2014-08-02 08:21am
 
Anwar Ibrahim
 
Anwar: Penangkapan Rafizi untuk takutkan rakyat yang cari kebenaran
Anwar Ibrahim | 1.8.2012 4:59 pm

 Motif penangkapan yang amat jelas berunsurkan politk semata-mata bertujuan untuk memastikan Rafizi untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan UMNO-Barisan Nasional.

>>Selanjutnya
 
Perutusan Gawai daripada Ketua Pembangkang Parlimen
Anwar Ibrahim | 1.6.2012 10:26 am

 Saya ingin mengkonklusikan dengan mengharapkan agar semua penyatuan semula Hari Gawai diadakan dengan semangat yang hebat untuk memperkasakan semula suatu budaya yang hebat dan kental.

>>Selanjutnya
 
Anwar: Kerajaan Najib lemah dari ekonomi, moral dan intelektual
Anwar Ibrahim | 30.5.2012 3:08 pm

 Pertumbuhan ekonomi yang lembap iaitu pada kadar 4.7% dalam 2012 seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini memberikan kesan serius terhadap kewangan negara. Ini adalah kali kedua pentadbiran Najib Razak gagal untuk mencapai sasaran penting ekonomi berdasarkan Belanjawan 2012.

>>Selanjutnya
 
AIC: Jadikan 28 April tarikh keramat
Anwar Ibrahim Club | 4.4.2012 12:14 pm

 Anak-anak muda harus berani bangkit merubah dan menukar takdir negara ini. Turunlah ke semua lokasi yang ditetapkan mengikut kemampuan sendiri, asalkan terus terlibat dan tidak terleka dengan bahaya yang sedang mendepani kita. Di bahu kita terletak amanah untuk dipikul, dan terletak harapan bagi memulangkan keadilan dan maruah di tempat yang selayaknya.

>>Selanjutnya
 
Indoktrinasi kelucahan dan seks: Kerosakan nilai yang perlu ditangani
Anwar Ibrahim Club | 3.4.2012 1:07 pm

 Doktrin kelucahan dan seksual ini berlaku setelah kerajaan tua habis upaya dan tenaga untuk berfikir secara rasional. Kehabisan idea dan iltizam untuk membawa perubahan total pada kerosakan sistem ekonomi dan sosial akibat penjarahan oleh kroni-kroni Menteri. Maka pada satu detik yang kelam, mereka mengambil jalan untuk merosakkan pemikiran masyarakat demi mengabuinya dan memastikan mereka terus kekal di tampuk kuasa.

>>Selanjutnya
 
KeADILan junjung aspirasi dan hasrat rakyat Palestin
Anwar Ibrahim | 16.2.2012 5:50 pm

 【Kenyataan Anwar Ibrahim berhubung pertikaian isu Palestin-Israel】Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

>>Selanjutnya
 
Catatan Anwar Ibrahim dari Mumbai
Anwar Ibrahim | 10.1.2012 3:10 pm

 Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

>>Selanjutnya
 
Turun bendera Najib: Isu remeh diangkat seolah-olah jenayah besar
Anwar Ibrahim | 29.12.2011 1:04 pm

 Insiden remeh di depan ibu pejabat UMNO di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik UMNO seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan.

>>Selanjutnya
 
Program transformasi ekonomi: Kerajaan mengelak dari jawab isu yang dibangkitkan
Anwar Ibrahim | 27.12.2011 9:24 pm

 Jika inflasi purata sehingga tahun 2020 mencecah 4% setiap tahun, dianggarkan seramai 7.6 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan dalam tahun 2020, meningkat sebanyak 1 juta berbanding jumlah 6.6 juta dalam tahun 2009. Keadaan ini lebih parah sekiranya inflasi purata mencecah 6% setiap tahun bila mana jumlah rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan adalah 8.3 juta orang.

>>Selanjutnya
 
Rakyat tidak mudah lupa bagaimana Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff
Pejabat Anwar Ibrahim | 18.12.2011 2:02 pm

 Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan UMNO serta juak mereka. Pimpinan UMNO mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus. Apa yang tidak pimpinan UMNO dan Mahathir sedari, rakyat tidak lagi senang diperbodohkan. Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

>>Selanjutnya
 
Anwar: Undang-undang Perhimpunan Aman bertujuan menyekat pembangkang
Anwar Ibrahim | 25.11.2011 12:12 am

 Pembangkang telah lama membawa usul untuk memansuhkan proklamasi darurat sejak lama dulu iaitu sejak 1979, malahan Pakatan Rakyat telah membawa usul untuk memperkenalkan Akta Pemansuhan Darurat untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac lepas tetapi yang melibatkan pemansuhan kesemua proklamasi darurat dan beberapa undang-undang serta peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan apabila diperkenalkan Proklamasi Darurat ini.

>>Selanjutnya
 
Anwar: Tiada alasan Laporan Audit lewat diedar kecuali ada muslihat sembunyikan fakta
Anwar Ibrahim | 26.10.2011 12:37 am

 Sungguhpun Najib mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi. Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri. Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala Perubahan dan setiap Reformasi Sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia. Tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan.

