2014-04-24 02:10am
 
Abdul Khalid Ibrahim
 
Khalid Ibrahim: Selangor mahu "step in" operasi SYABAS
Abdul Khalid Ibrahim | 16.7.2012 3:36 pm

 Oleh kerana Kerajaan Persekutuan tidak memberi sebarang maklum balas terhadap surat-surat tersebut, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi untuk memberi notis kepada Kerajaan Persekutuan untuk Kerajaan Negeri "step-in" dalam operasi SYABAS.

>>Selanjutnya
 
Kerajaan Selangor akan saman MCA
Abdul Khalid Ibrahim | 4.7.2012 4:41 pm

 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang menyaman MCA dan mereka yang telah membuat tuduhan terhadap kerajaan negeri berkenan tohmahan penyelewengan RM1 ribu juta. Keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan ini bukan sahaja tidak benar, berat dan serius; malah telah mencemar nama baik Kerajaan Selangor.

>>Selanjutnya
 
Kerajaan Selangor bantu peserta BERSIH yang hadapi tindakan undang-undang
Abdul Khalid Ibrahim | 30.4.2012 7:41 pm

 Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan kasar dan tidak profesional anggota polis terhadap peserta serta petugas media dan berpendirian bahawa Perdana Menteri perlu pastikan perkara ini disiasat secara adil. Bagi memastikan hak perlembagaan rakyat dijaga, Kerajaan Selangor akan menyediakan dana khidmat bantuan guaman kepada peserta perhimpunan yang menghadapi tindakan undang-undang.

>>Selanjutnya
 
Khalid Ibrahim: Selamat Menyambut Hari Thaipusam
Abdul Khalid Ibrahim | 7.2.2012 1:25 pm

 Thaipusam sebagai perayaan yang disambut untuk membayar nazar dan sebagai tanda syukur penganutnya bagi segala permintaan lalu yang tercapai dan memohon ampun akibat dosa dan kesalahan yang dibuat jelas menunjukkan adanya ciri falsafah yang khusus berkaitan agama Hindu. Kisah pertembungan Dewa Murugan dan Surapadman yang menggambarkan kebijaksanaan dan persediaan yang cukup untuk mengalahkan kejahatan dan pengkhianatan wajar dihayati oleh seluruh penganut agama Hindu.

>>Selanjutnya
 
Ahmad Yunus dilantik sebagai EXCO Selangor baru
Abdul Khalid Ibrahim | 18.1.2012 4:05 pm

 Dalam perkembangan berkaitan, saya ingin menyatakan bahawa saya ada menerima surat daripada Dr.Hasan Ali yang berpendapat bahawa pelantikan ini mungkin terlalu awal kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura PAS. Saya telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan keputusan saya menggugurkan beliau adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 8 Januari 2012 yang melucutkan beliau sebagai ahli PAS.

>>Selanjutnya
 
Tuduhan penyelewengan dana adalah penghinaan kepada penjawat awam Selangor
Abdul Khalid Ibrahim | 18.10.2011 4:31 pm

 Ini merupakan kali terakhir Kerajaan Negeri memberi penjelasan tentang perkara ini. Jika ada lagi tuduhan penyelewengan melibatkan dana kerajaan tanpa bukti sahih, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh dan media yang sewenang-wenangnya menyiarkan tuduhan itu.

>>Selanjutnya
 
 
Jumlah: 6 :: Muka Surat1/1 [ 1 ]
 
TERKINI
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
 
ANTARA YANG TERHANGAT
 
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>