2014-08-29 07:58pm
 
Chen Shaua Fui
 
Kerajaan dikecam lantaran penahanan menggunakan Ordinan Darurat
Chen Shaua Fui | 2.7.2011 7:44 pm

 【Perhimpunan BERSIH 2.0】Wakil rakyat dari Pakatan Rakyat mengecam tindakan kerajaan menahan enam orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggunakan Ordinan Darurat 1969. Langkah untuk menggagalkan perhimpunan BERSIH 2.0 ini disifatkan sebagai "tidak masuk akal", malah bakal menghakis keyakinan pelabur asing.

>>Selanjutnya
 
Gotong-royong BERSIH-kan dewan, selepas forum dibatalkan
Chan Kim Ming, Chen Shaua Fui | 30.6.2011 1:49 pm

 【Perhimpunan BERSIH 2.0】Forum berjudul "Rakyat hanya jadi bos apabila pilihan raya bersih", yang diadakan menjelang perhimpunan BERSIH 2.0, berakhir dengan kegiatan "gotong-royong membersihkan dewan", setelah menerima tekanan daripada pihak polis, semalam. Forum ini pada asalnya mengambil tempat di Sekolah Menengah Pay Fong Melaka, namun beralih ke Dewan Perhimpunan Cina Melaka, setelah polis memberi tekanan kepada pihak sekolah.

>>Selanjutnya
 
14 lagi ditangkap di Perak kerana BERSIH2.0
Chen Shaua Fui | 29.6.2011 10:54 am

 【Perhimpunan BERSIH 2.0, dikemaskini pada 2.25pm】14 orang lagi aktivis dan pemimpin politik, termasuk ADUN Teja Chang Lih Kang dan ADUN Jalong Leong Mee Meng ditangkap polis di Sungai Siput, pagi ini. Mereka memakai baju BERSIH 2.0, dan mengedarkan bendera di pasar, sebagai tanda sokongan kepada ahli parlimen Sungai Siput, Jeyakumar Devaraj.

>>Selanjutnya
 
Kain rentang sokong BERSIH 2.0 di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor
Chen Shaua Fui | 28.6.2011 3:41 pm

 【Perhimpunan BERSIH 2.0, dikemaskini pada 4.30pm】Kain rentang "Bersama Berhimpun untuk pilihanraya bersih dan adil" telah digantung di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH), sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan dan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai 2011.

>>Selanjutnya
 
SCKLM: Antara peserta yang berlari untuk BERSIH...
Chen Shaua Fui | 27.6.2011 1:10 pm

 "Saya nak buktikan, jikalau pihak polis boleh menutup jalan di Kuala Lumpur untuk mengadakan Marathon, mengapa tidak untuk perhimpunan BERSIH? Walaupun dijangka 50 ribu akan hadir untuk himpunan BERSIH, satu kali ganda lebih daripada 22 ribu yang hadir hari ini. Tetapi dengan tempoh persiapan yang mencukupi, mengapa tidak?"

>>Selanjutnya
 
BERSIH: Perhimpunan tetap dijalankan meskipun diugut bunuh dengan sms
Chen Shaua Fui | 23.6.2011 1:01 pm

 【Dikemaskini pada 6.00 pm】Maria Chin berkata, "Kami dalam BERSIH berbuat demikian demi reformasi pilihan raya, malah kami mempunyai bukti penyelewengan pilihan raya. Bincanglah dengan kami, dan bukannya menjadi pengecut dengan menghantar sms sedemikian kepada saya, nak mengancam nyawa seseorang manusia. Kami tiada kena-mengena dengan keganasan, perhimpunan ini tiada kena-mengena dengan keganasan, dan kami tidak mahu respon dengan keganasan. Saya rasa, sesiapapun yang menghantar sms ini, sila hentikan, berbincanglah dengan kami berani."

>>Selanjutnya
 
Scorpene, Altantuya, Inflasi:
Tekanan untuk Najib berundur?

Chen Shaua Fui | 8.6.2011 2:52 pm

 Dalam keadaan sedemikian, mungkinkah Najib mengambil langkah untuk mempercepatkan pilihan raya umum, menggunakan kuasa yang ada pada Presiden untuk melantik calon, lantas menyingkirkan orang yang tidak taat kepadanya? Dan seandainya beliau berbuat demikian, apakah keadaan seperti PRU ke-12 bakal berulang - iaitu sabotaj daripada peringkat akar umbi kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Presiden UMNO?

