Jumlah: 133 :: Muka Surat1/7 [ 1 ] [2] [3] [4] [5]
Seterusnya
Akhirnya
Bilakah kemelut dalaman UMNO Kedah berakhir?
Nazar Hashim 27.8.2010 12:10 pm
 Kemelut yang dihadapi oleh UMNO Negeri Kedah sehingga hari ini masih belum selesai. Persidangan Agung UMNO yang telah diadakan bagi memberi peluang kepada perwakilan memilih barisan kepimpinan untuk memimpin bahagian masing-masing - turut menjadi medan perebutan kuasa sehingga mencetuskan perbalahan.
 
Isu Khutbah Jumaat:
Bagaimana kalau doakan KM/MB bukan PR?

Nazar Hashim 23.8.2010 3:43 pm
 Apabila polemik ini timbul maka kemungkinan besar masyarakat akan bertanya bagaimana pula sekiranya doa dibacakan untuk pemimpin seperti Menteri Besar atau Ketua Menteri yang datangnya dari parti lain selain dari Pakatan Rakyat? Persoalan juga kemungkinan timbul apakah akan wujud juga bantahan sedemikian terhadap khatib tersebut sepertimana yang berlaku kini?
 
UMNO Pulau Pinang:
Rumah siap, pahat masih berbunyi

Nazar Hashim 16.8.2010 5:15 pm
 Walaupun kedua-dua kepimpinan UMNO Bahagian Bukit Bendera dan UMNO Jelutong telah selesai mengadakan persidangan masing-masing, masih ada suara dari perwakilan UMNO dalam bahagian masing-masing yang saling mempertikaikan kedudukan antara satu sama lain.
 
Isu Bazar Ramadan di KOMTAR:
Patutkah kerajaan negeri dipersalahkan?

Nazar Hashim 13.8.2010 11:52 am
 Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat dengan mudah dipersalahkan walaupun pada hakikatnya kegagalan urus selia adalah pada pihak penganjur yang gagal untuk memberi komitmen yang penuh terhadap para peniaga yang telah memberi kepercayaan kepada mereka dengan membayar sejumlah besar wang cagaran bagi menjalankan perniagaan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.
 
Empangan Bakun: Faedah mencecah RM10 juta/bulan tahun 2011
Neo Chee Hua 11.8.2010 3:14 pm
 Projek Empangan Bakun yang menelan kos RM7.3 bilion sehingga akhir tahun ini, bakal menjurus kepada tanggungan faedah setinggi RM10 juta setiap bulan, oleh pemiliknya Sarawak Hidro Sdn Bhd, mulai tahun 2011. Sementara itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Kumpulan Wang Amanah Pencen telah membekalkan pinjaman sebanyak RM5.75 bilion kepada projek ini sehingga kini.
 
Subsidi untuk rakyat dipotong,
Subsidi untung IPP dikekalkan

Neo Chee Hua 28.7.2010 7:54 pm
 TNB terpaksa membeli kuasa elektrik daripada IPP dengan harga yang lebih tinggi, kerana terikat dengan PPA, wahal kos TNB untuk menjana elektrik sendiri jauh lebih rendah daripada kosnya membeli dengan IPP. Akhirnya, beban peningkatan kos TNB dipindah kepada pengguna, apabila TNB meminta agar kerajaan meluluskan kenaikan harga elektrik. Dengan kata lain, pengguna bukan sahaja tidak dimanfaatkan daripada subsidi, sebaliknya menanggung kos untuk membeli elektrik daripada IPP.
 
Punca kematian Beng Hock belum dikenalpasti selepas genap satu tahun
Ong Vic Kee 16.7.2010 7:00 pm
 【Ulangtahun pertama Tragedi Kematian Teoh Beng Hock】"(untuk) 2,400 ringgit...hilangnya nyawa seseorang. Boleh tak pulangkan anak saya? Perlukah siasat hingga anak saya mati? Adil untuk saya-kah?" Demikianlah luahan ibu mendiang Teoh Beng Hock di luar mahkamah, yang masih membawa gambar anaknya ketika menghadiri inkues.
 