>>Selanjutnya
 
Anwar Ibrahim: Malaysia bakal melewati batas hutang negara
Anwar Ibrahim | 17.10.2011 3:55 pm

 Kadar hutang negara ditetapkan oleh pelbagai peruntukan undang-undang. Antara peruntukan tersebut adalah Akta 637 Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (disemak 2004) dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983, yang menetapkan gabungan pinjaman tempatan tidak boleh melewati kadar 55% dari KDNK Negara. Manakala Akta 403 Akta Pinjaman Luar Negeri1963 (disemak 1989) menghadkan pinjaman luar negeri pada RM 35 ribu juta pada sesuatu masa.

>>Selanjutnya
 
Bayar melalui cukai jika termakan gula Belanjawan
Anwar Ibrahim | 10.10.2011 4:58 pm

 【Belanjawan 2012】PM nampaknya cukup berbangga dengan bayaran-bayaran yang diumumkan seperti bantuan persekolahan, bonus kepada bekas perajurit dan lain-lain. Saya nasihatkan supaya PM jangan senyum terlalu lama kerana rakyat tahu bahawa bayaran itu hanyalah bayaran sekali sahaja dalam tahun 2012 yang tidak berkekalan dan berbentuk gula-gula. Jika mereka termakan gula-gula tersebut, selepas pilihanraya kelak rakyat terpaksa memulangkan kembali bayaran-bayaran tersebut melalui cukai barangan dan perkhidmatan yang akan diperkenalkan oleh PM.

>>Selanjutnya
 
Belanjawan yang tiada wibawa
Anwar Ibrahim | 10.10.2011 4:36 pm

 【Belanjawan 2012】Apa yang sangat ditakutkan kepada dasar gaji minima, sedangkan kajian Bank Dunia menunjukkan kadar RM1,100 seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat mampu ditanggung oleh majikan dan ekonomi. Perdana Menteri seolah-olah lebih mengutamakan lobi taukeh-taukeh besar dan kroni mahakaya daripada keperluan jutaan rakyat yang sangat mengharapkan satu anjakan gaji yang menyeluruh meliputi semua 12 juta tenaga kerja di negara ini, bukannya gula-gula yang hanya memikat pekerja sektor awam tetapi mengenepikan kebajikan 90% tenaga kerja yang lain.

>>Selanjutnya
 
Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012 (II)
Anwar Ibrahim | 4.10.2011 8:26 pm

 【Teks penuh Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012, Bahagian kedua】Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat melihat rakyat sebagai aset pertama negara dan sewajarnya diangkat martabat rakyat untuk sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan semua. Rakyat adalah tuan punya negara ini, rakyat bukannya khadam atau pekerja yang membanting tulang menagih ehsan pemerintah atau golongan mahakaya.

>>Selanjutnya
 
Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012 (I)
Anwar Ibrahim | 4.10.2011 8:16 pm

 【Teks penuh Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012, Bahagian pertama】Apakah wajar belanjawan hanya dilihat sebagai satu senarai gula-gula yang hendak ditawarkan kepada rakyat beberapa bulan sebelum pilihanraya umum, sedangkan bertahun-tahun sebelum itu rakyat ditindas? Di mana kewarasan sebuah kerajaan apabila fokus setiap belanjawan hanyalah kepada perkara-perkara yang penting kepada golongan kecil niagawan kaya dan kroni-kronimereka, sedangkan kebajikan rakyat diketepikan?

>>Selanjutnya
 
Isu Hukum Hudud: Semua tertakluk kepada perlembagaan, Anwar
Anwar Ibrahim | 24.9.2011 10:06 pm

 Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi UMNO-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan UMNO-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius. Mantan Perdana Menteri, Mahathir menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif.

>>Selanjutnya
 
Memaknai Kemerdekaan menjelang sambutan pembentukan negara Malaysia
Anwar Ibrahim | 16.9.2011 1:01 am

 Janganlah pula kerana kesediaan kita menghargai kegigihan Mat Indera itu, maka dilabelkan kita sebagai mendokong agenda komunisme. Kita tuntas menolak apa sahaja bentuk fahaman yang membenarkan pemerintahan satu parti, membungkam suara mereka yang tidak sehaluan dan berlandaskan keganasan. Kita tuntas mengecam tragedi Bukit Kepong yang mengorbankan nyawa mereka yang tidak berdosa.

>>Selanjutnya
 
Ketua Pembangkang tuntut EO6 dibebaskan
Anwar Ibrahim | 27.7.2011 12:41 pm

 Kini wujud kebimbangan bahawa enam yang ditahan itu, termasuk Michael Jeyakumar, Ahli Parlimen Sungai Siput, kemungkinannya dikasari pihak polis semasa disoal siasat. Kita perihatin dengan perkembangan mutakhir ini, apabila ada antara mereka yang kini mendapatkan rawatan di hospital namun tidak dibenarkan bertemu hatta dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Adalah tidak munasabah buat polis tidak membenarkan pihak keluarga bertemu dengan enam pemimpin Parti Sosialis itu semenjak dari 15 Julai 2011 lagi.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 21 :: Muka Surat1/2 [ 1 ] [2]
Akhirnya
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>