>>Selanjutnya
 
Nasrudin: Tak adil jika nilai Pemuda PAS hanya berdasarkan kontroversi Hari Kekasih
Chen Shaua Fui | 4.6.2011 6:45 pm

 【Muktamar Tahunan PAS ke-57】Adalah tidak adil seandainya Dewan Pemuda PAS dinilai hanya berdasarkan pendiriannya yang kontroversial dalam isu Hari Kekasih, kata Nasrudin Hassan Tantawi. Beliau mendakwa bahawa satu sesi pimpinan mengambil masa dua tahun, dan Hari Kekasih hanya satu hari, daripada 365 hari dalam setahun. Hari-hari yang selebihnya diisi dengan kerja untuk perkara yang lain, namun tidak diberi perhatian, katanya.

>>Selanjutnya
 
Kematian Ahmad Sarbani: "Keterlanjuran" pegawai penyiasat cungkil keraguan
Chen Shaua Fui | 23.5.2011 6:13 pm

 【Dikemaskini pada 7.30pm】Di akhir luahannya, Maziah menyatakan bahawa dirinya redha dengan kematian suaminya, seterusnya bertanya soalan, "Apakah Encik Ghani akan buat sekiranya Encik Ghani berada di tempat saya?" Apa yang mengejutkan Maziah adalah "jawapan yang perlahan daripada Ghani, yang menyatakan "BUKAN SAYA... ORANG SAYA". Maziah menyusul dengan pertanyaan "ORANG?", namun Ghani terus mendiamkan diri dan Jariyana bt Yusof terus mengajak Ghani keluar kerana ada operasi.

>>Selanjutnya
 
Penyeberangan BN Persekutuan yang tidak menyenangkan
Chen Shaua Fui | 15.4.2011 10:35 pm

 【PRN Sarawak】Mengikut pengamatan wartawan di kawasan pinggiran Kuching, emosi ketidakpuasan terhadap kerajaan telah lama terpendam, sama ada disebabkan perkhidmatan wakil rakyat yang tidak memuaskan, amalan kronisme, mahupun tekanan kehidupan yang semakin memberat. Sesungguhnya, pembangkang mempunyai peluang yang cerah seandainya berjaya mengeksploitasikan sentimen ini.

>>Selanjutnya
 
Polis gagal halang 30 ribu banjiri ceramah DAP
Chen Shaua Fui | 15.4.2011 8:22 pm

 【PRN Sarawak】Puluhan ribu orang membanjiri ceramah malam terakhir DAP dalam hujan lebat, meskipun ceramah itu cuba dihentikan polis atas alasan "permit yang diberikan hanya untuk aktiviti tertutup". Bagaimanapun, polis gagal berbuat demikian meskipun dengan kehadiran FRU, kerana penduduk yang hadir enggan akur kepada arahan polis.

>>Selanjutnya
 
Isu roboh pentas ceramah: PR didenda RM200 oleh MBKS
Chen Shaua Fui | 15.4.2011 4:27 pm

 【PRN Sarawak, dikemaskini 6.50pm】Pakatan Rakyat akhirnya diberi kompaun RM200, setelah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) James Chan Khay Syn membuat aduan tentang pentas ceramahnya di depan bangunan kedai perniagaan di Stutong. Sebelum ini, pentas ini nyaris dirobohkan pihak berkuasa, dan cuba dihalang oleh DAP.

>>Selanjutnya
 
Rakyat cabut sebaik konsert tamat di ceramah SUPP
Chen Shaua Fui dan Ong Vic Kee | 15.4.2011 1:15 pm

 【PRN Sarawak】Keadaan di Sibu semalam menyaksikan pertembungan antara ahli politik dengan penyanyi terkenal, dalam jarak 300 meter - namun kesudahannya lebih memihak kepada DAP-Pakatan Rakyat. Sebagaimana yang diperhatikan wartawan, hanya kira-kira dua ribu orang, kebanyakannya pemuda-pemudi, dan antaranya mungkin ada yang belum sampai umur untuk mengundi yang menunggu konsert Michael di ceramah SUPP. Sebaliknya, ceramah DAP berjaya menarik kehadiran lebih daripada 10,000 orang.

