz Zainuddin | 7.4.2011 12:13 pm

 Persoalannya sekarang, adakah pengharaman tarian poco-poco ini akan dijadikan sebagai titik tolak kepada pengharaman tarian-tarian lain yang dikatakan mempunyai unsur pemujaan seperti tarian Dabus yang merupakan tarian rakyat Perak, tarian Kuda Kepang, tarian Barongan yang popular dalam masyarakat Jawa di Malaysia, malah banyak aliran seni silat Melayu yang didakwa sesetengah pihak mengamalkan unsur-unsur khurafat malah syirik: Ini semua bukan "kes terasing" yang tidak penting, malah harus melibatkan kesungguhan di kalangan golongan intelektual, budayawan dan golongan agamawan mendepani isu-isu sebegini.

>>Selanjutnya
 
Politik Sundal: Ruang Peribadi vs Kepentingan Publik
Hafiz Zainuddin | 29.3.2011 4:19 pm

 Persoalan penting yang saya ingin bawakan ialah, apakah isu peribadi sebegini menjadi satu masalah besar yang akan mengancam keselamatan negara? Atau mampu untuk menaikkan harga bahan api di pasaran? Atau menjadikan tanah rizab Melayu semakin berkurangan? Atau menggelapkan berbillion ringgit wang negara? Jawapannya tidak. Tidak sama sekali.

>>Selanjutnya
 
Anwar ulangi agenda menawan Putrajaya
Hafiz Zainuddin | 11.3.2011 3:41 pm

 Menyifatkan golongan itu (UMNO) sebagai golongan kaya - golongan atasan selamat dan seolah-olah boleh buat apa sahaja termasuk bunuh dan rogol tetapi apabila ada rakyat bersalah "curi ayam" pun dikenakan tindakan. Ujarnya lagi "sebab itu, rakyat kena tahu. Dalam Negara merdeka, bebas dan berdaulat. Rakyat yakan menentukan. Sebab itu saya katakan, suara rakyat suara keramat...," disambut dengan tepukan dan sorakan audien.

>>Selanjutnya
 
Buku Jingga pemacu perubahan Malaysia
Hafiz Zainuddin | 6.3.2011 5:31 pm

 【Sambutan Ulangtahun ke-3 Pakatan Rakyat Selangor】Kebocoran ini menyebabkan rakyat menanggung beban yang sangat mahal. Beban-beban ini berselindung di sebalik kenaikan harga bahan api, kenaikan harga barang-barang keperluan, kenaikan cukai tertentu, pertambahan syarikat-syarikat GLC dan sebagainya. Hakikatnya, kemakmuran negara yang melimpah ruah cuma dirasai oleh sebahagian golongan tertentu sahaja. Keadaan sekarang menuntut kita untuk sedar. Kesedaran inilah yang akan memacu perubahan yang unggul, kata Khalid Ibrahim.

>>Selanjutnya
 
Sogokan Mee Segera:
Mengapa SPR membisu?

Hafiz Zainuddin | 1.3.2011 12:14 pm

 Apakah bajet-bajet tersebut dilihat tidak berjaya membangunkan kawasan luar bandar sehingga menyebabkan kerajaan menjanjikan pelbagai projek mee segera semasa pilihanraya kecil? Maka, apakah pula rasional projek mee segera ini ketika pilihanraya kecil? Atau kita boleh labelkan sahaja sebagai "sogokan" yang bertujuan memancing undi. Kalau begitu, ternyata Najib telah melakukan rasuah pilihan raya bukan? Mana dia suara-suara meminta SPRM untuk menyiasat Najib? Sejauh mana integriti rakyat Malaysia dalam berhadapan dengan isu rasuah pilihanraya ini?

>>Selanjutnya
 
Bulu, Siswa dan Malaysia:
Sebuah Catatan Penting

Hafiz Zainuddin | 25.2.2011 12:28 pm

 Ini merupakan sebuah soalan popular. Akankah Malaysia direvolusikan? Saya pernah bertanyakan soalan ini kepada beberapa orang sahabat saya. Ada yang sinis dan ada yang optimis. Antara lain jawapan mereka ialah tidak mungkin berlaku revolusi di Malaysia kerana rakyat di Malaysia tidak terlalu tertekan seperti di tempat lain. Ada yang berkata mungkin boleh; mungkin tidak kerana rakyat Malaysia telah dipecahkan dengan beberapa kumpulan kaum dan kelas manakala ada pula yang optimis bahawa rakyat akan turun ke jalan raya; cuma menunggu masa.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 31 :: Muka Surat1/2 [ 1 ] [2]
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>