Demo 1 Ogos yang bebaskan saya, Mat Sah
Bahang kemarahan rakyat terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut dirasai Mat Sah yang terkurung di dalam Kem Tahanan Kamunting (Kemta), melalui interaksi Special Branch (perisik, biasa dikenali sebagai SB) dengannya. SB dari Bukit Aman yang sebelum ini mengunjungi Kemta enam bulan sekali, bertemu dengan Mat Sah hampir dua minggu sekali, selepas puluhan ribu manusia membanjiri pusat bandaraya Kuala Lumpur dengan laungan slogan "Mansuhkan ISA". Lepas bebas, bubar GMI... Sehinggakan pada saat-saat terakhir, apabila Mat Sah menandatangani surat pembebasan dari Kamunting, polis meluahkan sesuatu kepadanya... "Hari terakhir, masa dia (polis) bahagi ni surat, dia harap lepas bebas ni, GMI bubarlah," kata Mat Sah sambil menunjukkan surat tersebut kepada wartawan, disampuk segera oleh isterinya, Norlaila Othman, "No way!"
Dalam wawancara bersama MerdekaReview, Mat Sah menceritakan bagaimana SB kelihatan terdesak setelah demonstrasi tersebut. Beliau dibawa ke Police Remand Centre (PRC) di Kuala Lumpur, menjalani program "brainwash". Mat Sah dihujani pelbagai soalan, di samping propaganda mengapa ISA perlu dikekalkan. "...Patutkah ISA dihapuskan, dia (SB) tanya. Saya jawablah, kata saya pun dah tujuh tahun (ditahan) dah, memang patutlah (dihapuskan)...", sambil gelak bersama wartawan, beliau sambung, "dah terlalu lama kan?" "Memang awak layak bebas..." "Memang awak layak bebas...," Ayat inilah yang dinanti-nantikan oleh Mat Sah sepanjang tujuh tahun ini. Ingatan Mat Sah masih segar, mengimbas pengalamannya setelah genap dua tahun pertama beliau ditahan.
Demikianlah alasan yang diberikan kepada Mat Sah dari Bukit Aman. Malah, tahanan ini perlu menjalani "ujian poligraf" untuk menguji sama ada dirinya berbohong kepada pihak berkuasa. "Dua kali dia buat, tahun sudah ada, tahun ini pun ada. Dulu dia (polis) kata tak lulus, kali ini lulus pula. Tapi serupa saja, jawapan saya itu juga." Kemudian, Mat Sah menambah, "saya nampak dia memang nak bebaskanlah. Alasan (lulus ujian poligraf) untuk bebas itu saja." Sebab dilanjutkan tahanan... Seandainya itulah alasan Mat Sah dibebaskan, apa pula alasannya untuk dilanjutkan tempoh tahanan? "Pertama, tak ikut peraturan; kedua, pasal isteri vocal..." ujarnya kepada wartawan, sambil melihat ke arah Norlaila. Malah, Mat Sah dijadikan "bad example" kepada tahanan lain, untuk menghalang keluarga tahanan lain daripada tampil memperjuangkan isu ISA.
Dengan jujur Mat Sah mengakuinya, "Saya cuma cakap, SB cakap macam tu..." Sambil ketawa, wartawan membalas, "berlapik jugalah macam tu..." Norlaila yang berada di sisi Mat Sah tidak sabar untuk melakonkan semula perbualan mereka ketika itu. Dengan lembut Norlaila berkata, "Kalau you tak bagi I pergi kempen, I tak datang kem-lah..." Wartawan tertawa dengan gelagat pasangan suami isteri ini, walaupun menyedari di sebalik gelagat hari ini, tersarat dengan kepiluan yang lalu. Mat Sah kembali menceritakan pertimbangannya ketika itu. Beliau mengakui bahawa fikiran ini sekadar "terlintas" dalam otak, memandangkan Dr Abdullah Daud dari Johor turut dilanjutkan tempoh tahanan walaupun isterinya tidak berbuat apa-apa. Patuh peraturan tidak jamin pembebasan Walau bagaimanapun, Norlaila bukan bergiat aktif sebermulanya suaminya ditahan. Malah, Mat Sah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dalam kem dengan harapan agar beliau dapat dibebaskan selepas dua tahun. Namun, segala-galanya berubah setelah dua tahun, apabila Mat Sah dapat perhatikan bahawa tahanan Al-Ma'unah yang "baik" (mematuhi segala peraturan) tetap ditahan, sebaliknya tahanan "reformasi" yang "jahat" (tidak bekerjasama dengan pihak kem) pula dibebaskan. Bertitik tolak daripada itu, Mat Sah mula tidak bekerjasama dengan pihak kem, seperti enggan menyanyikan lagu Negaraku pada jam 7 pagi saban hari. Sementara itu, Norlaila mula bergiat di luar, melalui serahan memorandum kepada Suhakam, ceramah dan sebagainya untuk mendesak agar suaminya dibebaskan. Hukuman akibat "ambush" Abdullah Perjuangan Norlaila gagal membebaskan Mat Sah, sebaliknya mengakibatkan suaminya itu dihukum dengan penahanan secara berseorangan, selama tiga tahun. Pada 23 Februari 2006, Norlaila yang menemui jalan buntu untuk berjumpa Abdullah Ahmad Badawi, memilih jalan untuk "ambush" Perdana Menteri itu dalam satu aktiviti yang dianjurkan Felda. Norlaila sempat menyerahkan memorandum kepada Abdullah Badawi, yang dibalas dengan ungkapan "Insya-Allah" daripada pemimpin itu. Tindakan di luar dugaan ini mengundang hukuman penahanan bersendirian selama tiga tahun terhadap Mat Sah. Hukuman ini dilihat sebagai amaran kepada tahanan lain, supaya keluarga mereka tidak mengulangi apa yang dilakukan Norlaila... (Bahagian pertama, bersambung) Bahagian kedua: 13 Mei berulang tanpa ISA? Bahagian ketiga: Kita masih dalam ISA, Norlaila Bahagian keempat: Bila diuji dengan ISA... Berdosa kalau diam, Norlaila *Temuramah bersama Mat Sah Mohd Satray dan Norlaila Othman ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Chen Shaua Fui dari MerdekaReview. |
| Terkini |
| Hangat |
| Galeri Gambar | Selanjutnya |








Kerajaan semakin tertekan lantaran demonstrasi "Mansuhkan ISA" pada 1 Ogos yang lalu, menjurus kepada pembebasan lima orang tahanan ISA sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Demikianlah jangkaan Mat Sah Mohd Satray, menyanggah hujah bahawa tahanan ISA dibebaskan setelah "dipulihkan secara menyeluruh".
Pada 17 April 2002, Mat Sah ditangkap di bawah ISA dengan alasan "mengancam keselamatan negara". Beliau kemudiannya dilemparkan label ahli Jemaah Islamiyyah dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM), tanpa dibicarakan di mahkamah. Isterinya, Norlaila Othman (gambar kanan), bergiat aktif memperjuangkan pembebasan Mat Sah melalui Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), mengecapi hasilnya pada 15 September 2009.
Walaupun bukan secara terus-terang, tetapi Mat Sah dapat merasakan SB cuba menyampaikan mesej tersirat "isteri awak kena slow sikit" dalam perbualan bersamanya. Wartawan menyusul dengan soalan, pernahkah terlintas dalam otak Mat Sah, untuk menasihati isterinya agak "tidak terlalu ke depan"?