Sin Chew bakal tunjuk belang?
Lim Hong Siang 6.7.2010 3:45 pm
 Kini, PKR yang merasai padah "monopoli media" mengambil langkah untuk menentang Sin Chew melalui Tian Chua. Babak ini sememangnya tidak akan dibubuhkan noktah begitu sahaja. Apa yang menarik seterusnya, adakah Tian Chua akan mengulangi nasib Wong Chin Huat dan Tang Ah Chai? Kita tunggu dan lihat.
 
Anwar beri arahan tutup mulut,
Azmin terpalit dalam pergelutan PKR

Wong Shu Qi 29.6.2010 1:49 pm
 "Saya beri amaran terakhir. Mana-mana lagi kenyataan terbuka yang mempertikaikan MB Selangor, terus (dihantar) ke Lembaga Disiplin." Demikianlah kata-kata yang terkeluar dari mulut Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam satu mesyuarat pimpinan pusat PKR, menurut sumber dalam parti itu. Malah, Anwar Ibrahim memberi kata-kata akhirnya, "Saya sudah cukup dengan ini. Sesiapa yang cuba menguji kesabaran saya, anda boleh cuba."
 
Kemelut PKR Selangor:
Perebutan kuasa sesuatu yang lumrah, Josh Hong

Chen Shaua Fui 28.6.2010 2:20 pm
 Untuk Josh Hong, perebutan kuasa adalah sesuatu yang lumrah dalam parti menjelang pemilihan, tetapi beliau masih sempat melihat sesuatu yang positif daripada pergelutan ini, iaitu kritikan terhadap Khalid berasaskan kemampuan pentadbirannya, dan bukan bertitik tolak daripada "siapa lebih mempertahankan kepentingan kaum atau agama". "Ini merupakan satu anjakan paradigma (dalam politik)," kata Josh Hong.
 
Sime Darby=Renong II?
MEB bakal ulangi kegagalan zaman Mahathir

Neo Chee Hua 22.6.2010 10:32 am
 【Skandal Sime Darby, bahagian kedua, tamat】Krisis Kewangan Asia dengan mudah memusnahkan Renong Berhad, mendedahkan faktor-faktor kegagalan badan korporat yang berkelihatan kukuh di luar tetapi sebenarnya rapuh di dalam - kerenah birokrasi, struktur operasi yang kurang telus, dan campur tangan parti politik. Kesemua ini menyebabkan penyelewengan dalam pentadbiran, kronisme, rasuah yang semakin berleluasa.
 
Hadi ambil pendekatan pragmatik
Chen Shaua Fui 18.6.2010 3:10 pm
 【Muktamar Tahunan PAS】Biarpun jaminan demi jaminan terkeluar dari mulut Presiden PAS, untuk berganding bahu bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat dan menuju ke Putrajaya, namun ia sedikitpun tidak menceriakan pemimpin parti yang "pro-Pakatan Rakyat". Suasana sedemikian agak pelik, kerana kata putus Hadi Awang selaku Presiden untuk bersama PR seharusnya dilihat sebagai kemenangan sekta dalam parti yang cenderung untuk berada dalam PR.
 
Skandal Sime Darby:
Terburainya mitos "Besar itu Indah"

Neo Chee Hua 16.6.2010 4:10 pm
 【Skandal Sime Darby, bahagian pertama】Jika ditinjau sejarah Malaysia, peristiwa Sime Darby ini bukanlah kes yang pertama. Renong Berhad yang ditimpa krisis semasa kemelut ekonomi Asia tahun 1997-98 merupakan satu pengajaran yang baik. Sime Darby hari ini seolah-olah Renong Berhad pada ketika itu - kedua-duanya memiliki struktur gergasi, model operasi dan pengurusan yang kurang telus, pentadbiran yang lemah, kerenah birokrasi yang menjadi budaya, dan salah laku (moral hazard) yang berlaku lantaran daripada perlindungan yang terlampau daripada kerajaan.
 