>>Selanjutnya
 
Ambiga, aktivis ke-4 dihalang ke Sarawak
Chan Wei See dan Chen Shaua Fui | 15.4.2011 11:06 am

 【PRN Sarawak, dikemaskini pada 2.20pm】Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, BERSIH 2.0, Ambiga Sreenevasan menjadi warga Malaysia keempat yang dihalang untuk masuk ke Sarawak, sejak pembubaran DUN Sarawak. Bekas Presiden Majlis Peguam yang berasa kecewa dan marah ini akan membawa kesnya ke mahkamah untuk mencabar keputusan ini dalam tempoh beberapa minggu terdekat.

>>Selanjutnya
 
Pembinaan empangan menceroboh tanah adat:
Angin perubahan di kawasan kaum asal, Kuching

Chen Shaua Fui | 14.4.2011 6:14 pm

 【PRN Sarawak】Isu tanah adat yang semakin hangat di kalangan komuniti bumiputera Sarawak mungkin mengundang kemenangan untuk PKR di beberapa kawasan DUN. Di DUN Bengoh, pembinaan empangan, pembalakan, pencabulan tanah adat, dan janji yang tidak ditunaikan ADUN asal, Jerip Susil, telah mencungkil ketidakpuasan pengundi - yang mungkin memberi laluan kepada PKR untuk menawan kawasan ini.

>>Selanjutnya
 
Taib Mahmud janji berundur dalam dua tahun
Chen Shaua Fui, Lim Hong Siang | 13.4.2011 11:59 pm

 【PRN Sarawak, dikemaskini 1.40am】Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud akhirnya berjanji untuk berundur dalam tempoh dua tahun, walaupun sebelum ini mendakwa bahawa dirinya tidak akan terperangkap dengan permainan pembangkang untuk mengumumkan waktu berundur dan penggantinya.

>>Selanjutnya
 
Boikot media kawalan BN, seru Teng Chang Kim
Chen Shaua Fui | 13.4.2011 2:29 am

 【PRN Sarawak】Speaker DUN Selangor, merangkap Naib Pengerusi DAP Selangor Teng Chang Khim menyebarkan berita bahawa Malaysiakini kini mengalami serangan siber, sehingga gagal dilayari pembacanya. Beliau menganggap insiden ini sebagai salah satu cara untuk menyekat media, malah menyeru rakyat untuk boikot media kawalan Barisan Nasional.

>>Selanjutnya
 
DAP: Najib-Taib menampar muka satu sama lain?
Chen Shaua Fui | 12.4.2011 5:42 pm

 【PRN Sarawak】Pengumuman Perdana Menteri Najib Razak bahawa Taib Mahmud akan berundur selepas PRN Sarawak dilihat bercanggah dengan kenyataan Taib Mahmud sendiri yang mendakwa "akan berundur beberapa tahun lagi", semalam. Jelas, kedua-dua mereka menyanggah kenyataan antara satu sama lain, demikianlah yang disifatkan Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

>>Selanjutnya
 
Keturunan Baru Bian akan dijadikan isu untuk takutkan Melanau/Melayu
Chen Shaua Fui | 10.4.2011 4:55 pm

 【PRN Sarawak】Walaupun menjangkakan PBB akan mempergunakan isu ini, namun Faisal Syam Hazis menganggap isu Baru Bian sebagai Ketua Menteri gagal memberi kesan di kawasan kampung Melayu/Melanau. Ini kerana apa yang diambil berat oleh pengundi kawasan ini adalah isu yang terpampang di depan mata, seperti masalah periuk nasi, infrastruktur, pendidikan anak, sumber rezeki dan sebagainya. Lebih penting, mereka langsung tidak tahu siapakah Baru Bian.

>>Selanjutnya
 
Najib kembali semula ke Sarawak:
Petanda BN dalam keadaan genting?

Chen Shaua Fui | 9.4.2011 8:57 pm

 【PRN Sarawak】Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak yang baru melawat Kuching kelmarin, akan kembali semula ke bumi kenyalang pada hari esok, malah akan berulang-alik antara Semenanjung dengan Sarawak, sehinggalah Jumaat minggu depan. Jadual perjalanan Najib mencungkil pertanyaan, sama ada keadaan di Sarawak telah menjadi genting buat BN?

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 78 :: Muka Surat2/4
Pertama
[ 1 ] [ 2 ] [3] [4]
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>