2014-07-30 05:01pm
 
Chen Shaua Fui
 
Kerajaan Malaysia dirayu untuk
Selamatkan Yong Vui Kong

Chen Shaua Fui | 5.7.2010 5:35 pm

 Untuk kebanyakan orang, hidup mungkin hanya bermula pada usia selepas 20 tahun. Namun, untuk Yong Vui Kong, seorang warga Sabah, hidupnya mungkin bakal ditamatkan pada usia 22 tahun. Yong melakukan kesilapan pada usia 19 tahun, ditangkap kerana mengedar 47.27 gram heroin di Singapura pada 13 Jun 2007.

>>Selanjutnya
 
Kemelut PKR Selangor:
Perebutan kuasa sesuatu yang lumrah, Josh Hong

Chen Shaua Fui | 28.6.2010 2:20 pm

 Untuk Josh Hong, perebutan kuasa adalah sesuatu yang lumrah dalam parti menjelang pemilihan, tetapi beliau masih sempat melihat sesuatu yang positif daripada pergelutan ini, iaitu kritikan terhadap Khalid berasaskan kemampuan pentadbirannya, dan bukan bertitik tolak daripada "siapa lebih mempertahankan kepentingan kaum atau agama". "Ini merupakan satu anjakan paradigma (dalam politik)," kata Josh Hong.

>>Selanjutnya
 
Hadi ambil pendekatan pragmatik
Chen Shaua Fui | 18.6.2010 3:10 pm

 【Muktamar Tahunan PAS】Biarpun jaminan demi jaminan terkeluar dari mulut Presiden PAS, untuk berganding bahu bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat dan menuju ke Putrajaya, namun ia sedikitpun tidak menceriakan pemimpin parti yang "pro-Pakatan Rakyat". Suasana sedemikian agak pelik, kerana kata putus Hadi Awang selaku Presiden untuk bersama PR seharusnya dilihat sebagai kemenangan sekta dalam parti yang cenderung untuk berada dalam PR.

>>Selanjutnya
 
Bebas dari belenggu UG:
Hadi puji PR, selar BN

Chen Shaua Fui, Lim Hong Siang | 11.6.2010 7:52 pm

 【Muktamar Tahunan PAS】Hadi Awang melihat PAS wajib berjuang untuk mengembalikan martabat umat Islam ke atas landasan yang sebenar, dan membebaskan Melayu-Islam daripada laungan perkauman sempit yang ditiub oleh UMNO. Dalam ucapan dasarnya, Presiden PAS ini mengulas bagaimana perjuangan partinya bersama PKR dan DAP dalam PR berjaya menampilkan imej Islam yang positif, dan ia terbukti dengan kemenangan PR di PRK Sibu, Sarawak.

>>Selanjutnya
 
Malaysia Timur bukan lagi deposit tetap BN
Chen Shaua Fui dan Wong Shu Qi | 17.5.2010 4:28 pm

 【PRK Sibu】Kekalahan SUPP kali ini melakar gambaran politik di Sarawak, memperlihatkan bagaimana BN yang dikejar dari belakang kini menemui jalan buntu di hadapan. Agak sukar untuk SUPP mencari penarik undi untuk dirinya. Sementara pimpinan Ketua Menteri Taib Mahmud semakin hilang sokongan, SUPP juga tidak boleh mengharapkan Pengerusi BN, Najib Razak. Dengan ini, SUPP mungkin mengikut jejak MIC pada PRU yang akan datang.

>>Selanjutnya
 
Bridget Welsh: Tiada pemenang dalam PRK Hulu Selangor
Chen Shaua Fui | 26.4.2010 12:45 am

 【PRU Hulu Selangor】Tiada pemenang dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, malah ia belum cukup untuk dilihat sebagai referendum terhadap Perdana Menteri Najib Razak sungguhpun Barisan Nasional menawan semula kawasan pengundian ini. Demikianlah pandangan pengkaji politik, Bridget Welsh semasa mengulas keputusan PRK Hulu Selangor.

>>Selanjutnya
 
Dilema kerajaan PR Selangor:
Antara ideal dengan realiti

Chen Shaua Fui | 12.2.2010 10:56 am

 【Bahagian kedua, tamat】Menurut kertas akademik tersebut, kerajaan PR kini berdepan dengan dilema bagaimana untuk berpegang kepada ideal perjuangannya dalam dunia realiti. Politik yang ideal menuntut agar kerajaan melaksanakan pentadbiran berlandaskan prinsip, malah tidak boleh berganjak langkah dalam mempertahankan prinsip ini. Prinsip ini perlu dijadikan panduan pentadbiran.Namun demikian, politik realiti adalah sebaliknya, malah "berkompromi" itu dengan sendirinya adalah sebahagian daripada permainan politik.

>>Selanjutnya
 
Dari korporat ke politik:
Cabaran Khalid di Selangor

Chen Shaua Fui | 11.2.2010 3:32 pm

 【Bahagian pertama】Keadaan bertambah runcing apabila kerajaan negeri PR Selangor diserang bertubi-tubi oleh Utusan Malaysia, malah khabar angin bahawa kerajaan ini bakal digulingkan tidak pernah terhenti. Prestasi "Reformasi" yang gagal menjangkau harapan rakyat, ditambah pula sesetengah pemaju yang dikatakan sedang mengerah sokongan untuk menjatuhkan kerajaan PR (lantaran ketidakpuasan tadi), maka kemungkinan kerajaan PR boleh mengekalkan kuasa di Selangor pada PRU ke-13 telah menjadi tanda soal.