Bebas dari belenggu UG:
Hadi puji PR, selar BN

Chen Shaua Fui, Lim Hong Siang 11.6.2010 7:52 pm
 【Muktamar Tahunan PAS】Hadi Awang melihat PAS wajib berjuang untuk mengembalikan martabat umat Islam ke atas landasan yang sebenar, dan membebaskan Melayu-Islam daripada laungan perkauman sempit yang ditiub oleh UMNO. Dalam ucapan dasarnya, Presiden PAS ini mengulas bagaimana perjuangan partinya bersama PKR dan DAP dalam PR berjaya menampilkan imej Islam yang positif, dan ia terbukti dengan kemenangan PR di PRK Sibu, Sarawak.
 
72% puas hati terhadap Najib selepas 13 bulan, Merdeka Center
Lim Hong Siang 8.6.2010 4:53 pm
 Apa yang menarik, komuniti India yang "memberontak" dalam PRU ke-12, kini muncul sebagai golongan kaum yang paling berpuas hati terhadap prestasi Najib, iaitu 80%, sedikit lebih tinggi daripada responden Melayu. Responden berketurunan Cina, sebagaimana yang dicerminkan dalam PRK, kekal sebagai golongan kaum yang paling skeptikal dan pesimis ketika menilai Najib dan kerajaannya, malah semasa meramalkan ekonomi masa depan.
 
Kongres Nasional Tahunan PKR:
Transformasi budaya politik baru

Lim Hong Siang 30.5.2010 8:16 pm
 【Kongres PKR ke-6】"...tidak pernah berlaku di mana-mana parti politik, ini kali pertama di sebuah parti politik yang bernama Parti Keadilan Rakyat, " kata Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebelum menyambung, "Kita angkat seorang anak muda, letak dalam satu persada politik mainstream (arus perdana) untuk membincangkan masa depan negara!"
 
Robert Kuok kekal terkaya
Adik Najib duduk tangga ke-32

Neo Chee Hua 27.5.2010 11:43 pm
 Sementara Ketua Eksekutif PEMANDU Jabatan Perdana Menteri Idris Jala membeliakkan mata rakyat dengan ramalan bahawa negara bakal menyusul jejak Greece untuk menjadi negara muflis seandainya subsidi tidak dikurangkan, Forbes Asia pula mengumumkan perangkaan bahawa jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia telah bertambah sebanyak 42%, berikutan perkembangan ekonomi negara.
 
FELDA: Antara wang dengan undi
Neo Chee Hua 21.5.2010 5:52 pm
 Kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRK Sibu membeliakkan sesetengah pemerhati politik, yang juga terkejut dengan kekalahan PR dalam PRK Hulu Selangor pada bulan lalu. Malah, sesetengah aktivis politik secara sinis mendakwa "penduduk rumah panjang lebih cerdik daripada peneroka FELDA", kerana tidak terperdaya dengan umpan dan gula yang ditabur Barisan Nasional sepanjang tempoh kempen pilihan raya.
 
Beri wang hanya jika menang:
Pengundi rasa dirinya terhina, Tian Chua

Lim Hong Siang 20.5.2010 7:56 pm
 【Forum PRK Sibu, Bahagian kedua, tamat】Berbeza dengan pendekatan BN sebelum ini, iaitu menabur peruntukan dana tidak kira menang atau kalau, pendekatan Najib yang mengenakan syarat "beri (peruntukan) hanya jika menang", mencungkil rasa jijik di kalangan pengundi. "Ia menyentuh soal maruah, pengundi merasakan diri mereka terhina (insulted)," kata Tian Chua.
 
Air mata berlinangan mendengar ceramah Mat Sabu
Lim Hong Siang 20.5.2010 4:54 pm
 【Forum PRK Sibu, Bahagian pertama】"Kami orang PAS menghormati anutan agama lain. Kami tak boleh paksa orang mengikut adat kami. Kalau kamu (bukan Islam) nak minum arak, minumlah! Kamu nak makan babi, makanlah! Saya tak boleh halang..." Demikianlah kata-kata pemimpin PAS Mohamad Sabu, yang mungkin tidak asing untuk komuniti Cina di Semenanjung Malaysia yang pernah mengikuti ceramahnya, tetapi sesuatu yang bukan sahaja baru, tetapi terharu buat penduduk Cina di Sibu, Sarawak.
 
Jumlah: 133 :: Muka Surat1/7 [ 1 ] [2] [3] [4] [5]
Seterusnya
Akhirnya
Galeri GambarSelanjutnya