>>Selanjutnya
 
"PAS bertahan di Kelantan selagi Nik Aziz kekal"
Chen Shaua Fui | 26.1.2010 2:39 pm

 Biarpun pergelutan kuasa dalaman PAS turut memberi kesempatan kepada UMNO untuk menonjolkan kecelaruan yang berlaku dalam parti, namun penganalisa menganggap ia tidak menjejaskan kedudukan Nik Aziz. Cuma, senario ini mengundang permasalahan di sebaliknya, iaitu kebergantungan PAS terhadap karisma Nik Aziz. Persoalannnya, sejauh manakah PAS boleh bertahan atas imej Tok Guru yang sudah berusia 79 tahun?

>>Selanjutnya
 
RTM terima arahan lisan:
Siarkan hanya hujah rasmi

Chen Shaua Fui | 8.1.2010 11:48 pm

 Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima arahan lisan agar berhati-hati ketika melaporkan berita pembakaran gereja yang dicetuskan lontaran bom petrol. RTM diarahkan supaya hanya memetik "hujah rasmi", malah dengan jelas dinyatakan agar tidak menyiarkan gambar gereja yang dibakar sebaik-baiknya.

>>Selanjutnya
 
Saya Anak Bangsa Malaysia melangkaui benteng perkauman
Chen Shaua Fui | 5.1.2010 3:35 pm

 【Wawancara bersama Anak Bangsa Malaysia】Setelah merenung sejenak, Haris Ibrahim menyambung, "Kita tidak seharusnya mengukur kejayaan projek Malaysia mengikut bangunan pencakar langit, ketinggian tiang bendera. Seandainya anda mengukurnya mengikut ketinggian bangunan, betul, kami telah maju. Tetapi, apakah negara kita ada jiwa? Ada suara hati?"

>>Selanjutnya
 
"Darurat" beri laluan untuk penggunaan Ordinan Darurat
Chen Shaua Fui | 11.12.2009 1:58 pm

 【Forum "Ke arah mana Perlembagaan? Natijah dari Krisis Perak"】Shad Saleem Faruqi mengibaratkan pengisytiharan darurat itu dengan cerita "Ali Baba dan 40 Penyamun", di mana setelah Ali Baba mengungkapkan "sesame buka pintu", maka pintu gua terbuka dan kekayaan akan menjelma di depan mata. Begitulah pengisytiharan darurat yang juga bagaikan pembukaan "floodgate" (pintu air).

>>Selanjutnya
 
Perlembagaanku:
Kontradiksi dalam definisi

Chen Shaua Fui | 13.11.2009 1:03 pm

 Dokumen yang menjadi asas kepada penubuhan sesebuah negara ini walaupun ditulis dalam bahasa yang difahami orang ramai, tetap mencetus pertikaian apabila ditafsir secara berbeza oleh mereka yang berlainan kepentingan. Apakah proses ini satu kemestian?

>>Selanjutnya
 
Risiko Muktamar Khas Luar Biasa...
Chen Shaua Fui | 28.10.2009 2:30 pm

 "Saya melihat EGM ini menunjukkan betapa terdesaknya keadaan dalam PAS. PAS kini menyedari bahawa ia mungkin kehilangan apa yang dimenanginya pada tahun lalu. EGM ini diadakan untuk menunjukkan bahawa PAS masih komited terhadap Pakatan Rakyat (PR)," ulas Farish Noor.

>>Selanjutnya
 
Kontroversi KM digilir di P.Pinang
Chen Shaua Fui, Lim Hong Siang | 29.9.2009 7:32 pm

 "Saya langsung tidak menyebut perkataan 'giliran' dalam temuramah tersebut," kata Yusmadi Yusoff, yang kini sedang mempertimbangkan nasihat peguam lain untuk tindakan seterusnya. Berita Harian dikatakan memetik hujahnya dalam konteks yang berlainan.

>>Selanjutnya
 
PRK Bagan Pinang:
BN 55% : PR 45% ?

Chen Shaua Fui | 17.9.2009 11:22 am

 Dalam pilihan raya kecil kawasan parlimen Teluk Kemang pada tahun 2000, pembangkang dibenarkan untuk berkempen di kem tentera. Apabila peti undi dibuka, undi pos yang diperolehi PAS dan UMNO tidak jauh berbeza. Sejak insiden itu berlaku, pembangkang tidak lagi dibenarkan untuk berkempen di kem tentera.

>>Selanjutnya
 
PRK Bagan Pinang:
MB N.Sembilan dalam dilema

Chen Shaua Fui | 16.9.2009 1:20 pm

 Melihat kepada senario terkini, Mohamad Hasan jelas berada dalam dilema. Seandainya beliau menyokong sepenuhnya Isa Samad untuk memenangi PRK ini, beliau mungkin berdepan dengan ancaman Isa Samad pada masa akan datang. Sejak Isa Samad dipinggirkan dalam parti, puaknya juga hilang kuasa dalam DUN Negeri Sembilan.

>>Selanjutnya
 
Khir Toyo nafi tuduhan
TP SPRM Selangor ambil cuti

Chen Shaua Fui | 21.8.2009 12:03 pm

 TP SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim yang disebut namanya dalam "surat misteri" yang tersiar semalam, telah mengambil "cuti kecemasan" (emergency leave) pada hari ini. Sementara itu, Khir Toyo yang dikaitkan dengan "komplot menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor" dalam "surat misteri" yang terdedah semalam, menafikan segala tuduhan dalam blognya.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 78 :: Muka Surat4/4
Pertama
Sebelumnya
[ 2 ] [ 3 ] [ 4 ]
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>